Oct 28, 2010

Arissa & bestfrennya

Di taska, Arissa adalah "the most senior baby" sebab semasa Taska baru dibuka pada awal 2009, Arissa dan 2 lagi kanak-kanak adalah penghuni pertamanya. Yang lagi 2 orang tu, Danish, 4thn (dah pindah ke Taska di Gombak sebab ibunya pindah ke sana) dan seorang lagi Shaza, 4 thn (sekarang Shaza dah ada adik umur 1 thn). Selepas sethn, Taska Athirah ni semakin mendapat perhatian dan lebih ramai baby baru masuk. Antara yang rapat dengan Arissa, seorang budak lelaki yang namanya Amat (x tahu nama betulnya) sebaya dengan Arissa.

Tak tahulah apa bestnya Amat ni sebab Arissa kalau balik dari Taska tu, sikit2 Amat...Amat... Ibu ada juga berkenalan dengan Amat ni. Mula2 dulu ayah ngan Ibu gelarkan dia 'budak dahi lekuk' sebab masa Amat setahun, dahinya berlubang sikit sebab kata maknya jatuh dari katil kena bucu meja. Tapi selamba 'rock' aje luka berlubang tu tak diplaster ke, salot-tape ke. Nasib baik budaknya tak apa2.

Ibu pun menyiasat la, kenapa Arissa suka sangat nak sebut2 nama Amat. Amat ni budaknya baik tapi pendiam. Rupa-rupanya, kalau kat Taska tu, Amat ni suka sangat mengekor Arissa. Arissa lari sana sini, Amat mesti lari jugak kat belakang Arissa, seolah2 kejar Arissa. Mana la si Arissa tu tak suka. Lagi giat lah dia lari sana sini dan Amat terus kejar, sambil dua2nya gelak2 sakan. Bila Arissa nak balik aje petang2, Amat mesti tolong hantar kat pintu dan salam dengan ibu. Cuma Amat tak banyak cakap. Bila ibu tanya "Amat dah mamam?" dia diam aje, angguk tak, geleng pun tak.

Bila ibu tanya, kat Taska, Arissa kawan dengan sapa? Mula2 yang masuk dalam senarai gengnya ialah Amat, lepas tu barulah Shaza, Mia, Arisya, cikgu nurul, cik lin, dan lain2. Ada masanya Arissa main sorang2 kat depan tv, die jerit "Cikgu, Amat dia belak...!" (cikgu, Amat dia berak!) Ha, sampaikan Amat berak pun dia ambik tahu.

Kadang2 sebab kerap sangat sebut Amat...Amat... ibu usik dia
Ibu : "Arissa sayang Amat tak?"
Arissa : "Syayang Amat...".
Ibu : "Amat sayang Arissa tak..?"
Arissa : "Tak...."
Ibu : "Arissa sedih tak Amat tak sayang Arissa?"
Arissa : "Syedih...." (sambil tunduk, macam tahu2 saja perasaan sedih tu kena tunduk sambil buat muka monyok)
haha - sian anak aku bertepuk sebelah tangan.

Kalau pagi2 ayah dengan ibu nak kena pegi kerja awal, (selalunya bila ayah ada meeting pagi2) ayah & ibu kena suruh Arissa tidur awal dan ingatkan Arissa untuk bangun awal pagi. Sebelum tidur, kita nak kena cakap dengan dia, esok kena bangun awal, sebab nak pegi Taska awal. Arissa mesti jawab "Nak angun awal, nak Taska, nak Amat..." hehe..

Tapi pagi tadi, Arissa liat betul nak pergi Taska. Selalunya kalau ibu cuti duduk kat rumah pun, Arissa buat tak tahu aje, sampai masa, mesti nak Taska, nak Taska... Pagi ni ibu kenapujuk Arissa suruh pergi Taska, sebab ibu nak rehat dan siapkan kertas kerja ni.

Arissa : tak nak Taska...nak ibu...(sambil peluk tangan ibu kuat2)
Ibu : Kenapa tak nak Tska, kan Arissa suka pergi Taska, nanti boleh jumpa...
Arissa : Amat dah takde! (laju je dia potong cakap ibu)

Bila tengok ayah dah start motor, Arissa pun mcm terpukau. Dia memang paling suka ronda2 naik motor. Ibu terus letak dia dalam bakul depan, automatik dia pun salam ibu, dan ayah tak tunggu apa lagi, terus vroooommm!!
Ayah kata, Amat ada je kat taska tu. Bila Arissa sampai aje, kawan2 dia dah panggil2 dari dalam "Arissa...Arissa..." termasuklah Amat. Jadi, kenapa pulak Arissa kata Amat dah takde? Isk, kaki kelepet ke budak nih?

No comments: