May 17, 2010

Mcm mana kalau tension?

Soalan yang sepatutnya, "kalau tension, apa yg patut kita buat?"
"Pegi lah shopping..." kata sesetengah orang, "shopping itu teraphy. Kalau tak mampu beli, window shopping saja lah". Isk, kalau aku, asyik dapat tengok tapi tak dpt beli, lebih tension jadinya.

"Kenapa tension2 nih?" Mujur tak ada high blood pressure. Kalau tidak, alamat pengsanlah tiap kali masuk kerja terkejut tgk beban kerja. Are u sure u re overloaded with work but underpaid? I dare not to answer, because I see many others are having more works than I do.

Mungkin tension ni sebab banyak sangat yang kena buat, tapi dalam tempoh yang singkat. Banyak bos yang kena hadap, tapi satu kepala ni juga yang kena perah. Dalam masa yang sama, ada pula yang ambil kesempatan di atas kesempitan ruang waktu kita. Pagi, kelam kabut dgn case management, ptg nak kena buat profile YA utk cm esok dan bp. pada masa yang sama ada cleaning project goes on due date 20hb (arrr...watchaaaa... rasa cam nak terlompat nih, sempat ke dikkk?) nasib baik minggu ni tak duty perakuan segera mcm minggu lepas...

"Kata sibuk, tapi masih ada masa nak update blog?"
Ini cara release tension sikit. Sikit saja... selebihnya bawa ke hari esok, dan esok dan esok...

Pagi ini dtg awal utk settle kan kerja yang tak dapat siap hari Jumaat, sebelum off bawa Arissa untuk appointment doktornya. Hari jumaat tu, ada peguam failkan perakuan segera. YA fix pg ini jam 11pg. Tp tunggu punya tunggu sampai 5.30 ptg jumaat tu, peguam tak dtg2 ambik cause papers dia yang nak kena serve kat defendan. mcm mana? Tp td staf kata, peguam dah dtg ambik papers dia. Nak jugak hearing proceed. Kes dahla kelakar. Kerja kerajaan, tp tak mahu kena transfer. So failkan injunksi untuk halang disciplinary action kalau tak report duty kat tempat baru. Bagi aku, kalau tak suka dgn rule kerajaan ni, senang aje. Quit. Siapalah kita ni nak pertikaikan kuasa majikan. Dah tentu2 masa nak join service siap sign surat akujanji. mala fide on the govt side?can u prove it?lantak kamulah... pastu degil nak proceed dgn ex-parte injunction...adoi la lawyer ni... lagi pening lawyer ni (bkn aku yang pening eh...) mintak ex-parte injunction, tp dalam SIC mahupun afid, takde langsung undertaking as to damages...adoi la... degil tak bertempat budak lawyer sorg ni. dah la namanya sama dgn aku...

Bawa Arissa jumpa paed dia tadi. Jumpa dokter sekejap aje tak smpai 10 minit pun. Yang lamanya mengunggu giliran. Kononnya ada appoinment. Tapi kena tunggu 40 minit untuk pendaftaran saja, 20 minit tunggu dipanggil ke bilik dokter, 10 minit tunggu depan bilik dokter. Hospital swasta, bayar mahal. Tapi servis tah apa2. Masih di takuk lama. Pesakit punye lah ramai...

Confirm Arissa diagnosed viral infection. Sekarang dia dah ok. Dokter kata, Arissa good girl. Ibu sengih bangga :-)

Petang, masuk semula ofis. Banyaknye kerja nak buat. Sometimes, when u have too many works to do, u end up doing none of them!

No comments: