Jan 14, 2013

Makan dan makan...

Bismillah...

Banyak gambar makanan saja dalam iphone ni. Pertama sebab saya suka makan, dan suka jugalah mencuba makanan pelbagai. Kedua, kalau terjumpa tempat makan yang cool, sedap dan worth to memorise, tentulah akan share. Tapi ia mengikut tekak orang kampong ni lah... Kadang tu tekaknya kata tak best sangat, tapi review orang lain bukan main gah lagi. Tak boleh nak salahkan sesiapa sebab taste kita berbeza :-)

1) Ini berlaku pada 1.1.2013 yang lepas. Biasalah kami kan suka mengukur jalan, dari foodcourt Pavilion, menikmati lamb chop yang sedap sangat, dan tiba-tiba sempat berhenti di Apple Store dan beli iphone5 32GB yang ada stok kat situ, Alhamdulillah. Tapi diorang tak ada cutter nak kasi minimize simkad TuneTalk untuk nak masukkan ke dalam iphone5. Jadi kami ke WangsaWalk Mall ke kedai telefon yang kami biasa pergi tu untuk minta instalkan simkad dan mengecilkannya.

Kami pun singgah di secret recipe dan pesan sepotong kek choc indulgence dan signature beef noodle. Beef noodle ni pelik sikit sebab ada perut lembu dalamnya. Rasa supnya sangat 'lembunya' heheh. Tak ambil gambar sup sebab masa ni sibuk menggodeh iphone5.

Ini dah lewat pukul 10 malam. Dah memang penat sangatlah si kecil tu tapi sebab baru dapat cekak dan batang 'magic' tu, dia berangan nak jadi fairy, nak sumpah orang, maka nampak lah masih ceria.

"Tukarkan ayah jadi hilang!"
"Tukarkan ibu jadi tak garang!"

2) Ini makan-makan lunch selepas mesyuarat dengan Dato' pada 2.1.2013. Makan di Sri Ayuthaya, di Wangsa Manju. Thai seafood yang marvelous, dan off course mahal. Set ini, order untuk 10 orang tapi yang datang 8 orang, harga pakej ialah RM500 hingga RM800. Tapi sebab boss besar yang bayar kan....

Ada chicken in green curry, kerabu mangga, udang goreng keju, ketam kulit lembut, siakap stim, sayur campur, seafood goreng, sambal, eh macam-macam lah, sampai meja terlalu penuh dan kena alihkan dulu satu lauk untuk makan kemudian, kalau tidak meja tak boleh pusing. Fuhhh dahsyat...

The foods are all scrumptious and deliciously amazing. Siap tapau lagi, bagi kat staf. Kalau ada bajet bear, nak makan yang best, boleh la datang lagi ke sini. Privacy, dan tak ramai sangat orang. Mungkin sebab mahal? heheh.

3) Makan ABC dan nasi ayam di Taman Melawati pada 9.1.2013.

Masa ini entah kenapa tetiba teringin nak makan sesuatu yang sejuk dan manis, padahal tengak MC sebab lelah dan batuk yang agak teruk. Tapi ABC ni terlalu manis....

Nasi ayam yang boleh tahan sedapnya, minta ayam lebih. Tapi kalau kedai nasi ayam auntie yang depan kedai 99 tu buka, kami tak makan la kat sini, sebab auntie punya nasi ayam lagi sedap berkali ganda.

4) Makan di Old Town. Mi sup dia memang la sedap dan menyegarkan. Ini entry yang lepas.



5) Minum di Dr Cafe, KLFC selepas menghadiri kenduri kawin di Keramat pada 13.1.2013.

Kek keju yang dilapisi kekacang dan krim ini bukan saja cantik di mata, tapi sedap di lidah. Kami share 3 orang, sebab kalau makan sorang-sorang ni mesti muak sebab cheesenya sangat cheesy....

Ayah memilih yang ini. Kopi karamel yang ada buih krim yang manis bangetttt....

Ibu seperti orang kampong lain memesan kopi ais yang sangat pekat pahit. Ya Allah, sangat pahit tak tergambar. Tapi pahit kopi ni dibalance kan dengan manis kek tadi. 

I m a happy eater... :-)

No comments: