Alhamdulillah masih boleh menulis entry lagi. Masa entry ini ditulis, ibu baru lepas makan tengahari di pejabat. Dalam bilik ibu. Lepas makan mesti mengantuk sangat. Nak teruskan buat kerja, rasa malas pula. Jadi, ibu buatlah entry ini sebagai kenangan.
Tadi, ibu dah round blog hopping. Baca fikiran orang yang diterjemahkan ke dalam blog entry mereka. Macam-macam ragam dan kisah. Kadangkala ibu rasa cemburu. Terutamanya pada mereka yang berjaya mengejar cita-cita dalam umur yang masih muda. Contohnya, jadi usahawan berjaya dan kaya raya dalam usia bawah 30an, menjadi terkenal dan terbuka luas peluang kerjaya, mudah mendapatkan anak dan sentiasa dilimpahi nikmat anak ramai, dan sebagainya. Ibu sedar, di setiap kejayaan mereka,akan ada individu lain yang membantu, dan Tuhan yang Maha Penyayang memberikan laluan mudah untuk mereka. Alhamdulillah...
Esok, cuti 1 Februari 2013, sebagai cuti hari wilayah. Ramai yang dah ambil cuti lebih awal kerana Isnin lalu adalah cuti gantian Thaipusam. Dapat 2 hari holiday percuma, hanya ambil 3 hari cuti di pertengahan untuk menggenapkan cuti seminggu. Untung...
Ini gambar-gambar yang ibu rasa cantik dan boleh dijadikan kenangan di sini. Tak ada kaitan dengan cuti. Sekadar mencuci mata.
Gambar ayah sedang gembira makan pizza dengan hidangan yang namanya PapaJohn Special ni yang terdiri daripada beberapa keping onion ring yang tidak garing, beberapa keping wedges yang agak masin tapi Ica suka, dan 2 ketul wings yang manis-pedas-masin-sedapppp... Oklah tu. Harganya agak mahal, RM belasan ringgit kalau tak silap. Nak cuba saja, ok lah. Nak repeat? No way.
Kerabu mangga di Simpang 6, Tambun yang kami makan hari tu. Uplod di instagram, dan ada kawan kata nampak sedap. Memang sedap pun cuma kurang pedasnya. Sesuai bagi yang tak makan pedas.
Hidangan biasa yang terdapat di Ayam Penyet AP, di KLFC. Tempat yang menjadi kebiasaan kami makan kalau nak makan pedas banget. Ayam penyet makan dengan nasi, kuah sup Rawon yang berherba, dan ibu pesan mi kari udang. Sedaplah kalau ada selera makan yang baik. Makan di mana-mana pun kalau tak ada selera, tentu tak sedap kan....
Ini waktu jalan-jalan bawa nenek dan Ica ke Wangsa Walk Mall, sengaja ayah nak tunjukkan kedai kasut untuk kesihatan kaki tu pada nenek. Tapi tak beli pun sebab kaki nenek tak sesuai dengan kasut macam tu.
Ica nampak sangat teruja dengan pondok ni sampai nak naik pun ibu kena temankan dan tak boleh ada orang lain yang duduk di atas kerusi tu, kalau tak dia tak mahu...
Haih. Ini memang membuka pekung di dada. Dah 2 minggu tak melipat kain, beginilah jadinya. Sampai tak termuat bakul hitam tu. Sebenarnya ada satu lagi bakul biru di depan. Penuh juga. Sampaikan ayah kata, pakaiannya dalam almari semakin berkurangan :-(
Hendak tak hendak, terpaksa juga ku gagahkan melipat dan mengemaskini. Pakaian yang perlu digantung, disimpan di laci, disimpan di almari, etc. Ini dalam prosesnya.
Alhamdulillah akhirnya selesailah lipatan kain ni. Yang bergantungan dan yang kecil-kecil siap dimasukkan dalam almari dan laci. Hanya yang berlipat. Rupa-rupanya pakaian ayahlah yang paling banyak perlu dilipat. Amboi!
Makan berdua di rumah. Masa ini ayah di site. Ibu masak nasi, dan buat ikan jenahak 3 rasa tapi tak berasa sangat. Untuk Ica, nasi dengan kicap dan ayam goreng peha tu. Nasib malangnya, ibu goreng ayam tu tak cukup lama. Luarnya nampak macam dah masak, tapi dalamnya masih berdarah. Sedang asyik mengopek dagingnya, tiba-tiba darah ayam keluar. Ica terus tak jadi makan ayam tu sebab sangkanya ada sambal. Aduhai kesian anakku makan dengan kicap semata!
Ini bangun tidur, benda pertama yang dicari ialah TV dengan rancangan kartun zau-zau "Oggy and the Cochroaches" lah. Kalau hari Isnin dan Selasa memang ada siarannya back-to-back dengan Upin Ipin dan Boboiboy dalam channel Disney dan Disney Junior. Jadi memang seharianlah aksi begini mengadap TV
(-_-)
Sungguh menyegarkan..... Walaupun dah rendam lama, tapi yang putih2 ni tetap tak nak hilang. Ibu rasa benda ni chemical yang menghalang buah daripada dimakan serangga. Harapnya ibu tak sakitlah sebab makan chemical ni. Erk.
Salad tomato kecik dengan broccoli untuk dinner di suatu petang yang nyaman. Heh.
Disediakan oleh chef yang serious nih...
Ohh masa ni ayah sedang mengumpulkan barangan tidak lagi dipakai untuk dijual di kedai Cash Converter depan rumah tu. Daripada menyemak dalam stor, lebih baik dijual. Basikal doremon Ica ni, beli tahun lepas RM149, tak sampai setahun pakai tapi dah tak main lagi dah sebab dia nak basikal yang lain jenis pula. Daripada berhabuk, baik jualkan saja.
Sementara itu Ica mengumpulkan kasut-kasut lamana juga. Semua pink. dah tak muat dan kalau ada yang masih muat pun dah koyak tepinya....
Juga nak hantarkan frame gambar ni, dengan stroller baby yang berat ni dan playpen yang tak dibuka lagi tu, masih dalam kotak. Beli masa Ica masih dalam perut lagi. RM99 tapi tak pernah pakai sebab tak sesuai. Ia macam tertutup dan Ica tak selesa di dalamnya. Dia lagi suka kalau duduk dalam buaian.
Selepas ke kedai Cash Converter tu, yang berjaya dijual hanyalah frame, foot massage, basikal doremon dan playpen, dengan harga RM125. Stroller ni ayah kena cuci bersihkan dulu kainnya yang dah kuning tu. Itupun dapat harga dalam RM30 saja. Hahah kelakarlah dapat banyak tu saja....
Ini Ica tunjukkan badannya yang dah kena sun-burnt sebab pegi Lost World haritu dia pakai singlet mandi aje... Hai, nak buat cmner.... Takpelah bukan berkudis pun kan. Lambat laun mesti elok balik.
Muka Ica merajuk di Ayam Penyet sebab tak dapat order makanan yang dia nak. Tahu order saja, makan tak habis. Buat membazir je kan....
Ica pening kepala tengah buat homework sambil diperhatikan oleh ibu. Tumpang meja study ibu pulak tu... Nampak sempit sangat ruang ni siap dengan tilam ayah yang didirikan di dinding sebab tak nak kena pijak-pijak. Nak buat macam mana rumah dah memang kecik comel. Syukurlah ada rumah kan...
Ica bermanja dengan ayah. Ibu uplod dalam instagram anaknya bertanya berapa bulan perut ayah ni, si ayah pula malu-malu suruh anaknya senyappp. hehehe
Tengok iklan iphone5 di tv, boleh ambil gambar panorama, maknanya sekali snap boleh panjang macam ini. Ayah pun cuba, dan inilah hasilnya, gambat rumah kami dari bahgian tengah ke depan, siap ada ibu tengah baring tu. hehe.




















No comments:
Post a Comment