Mar 26, 2012

Rojak : e@curve & matta fair : 17-18 Mac 2012

Isi entry ini sepatutnya memang sudah basi. Tapi oleh kerana Ibu sedang 'mengosongkan' memory hp yang cuma ada 4GB space itu, dan pada masa yang sama sayangkan gambar-gambar kenangan yang ada dalam phone camera itu, maka terpaksa juga membuat entry ini (-__-)

Oh ok... minat terhadap tudung shasmeen sakura yang dijual Radiusite itu telah membawa Ibu ke e @ curve!

Arissa jakun nak mandi kat air pancut kecik tu... Dia kata air pancut tu "air pancit" (-__-)

Husband pun tak pernah datang sini. Selalunya ke The Curve saja. Alamak ingatkan boleh sesat. Orang ramai betul kat The Curve. Siap pergi tanya guard baju puteh warga Myanmar or Nepal? sebab nak tanya di manakan e@curve ini. Ohh rupanya ia seperti bersambung dengan The Curve. Hihihi...

Dalam FB Radiusite, deme berpesan kepada sesiapa yang belum berjaya membeli daripada website untuk cuba tengok di stall pengedar di dalam ini. Lokasinya, di depan A&W. Itu pasallah Ibu mengheret anak dan suami untuk melihat sama.

Jauh perjalanan. Tapi, tak ada warna yang Ibu berkenan pun (-__-) Kami cuma sampai, tengok, dan lepas itu berlalu. Singgahlah kat tempat ini dalam The Curve. Ada Kidzania punya lokasi. Ada tu kidzania? Entah lah. Tempat mainan budak-budak yang banyak pilihan agaknya. Tak reti nak explain. Mak orang kampong kan...

Ini pemandangan dari atas. Serabut je Ibu tengok. Tapi Arissa bukan main terkinja-kinja nak masuk dalam keserabutan ini (-__-)

 Ini pemandangan di bawah. Tak ada apa benda pun dalam tempat 'kurungan' colorful ini... Tapi tengoklah sesaknya orang... Itu yang baju hijau adalah ayah Arissa, sedang  memujuk anaknya supaya turun jom...

 Bila dah kat atas, sibuk pula cari ibu yang tunggu di bawah ni...

 Dah hilang lagi....

 Owh kat sini dah....
Okey jom keluar dari tempat ini... Arissa dengan Barney nya. Sedih gila sebab nak beli patung angry bird tak dapat.. Mahal gila. Saiz sebesar penumbuk ayah aje. Tapi harga dekat seratus. Sungguh tidak berbaloi. Ayah boleh belikan yang lagi besar kat kedai cikai-cikai =D lagipun Arissa cuma main patung-patungnya tak sampai sejam-dua. Lepas tu simpan dalam almari.

Sebab budak kecik sudah menangis macam tak dapat susu seminggu, kami pun laju-laju blah dari situ. Malu....
Untuk memujuknya, kami beri dia main ini.

Gajah yang pakai baju harimau belang ni boleh gerak. Jadi ayah kenalah accompany Arissa. Nanti takut tah kemana-mana dia 'drive' gajah tu =D





Muka hepi sampai mata bernyala-nyala kesukaan =D
Ok sudah puas main. Ibu nak balik umah je terus. Tapi ayah kata, eh, sini kan ada Ayam Penyet Waroeng yang famous amos tu? Ayah tingin cuba sebab member-member FB dia sibuk promote gila-gila macam dapat percentage profit ajer =D So jom patah balik ke Waroeng!

First time pun. Ayah ingat sama macam di kedai lain. Tak baca entry Ibu pasal Waroeng lah tu! Kat sini, kita kena pergi ke kaunter untuk order dan bayar. Memanglah atas meja ada pensel dan borang. Kita kena fill-up, tehn line-up and pay-up. Then they'll give use the table number for the staff to bring the order thereto. 

Owh...sekarang baru lah tahu.... (kata ayah). See, ayah dah bayar.

 Pegang nombor macam nak masuk jel ke apa ni?


 Bermacam-macam gaya pegang nombor... (-__-)

 Arissa pon kena jugakkkk (-__-)

 Alamak, ai pun kena jugak pose dengan nombor... (-__-)

 Tak cukup berseorangan, berdua pulak.... (-__-') hehe...

Arissa khisyuk menyonteng atas kertas. Ibu nak tunjuk manik kat tudung Shasmeen Sakura tu... Cun kan? =D

Ok, bila dah sudah makan, (seperti biasa takde pic melantak tak hingat) kami pun beransur pulang dongg...

Esok harinya, ayah beriya-iya mengajak ibu ke PWTC untuk menyertai gerombolan orang ramai memenuhi pameran "MATTA Fair 2012". Ibu sebenarnya sangat tak suka tempat sesak lagi menyesakkan begini. Tapi mana tahu ada rezeki nak jalan-jalan. Jadi, kita pun pergilah bersesak di sini...

Tengoklah tagline nya. No fair like Matta Fair? Yelah sangattttt... Cer tengok betapa ramainya umat Muhammad bersesak di sini.
Aku dah rasa macam berlatih nak pergi buat haji kat Mekah dah nie... Ops ini gambar dari Google. Kalau kita bersesak macam ni, mana sempat nak ambik gambar deh...

Tersilap lah kita kan. Pergi masuk dulu bahagian International, padahal nak pergi Penang dengan Singapore aje. Masa mula masuk tu memanglah eh, takde orang lah... tengok jam dah pukul 10.30. Sekali bila ke Local nyer area, nahhh kau.... dah macam ibadah melontar ke tawaf nie =D orang bukan ramai saja, sangaaaaat raaaaamaaaaaai....
Ibu ke Matta Fair pakai tudung beli di Radiusite! =D hepi jer....
Ok nak tengok macam mana kita sebelum dapat masuk tempat crowded ini.

Ayah kenalah beli tiket di booth tepi pintu masuk. Masa ini tak ramai orang kat bahagian International nie.

Diberi gelang untuk tandakan bahawa kita nie pengunjungnya...

Bila sudah bayar tiket RM3 per entry, ayah diberi beg coklat dan newspaper percuma! Beg ni boleh la nak buat letak kertas/flyers banyak-banyak nanti...

 Ecececeh... muka hepi jer nak masuk dalam. Tak tahu apa yang menunggu di sana....





Kami pun masuklah...dah macam nak masuk flight gi Jeddah rupanya...

 Ini bahagian International lah ya...

 Awek ini promo agency dia melancong ke Korea... Korea la sangat... Tapi outfit dia cun. I like =D

 Ini jalan nak ke bahagian Local sebelah sana. Jauh juga tu...

 Sempat berhenti snap pic kenangan...


 Arissa main belon. Tah siapa yang beri.

Ini booth terakhir di International. Taklah. Bukan nak pergi umrah lagi. Bukan tahun inilah nampaknya. Bajet belum cukup. Insyaallah, niat tu sentiasa ada...

Akhirnya bila masuk ke Local holidays, sebab terlampau ramai sangat orang, dah tak dan nak snap picture =D tengok dan memorise sajalah nampaknya. Elok pula tu seluar ibu terkoyak kat belah kanan peha :-( dan Arissa meragam lapar dan sesak sebab dah stress ramai sangat orang. Kami hanya sempat beli pakej bercuti di Penang dan Singapura saja. Tapi memang itu pun niatnya. Maklumlah, under budget... Lepas itu terus chow chin chaow....

Kita tengoklah nanti macam mana pakej Matta Fair ni. Kalau bagus, boleh repeat lagi tahun depan. Insyaallah..

No comments: