Nov 9, 2011

Diary Cuti Raya AidilAdha 2011

Sabtu 5/11/2011
Kemas rumah, berehat sambil tengok tv. Paling lama, tidur.

Ahad 6/11/2011
Pagi, solat hari raya di Madrasah berhampiran rumah. Terlupa ambil gambar. Entah apa yang ingat. Balik dari solat, terus ke dapur dan masak kari ayam, untuk makan dengan nasi himpit. Juadah raya kami bertiga.

Petang, ke rumah adik di Puchong Seri Kembangan. Aktiviti makan2 diteruskan. Ada soto, nasi himpit dengan kuah kacang ayam, rendang ayam, triffle dan kek coklat moist (aku yg bawa). Kekenyangan sampai tak boleh sendawa (read : haram hukumnya makan sampai kenyang sangat). Lewat petang balik rumah. Tidur petang hingga jam 6.30.

Malam, tiba2 kena keluar ke kedai kek untuk tempah kek pertunangan anak saudaraku esok.Ler... sudah last minute barulah nak suruh kita (dengan hati bengkek...tapi buat juga). Nasib baik rumah kami dekat dengan segala2nya. Kedai kek yang paling dekat pun cuma beberapa meter. Dah alang2 menempah kek untuk esok. Arissa ambil kesempatan 'mengepau' ibunya sebiji kek cawan dengan hiasan "Hello Kitty".







Aksi saja lebih. Tak habis pun kek cawan itu dimakannya. Ade ke dia nak gigit patung kecil Hello Kitty tu? Dia ingat dengan memakan Hello Kitty boleh menjadikan dia secomel kucing kartun itu? Kek ini sudahnya habis ke tong sampah. Yang dimakan cuma bahagian berwarna hijau -_-

Isnin 7/11/2011
Menyertai (eceh mcm hari sukan pula) rombongan abang sulungku untuk ke Melaka, sempena hari merisik & meminang teman wanita (Ya Allah skema...) anak lelaki sulungnya.

Pagi2 kami dah keluar rumah. Paling lewat, kakak no.2 pukul 9.30 baru keluar highway. Memang relax... Aku keluar awal sikit jam 8.30 sebab nak ambil kek. Yang terasa dungu sekarang ialah kerana lupa ambil gambar kek yang comel, kek yang di atasnya ada kotak cincin dan cincinnya sekali. Harap2 tunangan anak sedara telah ambil gambar kek yang banyak.

Kami berjanji untuk berkumpul di R&R Ayer Keroh sebelum terus ke Melaka. Tak ingat apa nama kampungnya. Adalah sebab kenapa malas nak ingat nama kampung ini.
Dalam perjalanan, Arissa hepi saja...






Kami singgah di A&W untuk makan "Coney Dog" kegemaran ayah dan Curly Fries kegemaran Arissa.
 

 Arissa dah tak terbuat peace nya...hihi

Tak jadi peace, tapi serupa macam jejari alien, ada 3 je. Hehe...

 Gembira tak ingat sampai nak juga suruh kentangnya enterframe... -_-



Ini gambar kentang Ica.... -_-

Usai makan, kami bergerak ke Petronas R&R untuk jumpa yang lain dan berkonvoi ke Melaka. Tiba di sana jam 12 tepat sebagaimana janjinya. Rumah si gadis adalah di kawasan kampung yang kedudukan antara rumah2nya sangat rapat. Rasa mcam penempatan setingggan.

Cuaca yang panas tengahari menambah haus dan letih. Semua orang nampak penat selepas melalui perjalanan yang agak panjang. Abang dan keluarganya, termasuk emak dan emak kakak iparku, bergerak dari Kampung di Sabak Bernam seawal jam 6.45pagi, manakala saudara kakak ipar pula dari Subang seawal jam 8 pagi. Pendek kata semua orang nampak letih, muka merah padam dek panas tengahari dan haus.

Tapi malangnya kami tidak dialu2kan untuk masuk ke dalam rumah sebab semua kaum perempuan dalam rumah sedang sibuk memasak di dapur dan tiada tuan rumah lelaki. Hairan memang sejuta kali hairan kerana kebiasaan kita (maksud aku keluarga kami lah) walaupun tak ada sebiji makanan untuk disaji, tetamu harus diutamakan. Tak apalah kalau tak ada apa2 hidangan, air kosong sejuk pun ok. Kalau takde, jemput masuk untuk duduk2 saja sambil mengipas peluh pun ok.

Tapi kami tak dijemput masuk. Kami cuma berdiri di depan pintu rumah dengan menatang hadiah hantaran. Sudahlah yang betul2 muda cuma aku dan suami, yang lain semua 40an ke atas, tak termasuk budak2 yang dah 'kekeringan', sikit pun kami tak diendahkan, dengan alasan, Tok Ketua Kampung belum sampai. Majlis mula lepas zuhur, kenapa kami sampai awal.

Aduhh... ini salah siapa kalau bukan anak sedara yang tak info betul2 apa jadualnya. Kita ingat, tak kisahlah sampai pukul berapa yang penting sampai. Mereka pula ingat, majlis mula lepas zuhur, sebelum majlis pandai2lah kamu nak bawa diri....

Abang pun malas nak kata apa, cuma cakap, takpelah, kami tinggalkan barang hadiah hantaran ini dulu dan kami menunggulah di mana2.... Nasib baik ini pertunangan anak abangku. Kalau pertunangan anakku, memang sungguh aku cabut balik KL saja. Tak kuasa betul dengan orang tak reti berbahasa ni.

Dulang2 hadiah hantaran semua ditinggalkan dirumah gadis, dan kami pun 'berarak' semula keluar ke jalan besar di mana kami memparkir kereta tadi untuk berehat. Kebetulan ada kedai makan yang buka. Berjalan lah ramai2 ke kedai makan. Makan nasi lauk asam pedas dan air sirap. Sedap kot? Tengahari panas macam tu, dengan perasaan bengang, aku tak lalu makan apa. Minum saja. Sambil itu sempatlah sesi gosip dan berbual kosong sesama ahli keluarga. Sempatlah ke tandas 5-6 kali dan siap solat zuhur lagi...

 Wajah lesu Arissa...
Wajah bengkek aku....grrrr...

Kira2 jam 1.30ptg kami 'berarak semula ke rumah bakal tunangannya. Baju yang dibasahi peluh tadi, dudha mengering, basah semula. Panas terik betul. Kami pun dialu2kan masuk oleh Tok Ketua dan Imam mesjid. Tah apa relevannya nak bertunang pun kena ajak Tok Sidang. Dah tak ada majlis lain yang Tok Sidang tu nak pergi kot?

Kalau aku, memang dah tak ada mood. Tapi nasib baik bukan aku yang jadi MC majlis. Abg ipar aku, suami kakak no. 3 yang mewakili abang sulung. Tok Ketua minta jawab pantunnya. Kalau tak, melayang RM200. Aku dalam hati, ewah, sudahlah tadi dihalau. Ni siap minta duit lagi? Rasa nak pelakung sekor2...grrrr.... Tapi abg ipar ok. Dia boleh jawab....tepuk tangan semua orang...

 Barang hantaran si gadis warna pink kesukaan Arissa. Kek butterscotch dari SR. Erm, tak menarik pun wpun rasanya sedap. Itupun cuma tulis "selamat Bertunang". Kek yang aku beli bertulis "Selamat Bertunang Fiq&Ema 7/11/2011". Ini mesti kek sponsor... ;-P

 Itu hantaran dari pihak lelaki. Sirih junjung, separuh duit hantaran, cincin risik&tunang, coklat ferrero rocher, kain pasang&telekung. Tema oren/gold. Kek yg dalam kotak hijau tu. Tak boleh keluarkan sebab takut cair. Panas bangetttt...

 Ini ketawa ria sebab boleh jawab pantun...hihi kelakar pulak tengok abang2 iparku yang dah tua2...kekekeke

 Ini rombongan belah perempuan. Amboi kakak ipar gembira yea nak dapat menantu...sebelahnya mak dia dan makcik dia, dan anak dia no.3.

Bincang2 itu ini, letak harga itu ini, naik turun, bla bla bla sok sek sok sek...akhirnya jamuan makan. Nasib baik lauk sedap. Asam pedas tenggiri, telur dadar, kari ayam dan sayur campur. Tapi semua orang kan dah makan tadi. Aku je lah yang beriya makan sebab tadinya cuma minum.

Anak sedara yang bertunang tu tak ikut rombongan masuk dalam rumah. Jadi dia tunggu di kedai makan dengan emak. Emak nampak macam tak sihat sangat. Semasa belum mula acara makan2, mak tiba2 pengsan jatuh atas lantai kedai makan. Kelam kabut anak sedara telefon abang sulung dan anak2nya suruh datang. Kebetulan adik pun sedang dalam perjalanan ke kedai. Jadi mak dipapah masuk dalam kereta oleh anak sedara, abang sulung, adik, abang ipar no.2 dan anak2 abang sulung yang lain. Jadinya, mereka ni dah tak ikut kami yang perempuan2 ni makan dalam rumah. Suamiku pun tak ikut makan sebab rumahnya sempit. Ada ruang kosong dianjung rumah, sudah penuh dengan saudara2 si gadis.

Usai makan, kami pun bertolak keluar dari kampung yang tak perlu diingat namanya itu. Nasib baik ada kedai makan yang sangat berguna dan berjasa. Kalau boleh tak mahu datang situ lagi tapi nak tak nak, dalam 2 tahun ini kena juga menghantar rombongan mengiring kenduri kahwin pula kan.

Sampai rumah jam 6.30 petang dan emak semakin okey.

Selasa 8/11/2011
Pagi hingga tengahari. Buat sarapan nasi lemak dan sambal ikan bilis pedas. Perasan sedap sebab buat bersama2 suami&isteri... Kenyang melampau, terus lepak depan tv. Sudahnya 'syahid' di medan 'katil'...hihi.

Petang, keluar ke Carrefour beli barangan dapur. Pulang lewat petang dan siapkan makan malam. Malam, 3 beranak tengok DVC kartun tajuknya Tangled.

Memang hillarious cerita ni. Dulu nak tengok kat movie tak kesampaian. Sekarang, bila Arissa yang terkinja2 nakkan dvd tu, barulah kita semua dapat tengok. Credit to Arissa's interest in Princess :-)

No comments: