Bismillah.
Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama Arissa akan memulakan sesi pembelajarannya di Tadika SmartReaderKids Taman Setapak Indah. Berhampiran dengan uptown Danau Kota. Begitu dekat dengan Tadika Comelku, hanya dipisahkan dengan satu lot kedai mamak AlMalek saja :-)
Jadi, siapakah yang thrilled? Menangiskah Ica? Rabakkah poket ayahnya membayar yuran? Mehehehehe. Kisahnya, malam tadi kami sekeluarga tak lena tidur. Aduhai. Macam nak masuk darjah satu daaaa. Pukul 9 Arissa dah hanyut, ibu dan ayahnya masih asyik tengok tv, online, baca majalah. Pukul 12 pun masih sama, belek handphone tak sudah-sudah. Pukul 1 ayahnya terlelap, ibunya pula tak boleh lena. Pukul 2 ayahnya terjaga semula, ibunya masih chatting wassap dengan kawan yang belum tidur (Kak Fuzah tu baru siapkan paper untuk re-organisation jabatan dia, memanglah tidur lambat).
Ayah : Yang, tolong cabutkan wayar charge hp saya tu kejap?
Ibu : ala, takyahlah yanggg, tidur je lah
Ayah : Saya dah terjaga balik ni, baklah
Ibu : ala malaslah... (padahal tepi je)
Arissa : (tiba-tiba) Ok Ica boleh ambikkan tuk ayah!
Ibu dan ayah : Hahhhh!!!!!! Bila pulak dia terjaga ni????
Pukul 3 ayah dah resah, keluar dari bilik dan melepak depan tv makan kacang ngan yin. Ibu pun lagi tak boleh tidur, kepala dah rasa weng sebab cuba tidur tp tak mahu. Itulah, siang tadi minum kopi pekat di Georgetown White Coffee....
Char kuetiaw, kopi hazel ais dan rojak buah yang sedap sangat....
Sementara Ica makan kuetiaw sup yang agak masin tapi sedap ini....
Selepas bercamwhore di pondok Tahun Baru Cina ini...
Dan selepas menikmati makanan tengahari di warung depan rumah, dengan nasi berlaukkan daging salai yang enak dan ulam bersambal belacan yang fuhhh terangkat!
Itu pasal bila dah malam, ibu tak dapat tidur. Kalau ikutkan budak-budak, ni dah macam "sugar rush" lah. Keh keh keh....
Ayah masak megi cup yang dia beli masa di Tambun haritu, baru suap sesudu, ibu dan Ica dah keluar bilik, mintak sikit.... Sudahnya, habis di tekak Ica saja. Ibu pun ke dapur dan rendam satu lagi megi ayam. Suam-suam nak makan, sekali kena ngap dengan Ica jugak. Ayooo anak kami ni budak 5 tahun atau budak 25 tahun yang kelaparan? Siap makan megi tu.... Maaflah tak sesuai untuk bacaan orang berilmu sebab saya beri anak saya makan megi. eeee tak sihat kan. Dahlah malam hari pula tu.... Lepas makan megi, kacang pun dah habis, moh masuk bilik balik, dah dekat pukul 4 pagi... Masing-masing layan perasaan dalam gelap, lama-lama tertidur jugak, sampai jam loceng ibu kejutkan, eh dah pukul 6.30...snooz lagi sampai pukul 7 lebih. Huh bangun!!! Nak ke sekolah baru nih!!!
Pukul 8.10am tiga orang montel sudah tercatuk di depan SmartReaderKids Taman Setapak Indah, dengan disambut oleh Teacher Siti yang baik tu.
Ica menangis ke? Masa bersiap-siap tadi dia merengek, takut la tu. Bila dah sampai tadika, dia nampak ok. Bila nampak muka kawan-kawan baru, dia start menangis dara sunti... sedih ke apa? Ibu pun tak faham. Ayahlah yang banyak pujuk dia. Hamboi manja ke main lagi eh. Ibu buat derk aje, isi borang segalanya, dan buat kiraan untuk jumlah bayaran masuk tadika dan daycare.
Borang terms and conditions nya...
Letter of consent untuk rawatan emergency nya....
Dan menjenguk juga jadual bilnya... Ini harga belum finalised.
Eh terbalik pulak gambar nih, maaflah sakit leher.... Tapi selepas ditolak bulan January, jadi, ayah hanya bayar RM1800 saja.... Beli lagi 2 pasang baju, dan apron bersama topi chef untuk kelas hari Khamis. Kena lah bawa balik basuh dulu dan letak tanda nama.
Tengok tu kawan-kawan baru Ica semuanya friendly dan comel-comel. Mereka dah mulakan sesi kelas dengan membaca iqra' di waktu pagi. Ica tengah check it out gambar berwarna.
Budak tu tunjukkan ayah, itu gambar monkey dan turtle yang sudah di warna. Confident kan? That's the confident I want to have in Ica, Insyaallah...
Tengok tu kawan-kawan baru Ica, sebaya ni 5 tahun tapi nampak sangat matang dan friendly, tak takut orang langsung. Ayah pula yang terlebih excited nih.
Bila jam sudah ke 8.30 pagi, semua murid berkumpul untuk menyanyikan lagu negaraku dan beberapa lagu berbahasa Inggeris dan Melayu sambil memanaskan badan. Tempat ni sejuk dengan air cond, jadi, bila lompat-lompat begitu, murid-murid taklah senang berpeluh dan rasa tak selesa belajar.
Arissa : Ibu, bestlah tadika ni sejuk. Tapi ada selilmut tak?
Huh... dia ni datang nak tidur ke nak belajar ni? Siap minta selimut?
Yang ibu suka tentang daycare di sini, ia bermula jam 7 pagi, boleh ambil paling lewat jam 6.30 ptg. Parents boleh hantar pakaian anak untuk seminggu. Begitu juga dengan keperluan lain macam mandian, losen, bedak. Mereka ada tempat untuk berehat dan baring. Kalau Ica tak layak masuk sesi belajar waktu pagi, dia boleh masuk sesi petang yang lebih concentrate. Ibu serahkan pada teacher lah untuk arrange kan. Daycare bayar bulanan RM250. Kalau ibu kena cari transit lain pun, harganya mungkin murah, tapi tak ada tuisyen kan. Lebih baik kat sini saja. Tak payah risaukan transport dan keselamatan Ica.
Haih, sekejapan saja duit ayah melayah RM1800. Heheh. Tapi, inikan matlamat ibu dan ayah kerja kuat selama ini? Untuk jadikan Ica a better person, dunia dan akhirat. Insyaallah.












No comments:
Post a Comment