Semalam yang tak hangat tu telah dikejutkan dengan panggilan dari KH untuk maklumkan tentang email jemputan menghadiri Penilaian Tahap Kecekapan pada 20-27/10/2010. Tak sampai 1 bulan dari sekarang. Kebetulan husband pun akan ambil peperiksaan untuk professional certificate dia pada hujung tarikh yang sama. Nampaknya kami berdua akan "back to school" lah ya...?
Terasa malas betul nak buat persediaan walaupun dalam hati ada sikit rasa gembira sebab nama dipilih menjalani penilaian ni. Malas memikirkan perlunya memerah otak untuk "diperah" dihadapan para panel semasa penilaian nanti. Perasaan gemuruh "stage freight" pun tetiba datang mengusik. Inilah sebab utama mengapa Boss aku pada hari2 aku SAR dulu telah "opt for early retirement" semasa masih di L.48. Sebab penilaian berbentuk peperiksaan, persembahan dan "pemerahan oleh panel" ini menyebabkan dia tak bersemangat nak melangkah ke pangkat lebih tingggi. Aku masih ingat, apabila ditanya bila dia nak pergi exam PTK, dia akan mengeluh dulu dan tanya aku semula, what's with PTK? Lepas tu dia akan kata, the unfairness of PTK - how could they rate you based on your week's performance without looking at your actual burden of work?
Tapi masa tu aku blur...tak faham apa itu PTK. Bila dah melaluinya barulah terasa betapa "stressful"nya proses ni. Pada aku PTK ni membazir. Membazir kos untuk bayar penginapan, logistik, etc. Membazir masa pegawai2 yang perlu menghadirinya. Membazir tenaga kerja yang sepatutnya ada kat pejabat untuk buat kerja. Padahal proses kenaikan pangkat tetap melihat aspek penilaian daripada majikan (SKT) dan keperluan menaikkan pangkat pegawai. Aku tak faham mengapa perlu ada PTK ni lagi, sedangkan apa yang ada dalam PTK ni kadang2 langsung tak menyentuh tentang aspek kerjaya pegawai. Member aku kata, mungkin bagus dari sudut "exposure" dengan tekanan peperiksaan dan pemerahan otak, pengalaman "mingle around" dengan member2 "crossing the border", dan kita lebih menghargai kenaikan pangkat tu sebab "he, we deserve for it!" - sambil aku tergelak dengan pandangan dia. What the heck! Kalau dah sampai masa nak kena naik pangkat dan buat kerja yang lebih berat, perlu sangat ke dilihat aspek peperiksaan? Sedangkan kerajaan pun nak mansuhkan sistem peperiksaan ni sikit2... So why bother to maintain this hectic PTK? - hehehe...cliche bagi orang2 yang takut nak pergi PTK.
Nasib baik aku masih kategori "umur belum langgar dinding" lagi (belum tua sangat) untuk diperah otak & keupayaan berfikir dan menghadapi panel peperiksaan. Bayangkan kalau calon2 yang umur dah melebihi 40an, tapi baru nak ambil penilaian tahap 4, duhhh...mahu tercabut jantung gamaknya! Manakan tidak, dahlah dah berumur, kena pulak "mengadap" panel yang umurnya lebih kurang sama dengan kita! Waduhhh... malu toksah kata lah. Segan, rendah diri, rasa nak benam muka dalam meja, semua perasaan tak seronok akan muncul serentak. Boleh pengsan... Aku tak heran kalau kebanyakan pegawai akan rasa "down giler" tiap kali balik dari PTK. Boleh faham lah kesengsaraan yang terpaksa ditanggung dalam tempoh 1 minggu yang "sangat berharga" itu. Hehehe
1 comment:
yeah.. that's absolutely right.. no one will say he/she is enjoys during that PPK.. it's nightmare man!..for me myself after a week being squeezed & tortured by the panels, i feel so relieve just like after giving birth.. hahaha... what a bad moment..
Post a Comment