Jun 14, 2010

Pendiam?

Pendiam ke aku?
aku ke yang pendiam itu?
oh please...
Tp kadang2 tu, eh memang ye lah :-)

Pendiam aku bila terpaksa berkumpulan/mingle arnd dgn org2 yang tak ada benda lain yang akan diperkatakannya selain kehebatan diri sendiri. Cth mcm
"I bukan apa, kalau buat kerja tu, I ni perfectionist. Kerja I memang lengkap segala...." aku akan buat muka "oh, ye ke? hebat tu..." sambil dalam hati macam nak termuntah. Ataupun jenis yang
"Wuih...sakit gila aku cakap engkau... memang takde org yg boleh tahan kesakitan tu... even kau pun... memang dahsyat...kau tanya la kat sapa2 pun.." dan aku akan buat muka macam "oh...gitu sakitnye? waa..." kononnya terkesima. Oh please... (tetiba terasa yg hipokritnya aku bila t'paksa jd listener pd org2 yg semcm ini...huh)

Aku bukan bagus sangat. Tp aku selalu percaya, kalau kita bagus, ada lagi yang lbh bagus. Kalau kita kuat, mesti ada lagi yang lebih kuat. Kalau kita senang, banyak lagi org yg lbh senang. Dan kalau kita susah/fikir kita paling malang, ada lagi yang dugaannya lbh berat. What's with that? Tuhan tu Maha Adil kan...

Bukan apa. Td mas lunch aku dah ter'duduk' mkn dgn geng yang sgt senior dan hebat. Baik dalam pekerjaan mahupun kehidupan. Lebih baik segalanya dari aku. Pangkat tinggi, gaji besar, suami hebat, rumah besar, anak2 bijak pandai, sampaikan kereta pun hanya yang terbaik jd pilihan. Biasa aja. Tiba2 sembang pasal anak-anak...meleret sampai time breast feeding...meleret sampai cara beranak. Mula2 aku diamkan aje. Sebab aku terasa kekurangan aku. Diorang breastfeed anak2 sampai besar2. Aku cuma 3 hari. Sebab susu tak keluar, sebab aku fed-up dan ada lah lagi faktor persekitaran yang menyebabkan aku tak upaya biarkan Arissa kelaparan susu. Aku lemah. Memang. Mudah nangis masa pantang. Nantilah aku tulis lagi.

Dan member ni pun kata, oh bersalin operate (cesarean) tu sangat pantas. Tapi bila bius dah hilang, 8 jam lepas tu sakit sangat sampai tak boleh bangun. Tak tertahan lagi. Eh, aku pun tumpang syok nak kongsi cerita. Sbb konon share pengalaman (pigi dah...sbnrnya dah masukkan diri dalam lobang penghinaan!)

Cesarean aku memang tak lama. Tak sakit. Aku siap tertidur sebab dah letih sgt 6 jam contraction si Arissa tak mahu keluar2 jugak. Siap tidur2 lagi kat dalam tu. Siap misi kena kejut2 dia "eh adik ni tidur pulak..baby bangun baby...mummy tunggu adik keluar nih..." aku tergelak pun ada tgk misi tu baik aje urut2 perut aku time aku sakit sgt tu, rasa cam nak tendang2 aje semua benda yang ada dlm labor room tu. Rahim aku tak nak bukak wpun dah induce 2 kali. Tu yang time operate boleh sedap je tidur. Tau2 terjaga dengar bunyik suara bby nangis. Oh Arissa dah selamat keluar...alhamdulillah. Pas dah siap, kena panggang kejap, pastu hantar kat wad. Dgn Arissa sekali. Lepas habis operate kul 1pg, terus husband pun balik umah. Maka mlm tu sampai esok paginya aku tidur/pengsan sebelah Arissa yang turut sama tidur pengsan. Bangun 7 pagi aku terjaga sebab lapar. Fikir nak gosok gigi. Nak tgk anak. Terus bangun mcm biasa. Pening sikit. Darah keluar byk sbb pad tu misi ikat ke tepi. Pastu aku nak jln sndiri gi toilet, mcm nak jatuh sbb pening sgt. Misi hantar wheel chair. Gi toilet, then balik ke katil. Naik katil, angkat baby kejutkan dia bg susu. Aku tak ingat pun ada terasa sakit yang amat sgt kat tmpt operate tu (mcm nak pengsan kata member tu) sepanjang proses tu. Kalau sakit gila, mcm mana aku boleh turun naik katil, angkat letak arissa? sapa yang nak gantikan pampers dia? etc? Dan aku pun tak lama kat wad. semalaman aje. Lepas tu balik rumah.

Member tak puas hati, siap refer kat member dia sorg lagi. Tak puas hati sebab aku kata pengalaman aku tak sesakit mcm dia ke apa, aku pun tak sure. Dia kata "ha,kalau nak tahu bab sakit operate bersalin, ni tanya kat dia ni...sekerat ke penuh ke, dia tau semua!" dia tepuk2 bahu member dia yg hebat tu siap perli aku. Pastu dia sambung "ada ke dia kata (dia tu merujuk kat aku la), lepas 8 jam operate tu tak sakit?? sakit gila kan mu?" (dgn pelat org timurnya) dan kedua2nya pandang kat aku mcm perlekehkan aku. Member dia pun sambut "Weh!!!Sakit gila lah mu!! mana boleh tak sakit...aku tak boleh buat apa lps operate tu tau dak..". Mcm nak kata yang aku sengaja reka2 cerita utk kelihatan hebat. What for? Kalau diorg nak ambik semua kehebatan tu, ambik lah, aku tak nak pun. Tapi please lah... sedangkan sistem badan kita pun lain2, inikan pulak pengalaman kita. Sampai sekarang aku masih tak faham, kenapa diorg tu mcm tu. At last, aku buat kesimpulan, sememangnya selama ni aku pendiam bila dgn diorg sbb aku malas nak fikir knp diorg tu mcm tu. Atau sebenarnya, aku segan sbb tak cukup hebat mcm diorg. Tapi kan, selalunya, diam tu lbh baik drp cakap2 yang ntah apa2...

No comments: