Jan 18, 2012

Emosi

Aku dalam keadaan yang susah betul sekarang. Note : bukan sekadar susah, tapi susah betul. hush....

Aku kan cuma gantikan bos pengurus masa dia pergi kursus yang 2 bulan ini. Dia cuma pergi kursus, di INTAN saja pun. Bukan pergi sambung belajar di luar negara. Jadi, untuk perkara-perkara yang melibatkan polisi, aku kena juga dapatkan pandangan dan arahan dia. Banyak sangat aspek pentadbiran yang aku tak tahu, lebih-lebih lagi sekarang ni perubahan polisi pihak atasan berlaku sepantas kilat. Kalau tak ambil tahu macam aku selama ini, memanglah takkan tahu, tertinggal keretapi.

Beberapa hari ini memanglah bengang, bengkek dan tertekan sikit dengan admin kat tempat ni. Dengan orang yang datang lewat, yang MC, yang EL. Dengan staff dan pegawai yang buat kerja salah tapi komplen nya sampai kat aku. Dengan pening kepala cara mengatasinya.

Tapi bila refer kat bos, dia dah biasa, jadi senang sajalah bunyinya. Yer, sebab dia dah setahun lebih dalam kerja dia. Dia hanya concentrate kerja dia je. Mungkin itu kelebihan dia. Yang aku ni?

Kejap ni tadi, free-free je kena marah. Free lah sebab aku bukan kerja untuk Judge boss tu. Bukan dia yang bagi markah penilaian aku. Pendek kata dia bukan sesiapa dalam hidup aku. Tapi hakikat hidup menjadi bos pengurus ialah untuk deal dengan orang-orang macam dia. Aku namakan dia Judge boss R. Kenapa Judge lepas tu boss pulak lagi? Sebab selalunya judge ni perasan boss. Selalunya lah :-D

So, R minta fail. Suatu masa dulu, dia kembalikan fail itu ke unit aku sebab dia tak boleh teruskan perbicaraan. Sebab kes itu ada sangkut paut dengan kes mahkamah syariah. Kes tu kes 2002. Lama betul tak siap-siap kes mahkamah syariah tu. Ni kes husband and wife berebut harta sepencarian, dan harta yang direbutkan tu adalah satu company. Jadi di mahkamah syariah ialah untuk tentukan sama ada company ni adalah harta sepencarian atau tidak. Kalau ya, jadi bolehlah dibahagikan, kes sivil boleh tutup, kalau tidak, kenalah teruskan tindakan sivil ni nak tuntut ownership. Keduniaan betul. Masa bercinta bukan main lagi semua benda nak bagi. Bila dah tak suka, semua nak diungkit. Company tu si husband yang tubuhkan untuk wifenya. Wife kata husband guna duit wife untuk tubuhkan. Husband kata, itu bukan duit wife tapi duit dia sendiri. Sudah...susah gak lelaki sederhana kawin perempuan anak orang kaya....

Bila kes lama tak boleh dilupuskan, jadi, Bos Hakim Penguruslah yang kena jawab macam mana dekat Ketua Hakim Negara nun. Dalam persidangan baru ni, maka naiklah nama R yang tak meneruskan perbicaraan ni tadi.

Ha, padanlah muka. Ingat senang hati je boleh terlepas? Bila dah termalu, barulah terhantuk dan terngadah. Maka tergedik-gediklah request fail itu dari unit aku. Sebab bos pengurus takde, maka akulah yang in charge kan.

Aku pulak, selepas menguruskan fail itu, dapatlah sikit update. Mereka nak selesai sebelum 31 hb ni. Sebab company yang direbutkan tu, ada creditors yang nak gulungkan dia. Bicaranya pada 31hb. Hai, kalau dah gulung, tak ada siapa lah yang akan dapat faedahnya. Aset habis buat bayar hutang je nanti. Jadi, mahu tak mahu, kenalah selesaikan luar mahkamah juga. See, what a wasted 10 years!

Aku pun dah tetapkan tarikh sebutan nanti bulan Februari untuk pihak-pihak rekodkan consent judgment.

Tiba-tiba, R call aku dan marah-marah sebab dah 3 hari request fail, aku dan staf aku tak lepaskan kat dia. Aku pun cakaplah yang aku ni tunggu arahan Puan Boss Pengurus. Sebab Puan Boss pun tunggu arahan Bos Hakim Pengurus.Huh banyaknya layer. Yes, red-tape.

Yang membuatkan kerja ini nampak remeh ialah, bila melibatkan Hakim, kita mesti nak kena mengadap. Kalau tak, jadi kurang ajar. Kebanyakan Hakim dah lenient sikit. Boleh call, sms, email. Tapi masih ada lagi Hakim old fashion yang suka kita mengadap. Sikit-sikit mengadap. Perasan sultan kot? Tak kuasa I!

R ni marah sebab aku tak "revert back" kat dia. Hanya tak benarkan request melalui staf saja. Habis tu, dia pun tak request sendiri, dia melalui interpreter. Adakah aku ni sama level je dengan interpreter dia? Hish, susah payah ambik degree, tiba-tiba status sama macam budak SPM je? (Ya allah aku tak berniat pun nak merendahkan sesiapa, tapi ini situasi geram).

Orang bila marah kan cakap pun ikut sedap saja. Samalah dengan situasi tadi. R marah sebab aku tak mengadap seri paduka baginda kat dia. Jadi, bila aku explain kat dia, bahawasanya aku ni hanya mengikut arahan dan aku hanya communicate dengan Puan Boss Pengurus dengan sms, dan aku belum dapat arahan dia lagi, dia pun tak dengar lah explanation aku. Dia kata,

No no no, U listen to me first, can you listen to me??? (Ini sebab aku ter-overtake cakap meleret dia)
This is not about Puan F. She is not an issue here. If I request the file, I request it from you. So, you must know that it is by the instruction of the MJ. MJ asked me to handle the lawyers. You must give the file to me. Tak perlu arahan-arahan lain lagi, Understand? I want the file by today. Understand?

Aku : Gulp! (off course I had to understand kan, and apologize to her for my behaviour...) (-__-)

Ini sandwich namanya.... On one layer above, I m exercising carefulness so that I wont do mistake that will affect the whole policy. On the layer at the bottom, I m forced to follow whatever instruction that came to me because I am nobody to evade instruction!

Oh my...

Oklah, nasib baik ada appointment klinik gigi petang ni. So lepas buat gigi, aku boleh balik rumah dan tidur. Tak payah takut nak jawab fon lagi. At least not for this afternoon.

No comments: