Aug 6, 2011

Arissa Demam...

Menangani anak demam waktu tiada suami disamping, memang sesuatu yang sangat mencabar. Nasib baik sebelum ayah bertolak ke Indonesia hari tu kami dah ambil bekalan ubat dari klinik Dr. Salmi di Cheras Perdana. Hari Rabu petang masa Ibu ambil Arissa dari Tadika, mukanya monyok sangat dan tak ada secalit senyum macam biasa. Tak kata 'bye' pun pada kawan-kawan yang 'bersidaian' di tepi gril pintu. Tak ada kata 'ok esok kita datang lagi ya!' kepada teacher nurul yang menemankan ke pagar. Nurul kata Arissa batuk teruk. Sambil Nurul sendiri pun masih batuk2 dan selsema. No wonder lah.

Tiba di rumah Arissa terus bad-mood. Asyik nak melenting. Nak mandi pun menjerit2. Nak tengok tv pun menjerit, nak minum susu pun minta dengan menjerit2. Ibu dah rasa semacam. Sebelum tidur, macam biasa, makan ubat batuk lelah dan ubat selesema. Sejak beberapa hari Arissa batuk2 dan selesema ni, ubat Dr. Salmi agak membantu dia tidur lena. Tapi, mesti setengah jam lepas terlena, Arissa akan bangun dan muntah kahak. Kalau kahak saja tak apa sangat. Memang patut keluar. Ini siap semua sekali yang dia dah makan petangnya. Tidur dengan perut kosong sampai pagi. Pukul 6 baru menyusu lagi.

Tapi malam itu, Arissa bukan sekadar muntah kahak. Suhu badannya memanas dan nafasnya pendek2 dan berat. Sah Arissa astma! (eh, dah macam nama baru pulak). Ibu pun tak tidur malam. Sapukan tuala lembab di badannya. Hingga pagi. Ibu beri Arissa ubat demam setiap 4 jam sebab panasnya tak menurun. Setiap 6jam untuk ubat kahak dan ubat batuk lelahnya. Siang hari Arissa aktif macam biasa. Mandi, minum susu dan main. Sambil tengok baby tv.

Ibu tak bawa ke klinik sebab ubat masih ada. Kalau ke klinik berhampiran, mesti ibu tak puas hati dengan caj yang mahal dan ubat yang hampeh. Kalau nasib tak baik, ada ceramah kesihatan yang tak kena tempatnya nanti. Ibu cuma nak ke Klinik Dr Salmi. Jauh tapi puas hati. Klinik yang dekat2 ni bukan tak biasa pergi. Dah tahu sangat. Ubatnya tak serasi. Ibu pernah beritahu dokter2nya di klinik kita wangsa maju dan idzham. Anak saya ada astma. Tapi mereka tetap berikan ubat batuk berwarna hitam untuk kanak2 biasa. Ibu bengang dengan mereka. Oh ya, kalau ke klinik idzham waktu malam (kan dia 24jam) bayarannya 2x ganda harga siang ya...

Malamnya Arissa demam lagi. Ibu kehilangan jangkasuhu. Tapi mengikut pengalaman, mungkin dalam suhu 38 ke 39 degree. Ibu tak henti basahkan badannya dan kepalanya. Arissa tak boleh lena sebab dadanya sesak. Ibu rasa bersalah sangat tak bawa dia ke klinik siang tadi. Sekurang2nya boleh ambik gas. Tapi ibu tetap beri ubat demam dan yang lain2 tu macam biasa. Ibu sapukan vicks di dada dan perutnya yang dah masuk angin sebab asyik muntah kahak.

Lewat jam 1 malam, ayah pun sampai ke rumah dengan keletihan. Maklumlah, dari berkursus terus memandu berjam2 dari Johor selepas menaiki bot dari Batam. Usai sahur paginya, kami berdua tertidur. Ibu pun letih semalaman tak tidur kerana memantau suhu badan Arissa. Kebetulan Arissa pun tidur lena.

Selepas solat zuhur/jumaat, kami bergegas ke klinik Dr. Salmi. Mujur tak ramai orang. Dr. Salmi memeriksa Arissa. Katanya, Arissa patut dapat nebulizer lebih awal. Ibu kesal. (stupid me! I shd hv brought her to any clinic for the sake of that nebulizer) Jadi, Dr Salmi bagi jadual ambil nebulizer di klinik kita wangsa maju. Semua sekali 7 kali. Isnin check-up semula dengannya. Dr. Salmi nak lihat perkembangannya. Hai, masaklah nak berulang ke klinik Wangsa Mju sebanyak 7 kali. Kalau dia caj sekali neb RM15, kalau 7 kali? Itu kalau dia caj neb saja. Kalau caj dgn consultation fee?

Jadi, ayah dan ibu pun ambil keputusan beli saja mesin neb. Memang sejak dulu Dr Salmi sarankan beli satu mesin tu utk kegunaan Ibu dan Arissa. Tapi masa tu kami tak fikir mesin tu sangat penting sebab ayah sentiasa ada di rumah, boleh bawa ke klinik anytime. Lagipun bulan puasa tak batal jika ambik neb, sebab dia cuma gas. Kalau ventolin inhaler mungkin boleh batal puasa sebab masuk ikut mulut.


Ini mesin nebulizer tu. Jenama Apex ke apek, tak kisahlah yang penting paling murah. RM300.00. Buatan negara mana pun tak kisahlah janji boleh pamkan udara ke mulut/hidung. Yang bawah ni ubatnya yang nak kena masukkan dalam tube mesin ni. Sukatan untuk Arissa : 1 ml air suling + 1 ml neb + 10 titik atrovent 0.25%. Hah, ibu pun dah bunyi mcm nurse.


Arissa testing mesin neb baru ayah. Nasib baik Arissa ni forever obliged dengan benda alah ni. Ada sesetengah kanak2/baby yang takutkan benda ni sebab vibration sound dia yang kuat dan ada mcm asap. Takut lemas agaknya. Arissa relax. Benda ni takyah pegang pun takpe sebab dah ikat kat telinga. Arissa ingat sama macam yang kat klinik tadi, kena pegang.

Alhamdulillah tadi di klinik, lepas ambik gas, Arissa masuk dalam kereta terus tidur. Agaknya dada dah terasa lapang. Ibu lagi sekali rasa guilty sangat2...

Takpelah. Lepas ni kalau Arissa batuk yang keras dan nafas yang pendek2 dan berat, dan ada weezing sound masa nak sedut nafas, ibu buatkan neblagi. Ibu pun mula risau jangkitan paru2. Pneumonia ke.... Naudzubillah.

Hari ini (sabtu 6/8/11) Arissa kena ambik gas 3 kali. Ayah dah ajar ibu tadi cara nak pasangkan mesin ni, sebab ayah ada lecture kat ABM Cheras seharian. Ibu bab2 bancuh ubat memang takde masalah. Tapi bab2 teknikal ni fail sikit. hehe. Tapi, alah senang aje kot.

Ayah punyalah lega lepas beli mesin ni siapa kata, lepas ni kalau astma, takyah ambik gas kat klinik lagi. Ewah bestnya cakap. Masalahnya kita manade stetoskop nak cek bunyi weezing dalam dada. Oh iya! nampaknya ayah kena beli stetoskop lah pulak. Yelah tu. Lepas tu boleh buka cawangan klinik kat depan rumah khas untuk pesakit astma. haha

No comments: