Ianya adalah disebabkan dah hujung tahun maka ada Courts Vacation yang menjadikan semua Mahkamah tidak bersidang kecuali Hakim dan Pegawai yang mahu bersidang. Ia juga adalah disebabkan oleh tidak ada kes ditetapkan dalam CM untuk 2 minggu terakhir Disember makanya ibu juga agak santai dan bebas dari beban kerja pejabat. Jadi terfikir, bila lagi? Ayah pula yang dijadualkan outstation ke Batam, Indonesia pada 26hb telah ditundakan sehingga 28hb. Jadi apa lagi alasan yang tidak menyokong pergi jalan-jalan ke tepi pantai? Maka pantai mana lagi yang lebih dekat dengan KL, yang boleh mandi manda sakan selain Pelabuhan Dickson?
Ia sebenarnya adalah jalan-jalan yang tak dirancang. Idea asal ialah nak ke Zoo Negara. Tapi malam sebelumnya ibu tak boleh tidur sebab pening kepala dan Arissa pun tidur lewat. Jadi pagi ahad itu kami berdua bangun jam 11 pagi sementara ayah dah siap pakai baju dan termenung tunggu kami depan tv. Atas meja makan dah siap ada makanan sarapan pagi yang dah sejuk. Oh...kesian ayah.
Dah tengahari, nak ke Zoo pun dah tak ada mood. Jadi ibu kata, why not kita pergi tempat yang ada pantai. Like PD? Ayah pun berdesup ke depan komputer, call beberapa hotel, which I did a day before that and due to the super peak season, there's no vacancy ;-( but no worries, sebab bila Tuhan mengizinkan, yang susah alhamdulillah dimudahkanNya...syukur, ada bilik kosong di Hotel Lido. Kami memang cari hotel/penginapan yang betul2 depan pantai sebab senang nak terus terjun :-) tak kisahlah kalau Lido itu adalah hotel Cina lama yang dah bertahun2 beroperasi (oops! harap tak berhantu...). Ditawarkan kpd kami bilik dengan katil queen dan aircond pada harga RM60. wow! apa lagi. Jom bersiap dan blah! Pukul 2.10 ptg kami bergerak ke PD.
Dalam perjalanan (dah sampai PD) Arissa ternampak ini di tepi jalan. Depannya ada deretan hotel baru tapi terlalu jauh dari pantai. "Ica nak pergi sini boleh tak ayah?" ayah dan ibu kata, tengok dulu.
Tengok tu, peace yang ganazzzz.... hehe
Tiga beranak yang macam hepi sangat nak tengok laut...
Tengok tu jalan jem panjang sebab super-peak season utk melancong...
Sekarang dah tahu kan, dari siapa Arissa mewarisi peace ganazzz tadi :-) pic ini Ica yang snap. Amacam? Eh bukan amacam hidung ibu.... Amacam pandai tak Ica?
Ececeh...dia pun nak juga beraksi macam budak2 remaja sekarang ambil gambar...isk isk isk...
Muka hepi selepas berjaya snap pic mak ngan ayahnya...
Sampai PD jam 4 lebih. Jalan jem. Singgah beli pelampung dulu sebab ibu terlupa bawa pelampung Ica... Ini dia yang pilih sendiri. Mahal betul pelampung macam ni dah RM15. Dulu masa beli yang terlupa bawa kat rumah tu baru RM7... Super-peak season katanya....
Bila sampai di Lido, ayah kata hotel tu dah buruk sangat. Dinding berconteng dan toilet tak begitu bersih. Kami round lagi area dekat-dekat Lido. Berhenti di beberapa lobi hotel dan kecewa sebab full house, walaupun dah tahu awal-awal kan... Eh takkanlah nak patah balik? Tidak. Cuba terakhir di Cozzy Hotel betul-betul belakang Lido. Worst come to worst, masih ada Lido. better daripada tidur atas pasir pantai kan...
Kebetulan masa ayah tanya pasal bilik kosong di lobi Cozzy, ada satu minah Cina yang tengah cari orang untuk dapatkan duit bookingnya untuk satu tripple-sharing yang dia tak jadi ambil. Memang rezeki kan... Alhamdulillah ayah ada pada masa tu. Jadi macam bulan jatuh ke riba lah. Riba kami :-) jadi terus cari parking. Dalam pada sesak parking, ada satu spot yang seolah2 ditinggalkan untuk ayah. Wah...memang rezeki kami.
Okay kami dah check in. Bilik yang compact dan tak ada locker pun. Tapi mahal. RM170 semalam. Nama pun super-peak season kan. Cuti sekolah dan perayaan. Kalau hari biasa cuma RM100 saja. Bilik ni cuma ada katil dan meja dan tv dan air cond yang dikawal secara central suise oleh pemiliknya. Memang kedekut letrik. Aircond nya tak sejuk sangat. Maybe sebab nak jimat letrik sebab orang ramai? Pintu tu menghubungkan kami dengan bilik sebelah. Kebetulan dapat jiran yang anaknya ramai. We wonder how did they manage to stay in that thiny room with more than 3 occupants. Siap kalih katil dan meja dengarnya...
Arissa tak reti diam. Asyik melompat atas tilam yang queen ni. Memang tilamnya sedap sebab keras tak melantum.
Ayah buat2 puas hati walaupun letih dan rasa tak berbaloi bilik yang kompak dengan harga yang mahal dan orang yang ramai mak aih. Tapi ibu punye pasal, sabo je ye...
Tak lama duduk di bilik sebab alasan utama yang datang sini kan sebab nak main pantai.... Jadi kami pun terjunlah....
Dua beranak yang rapat terapung2 dalam air laut. Petang dah redup sebab masa ni dah pukul 5.30 lebih... Ibu cuma ambil gambar dari tepi pantai.
Tengok ramainya orang....
Snap pic sendiri dan tengoklah betapa ramainya pengunjung kat sini....
Kami tak lama main di tepi pantai sebab Arissa takut. Tak tahu kenapa. Mungkin rasa tak selesa sebab ramai orang? Dia kan pemalu tak hengat... Jadi kami pun balik ke hotel dan mandi pool pula.
Kat sini pun mula2 dia malu2...dah agak lama barulah dia ok. Lepas tu tak mahu naik lagi sampai terpaksa pujuk ayah ngan ibu lapar, kita makan dulu. Esok main lagi. Dia boleh pula cakap semula kat kami "cuba ibu tengok orang lain ni, tak pergi makan pun?" sebab dia tak nak naik...hehehe
Malamnya kami pergi makan nasi kukus ayam panggang di Cowboy. Orang beratur sikit punya panjang. Asap berkepul sikit punya tinggi melangit. Tapi servis bagus. Tak tunggu lama. Kami makan nasi sorang satu (Ica habis suku saja, selebihnya ayah habiskan) dan ayam dara seekor. Air tembikai yang sejuk banyak ais. RM25.00 saja. Balik tu sempat singgah beli nasi goreng ikan masin dan mihun goreng sebab Ica nak makan lagi dan kami pun belum kenyang betul. hehehe selera gajah...
Besoknya kami melepak di pantai sedari jam 9.45 hingga 11.10 pagi sampai kaki dah kembang. Tak ambil pic sebab tinggalkan semua kamera dan hp. Sebab ibu pun terjun sama hehehe. Pukul 11.20 hingga 12 lebih kami sambung dalam pool pula. Selepas itu kami bersiap2 nak pergi lunch dan nak shopping barang dapur sikit. Aih! Shopping barang dapur di PD? Iyer... Pasaraya Familiku baru dibuka dan barangannya boleh tahan murah. Beras Jasmin yang kami biasa beli di Carrefour tu harganya RM57 sekarang, di sini baru RM46.90. Jadi apa lagi, memboronglah...
Arissa di depan kolam ikan yang berlumut.... Kebanyakan ikan dah mati tapi Arissa masih minat nak tengok lama2...
Arissa lalu di depan reception yang langsung tak peramah. Mungkin sebab dah full-house, so tak berbaloi nak jadi peramah? Senyum pun tidak. Masa kami minta extend nak check out lewat sikit, dia kata "Erm saya bagi sampai 12.40 saja". Belagak betul macam hotel ni dia yang punya. Padahal receptionist jer, bukan manager pon....
Arissa tengok2 pokok Krismas yang comel...
Juga ambil pic kenangan di pool yang ada tempat gelongsor tu....
Melangkah longlai lesu meninggalkan tempat yang paling disukainya....
Dalam perjalanan balik. Jem juga. Tapi ini lepas lunch yang boleh tahan sedap dan harga berpatutan. Ketiga2 perut yang kenyang, makan sepuasnya hanya RM15. Berbaloi kan :-)
Kami sampai di KL jam 5 petang. Alhamdulillah percutian singkat tidak dirancang yang best! Insyaallah akan pergi lagi tapi bukan pada super-peak season. Mungkin masa tu lebih private, murah dan seronok! Yang penting kita bertiga hepi :-)

































No comments:
Post a Comment