Dec 29, 2010

Cerita Arissa

Arissa sedih kena marah dengan ibu sebab sepahkan isi wallet ibu yang tak berapa ada duit tu.
Untuk memujuk ibu yang marah, Arissa akan buat-buat rajin study, tapi mesti meja merapat ke tv sebab senang nak tengok kartun, hehe.
Bila ibu check-out apa Arissa buat, kenalah pura-pura concentrate. Ini gambar monyet lah!
Kerana ibu nampak Arissa macam rajin sangat belajar, maka ibu belikan Arissa beg sekolah yang murah ni supaya senang nak simpan buku-buku yang banyak tu...hehe bestlah beg ni walaupun murah.
Kena tunjuk rajin depan ibu supaya dia belikan teddy bear baru :-) - ibu ini apa?
Tulisan kecik sangat, atau Arissa memerlukan spek macam ibu? Eh, sebenarnya Arissa susah nak ingatlah nama-nama dalam buku ni... Kismis dah habis ye bu?
Hai, ini Arissa dengan mainan yang dah membosankan. Ibu sila lah tengok dan fikirkan untuk beli teddy bears yang baru ya?
Hari tu semasa ayah ada cuti, kita ada jalan-jalan kat tempat ini. Wangsa walk Mall. Ambil pic sempena X'mas. Owh Arissa memang tak berapa pandai bergaya. Malu kot, sebab ramai makcik pakcik yang lalu lalang dan tersenyum2 tengok kat kita...
Makan kentang goreng di Restoran yang ayah dan ibu minat sangat dengan mash potato nya. Fun fries pun selalunya sedap. Tapi kali ni, ekhhh, mcm tak sedaplah! Mungkin sos ini yang tak sedap.
Kita enjoy tengok wayang hari itu. Tapi Arissa tidur (tidak begitu nyeyak lah) semasa ayah dan ibu suka-suka tengok kecomelan Harry Potter :-)
Pada hari yang sama, Arissa memenangi tempat kedua pertandingan ambil gambar kana-kanak/bayi comel sempena X'mas. Gambar sebenar penganjur simpan. Agaknya sebab cute sangat :-) Ini hadiahnya. Semua makanan ni Arissa yang punya tau! Ibu, bila boleh buka?




Ini tempat ambil gambar tu. Tapi masa ni rambut pun dah serabut sebab dah 'tawaf' satu mall sambil cuci mata tengok sale teddy bears yang ibu kata Arissa tak boleh main dengannya kerana bimbang astma tsk...tsk.. Mungkin Arissa akan menang tempat pertama kalau ayah dan ibu dah potong rambut dan sikat cantik-cantik rambut ni, dan letak gel supaya dia tak kembang nampak mcm baru bangun tidur.


No comments: