Jan 27, 2012

Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal...?

Bismillah...

Biasa tak dulu kala masa zaman belajar ada sesetengah geng yang tak boleh nak 'masyuk' sangat dengan kamu? Eh, yang kamu tak boleh get along dengan dia lah... 

Well, aku ada. In fact agak ramai. Reason tak boleh ngam ada banyak lah. Jenis yang terlampau classy, anak orang kaya, geng lepak kat tempat makan mahal, definitely bukan my type lah. Sebab aku kan orang kampong sejati... Tapi ada juga anak orang kaya yang tak classy malah humble dan boleh get along dengan sesiapa. Sangat bonus bagi dia sebab boleh mingle dengan yang kaya dan yang miskin. Kebetulan yang geek dan nerd adalah golongan anak orang biasa-biasa atau miskin, dan yang outspoken dan oustanding when it comes to public speaking tentulah anak orang kaya. So bila kamu dapat mixed around dengan kedua-dua group ini, kamu akan kelihatan almost perfect! Sebabnya, kalau notes tak complete, kamu cari yang geek dan nerd. Kalau kamu nak tips untuk presentation yang awesome, kamu minta dari yang classy.

Well, malangnya aku bukan orang type macam ni pun (-__-). Orang kawan dengan aku mungkin kerana nak pinjam notes buat fotostat, atau nak tengok assignment kalau-kalau berbaloi ditiru. Hmmm...

Dalam yang ramai-ramai yang bukan type aku tu, ada seorang yang namanya W, eh asyik W je, cari huruf lain, R la pulak, yang kawan dengan seorang anak dato yang sangat classy dan kadang nampak truly choosy walhal si R adalah biasa-biasa saja. Aku rasa dia bukan jenis anak orang kaya pun. So, aku tak berapa kawan dengan dia. Aku tak pernah pula kira berapa perkataan pernah guna untuk tegur dia. Atau berapa kali ucapkan 'hai' pada dia. Yang penting, aku rasa macam dia pun tak terasa kewujudan aku.
Kecuali sebab kawan dia si classy adalah classmate aku dan apparently selalu pinjam notes aku yang tulisan agak cantik tu (ngee...perasan) dan mostly orang boleh ingat aku pun sebab itu (-__-) dan sebab ada sesetengah subject yang aku boleh score A sedangkan orang lain nak dapat B- pun susah. Ops. Bukan sebab aku terror ke apa, tapi kadang-kadang tuah melekat kat kertas jawapan aku. heh.

Selepas 8 tahun meninggalkan dunia universiti dan bekerja, aku ditakdirkan bertemu semula R. Dalam divisyen yang sama. Dan dia kebetulan junior aku setahun. Dan kesiannya dia masih tak naik-naik pangkat lagi. Hmmm memamg kesian yer. 

Aku ingat dia tak kenal aku. Aku pun sedar diri siapalah aku kan. Well, ada ku kesah? Langsung tidak. Tapi, bila selangkah dia masuk ke divisyen ini, bilik akulah yang menjadi port pertama dia melepak, dan menjerit bila tengok aku "Linnnnn!!!" dan aku pun macam "ha?" terkejut, dan lepas tu untuk tidak buat dia rasa awkward dan malu, pun menjerit sama "R...!!! Apa ko buat kat sini!!!" konon macam peramah. Heh.

Dan aku memang macam pandai berlakon dan berlagak seperti a real long-lost friend dengan dia siap sama-sama touch down memory lane mengenangkan beberapa kawan yang kita pernah sekelas dulu. Beberapa pensyarah yang kamu sendiri dah lupa nama mereka sebab kamu bukan fan mana-mana pensyarah pun. Which aku rasa macam, fake nye kamu nie Lin, sebab kamu mana ada kawan dengan dia dulu, dan kalau ada pun event yang kamu sekelas dengan dia adalah secara tak sengaja masa tutorial yang terambil waktu yang sama, atau masa mass lecture. Pulak tu dia kat belakang dan kamu di depan tercongok tengok muka pensyarah dan nerd nya salin nota sampaikan lecturer batuk pun kamu tulis juga (-__-) ok ini tipu. Heh. Dia pulak extend semester dan memang tak grad bersama-sama kamu. Jadi, apa alasan untuk jadi seperamah ini? NIL.

Ironically, aku kini boleh get along dengan dia. Boleh sangat lebih-lebih lagi bila aku baru tahu latar belakangnya. Dia bukan anak orang kaya. Maknya baru meninggal dunia beberapa tahun lepas. Ayahnya dah lama tak ada. Suaminya kerja biasa saja. Gajinya cukup makan untuk 2 anaknya. Dan dia tak pakai barangan berjenama pun. Dan tudungnya yang biasa dia pakai tu, cuma RM5 saja selalunya. Aku like, really? Tapi bukan kau dulu kawan dengan anak dato' ke? Yela sebab anak dato tu nak kawan dengan aku dan in fact we all still friends till now. Erm ok. 

Jadi kami pun jadi geng. Yer, sekarang jadi geng yang tak tersangka la pulak. Selalu dengan cik A. Sekarang dengan Cik R sekali. Tadi, aku keluar makan dan lepak dengan dia berdua. What? Lepak? Macam tak caya. Dulu kamu tak pernah cakap dengan dia, sekarang kamu boleh lepak dengan dia selama 2 jam dan tak berhenti cakap sampai rasa menyembur air liur lagi laju dari kipas yang sembur air atas dinding tu? 

Itu katanya kalau tak kenal maka tak cinta...
Bila dah kenal. Alhamdulillah boleh tag along macam biasa. Like normal.

1 comment:

OmmaHussein said...

hi mumy icha..nanti nida buat review on bajet ke USS ye.. btw..arissa sangat cuteeee...geram tgk..=)