Jan 26, 2012

26 Januari, birthday suami saya...

Yer, hari ini harijadi suami saya. Ayah anak saya. Best friend dan kekasih saya. Tapi hari ini dia tak ada dengan saya, sebab dia out-station ke Johor. Mana tu, Tg. Langsat? Harap dia tak lupakan saya dek timbunan langsat :-(

Hah. Elok juga dia birthday takde dengan saya. Taklah habis duit saya belanja dia makan. Dia makan banyak tau. Tiap tahun bila belanja dia birthday, saya mesti jadi botak kejap. Tu baru makan. Belum hadiahnya lagi.

Isk isk isk...macam tak ikhlas je kan.

Sebenarnya saya dan anak saya rindukan dia. Rindu banget nih....
Berdoa supaya dia selamat balik pada hari Sabtu nanti. Ameen...
Mungkin sedang fikirkan apakah celebration yang sesuai kali ini. Hadiah apa paling sesuai nak beri. Yang sesuai di poket saya. Sesuai dengan dia. Sesuai dengan umur kami yang semakin tua nie... (-__-) eh bukan tua, tapi matang...insyaallah.

Tiba-tiba nak mengimbau kenangan silam 5 tahun lalu. Masa kami baru-baru kenal. Bulan Januari 2007. Bila sampai harijadinya, saya masa tu gaji kecil, maka tak adalah nak celebrate dengan makanan mahal dan hadiah mahal. Eh hadiah yang cantik mestilah mahal kan. Walau tak semestinya, tapi fitrahnya begitulah kan. Yer, definisi mahal tu terpulang pada individu.

Fikir punya fikir, saya akhirnya pasrah, oklah. Saya hadiahkah dia dengan diri saya. Amacam? Ada berani? kan saya rasa saya tak ternilai. Jadi saya tawarkan diri saya yg tak ternilai ni pada dia. Langsung dia pun suka dengan 'hadiah' saya tu dan kami pun berkahwin pada Ogos 2007. Mudah kan? Alhamdulillah. Bila dah sampai waktunya, maka kun faya kun...

Eh, macam kurus sikitlah dua-dua orang dalam pic nie  ^_^  <---perasan!

Selepas dari tahun 2007 itu, tiap kali harijadi, kami akan sedaya upaya berikan hadiah sebagai kenangan buat kami. Tak perlu mahal pun. Sebab part yang mahal dah berlalu, hehe. Ada perfume, baju, frame gambar, jalan-jalan, makan, makan dan makan, off course kat tempat yang menjadi kegemaran kami, dan tentunya makanan kegemaran kami...Alhamdulillah rezeki Allah tu sangat luas.

Tahun ini 26 Januari saya dan anak bersendirian tanpa dia. Eh takpe... bukan lama pun. Lagi 2 hari dia balik. Insyaallah moga dipermudahkanNya.

Saya nak rakamkan ucapan hari jadi ini untuk suami saya, mudah-mudahan dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi sihat tubuh badan, dipermudahkan semua urusan dunia dan akhirat, dan dilindungi dibawah rahmat Ilahi. Ameen ya rabbal'alamiin...

Happy 34's birthday to you...

No comments: