Bismillah...
Hari ini adalah hari ke 4 Ica di SmartreaderKids. Bagus ke dia? Kalau anak sendiri selalunya mestilah nak cerita yang bagus-bagus saja kan. Tapi taklah sebenarnya. Semalam, ibu dan ayah ke KLIA menjemput Mak Intan dan Cik Zul balik umrah. Jadi, pagi, ayah hantar ibu ke pejabat. Sebelum itu hantar Ica ke Tadika dulu. Ibu dah masak nasi goreng dengan telur mata, pagi-pagi tu untuk sarapan semua. Ica sempat jamah sikit. Masalahnya bila sampai je di daycare, Ica menangis tak nak sekolah. Dia kalau dah menangis tu memanglah akan muntah. Sudah. Ayah tinggalkan saja dia menangis. Pandai-pandailah teacheer nak tukarkan pakaian dia. Nasib baik ada pakaian spare. Petangnya, ibu ambil dia dari daycare pukul 5, teacher kata, semalam pun dia menangis sampai muntah juga. Haiyyaaaa.... Sudah kenapa kau ni Ica? Ibu ni mulalah hangin dengan budak manja.
Sampaikan pagi ini pun bila ibu tanya ayah, Ica macam mana tadi masa dihantar ke daycare? Sama juga. Nangis. Tapi ayah tinggalkan saja. Mesti muntah tu. Tapi ibu dah bawakan baju spare. Dahlah siap sarapan, ibu buat bihun goreng harini. Ibu pun hairan dengan Ica ni. Macam mana dia boleh expect ayah untuk tunggu dia kat Tadika? Macam mana dia boleh expect semua orang kena lemah lembut dengan cakap dia aje? Haish. Harapnya mood macam ni tak berpanjangan lah. Kita bukan hantar dia untuk jadi lebih teruk dari sebelum ini. Ataupun dia memang perlukan lebih masa untuk adjust memandangkan dia di Tadika Comelku tu dah 3 tahun, berbanding baru 3 hari di SmartReaderKids? Harapnya begitulah. Ameen.
Ibu nak cerita tentang "timing" yang lari pada minggu ini. Hanya tinggal beberapa hari saja lagi ibu akan mula bercuti panjang untuk sambung belajar. Semua perkara yang perlu untuk ke arah itu telah selesai. Selepas cuti tahun baru Cina, insyaallah ibu mula cuti. Hujung minggu ini ibu akan mendaftar di UiTM Shah Alam. Semoga segalanya akan berjalan lancar. Surat perjanjian pun telah ditandatangani. Surat tawaran tetap HLP pun dah ada. Hanya nak ke Universiti saja lagi. Selepas 17 bulan, iaitu pada 4-8-2014, ibu akan report duty bekerja semula dan mesti memenuhi tempoh kontrak 5 tahun bekerja dengan kerajaan sebelum ibu boleh memohon untuk ke PHd pula. Amboi besarnya cita-cita.
Bila dah hujung-hujung ni pula lah rasa nak pergi pejabat tu semakin malas. Bukan malas macam mana. Mungkin sebab matahari pagi pun keluar lambat, jadi pukul 7 tu masih gelap lagi. Ibu asyik keluar rumah selepas pukul 7.25 pagi, which is, kalau dulu kala atau kebiasaannya, memang super-duper-lambat nak sampai pejabat nanti sebab Jln Genting-Klang yang jem tu.
Minggu ini dah mula dengan Isnin, ibu bangun lambat sebab alasan nak hantar Ica ke pendaftaran, which is, memang betul pun, sebab pendaftaran buka pukul 8 pagi kan. Jadi pergi pejabat lewat, sampai dalam pukul 9 lebih. Tapi Selasa pun sama. Ibu panaskan mi goreng dulu, siap sarapan dulu, pukul 7.30 baru bertolak. Memanglah sampai 8.10pagi. Tapi boleh rileks saja macam tak ada apa yang berlaku. Hari Rabu pun sama. Dihantar ayah, pun sampai lambat juga, sebab sempat bersarapan dulu nasi goreng dengan ayah dan Ica. Tapi nasib baik sempat punch in pukul 7.57.
Pagi ini ibu dah adjust waktu bangun pagi tadi. Instead of pukul 6.30 macam semalam, ibu bangun pukul 6. Dan malam tadi dah siapkan bahan-bahan untuk buat mihun goreng, siap rendam mihun tu sekali. Heh.
Ibu sediakan makanan untuk embah kat rumah sebab tak nak nanti dia kelaparan menjelang tengahari dan tak ada makanan berat atas meja. Kalau ada mihun ke, mi goreng ke, nasi goreng ke, sekurang-kurangnya dia boleh alas perut sementara tunggu sesiapa datang hantar lauk tengahari.
Bekalan ibu pagi ini. Mihun dengan telur dadar, sama macam yang ada kat rumah.
Sebenarnya ibu ni bukanlah kategori rajin masak. Apatah lagi bangun awal pagi untuk masak something for breakfast. Sebab ayah pun bukan jenis yang kena makan sebelum kerja. Ayah ni sangat mudah orangnya. Tapi, kalau ibu tak masak sesuatu untuk embah, hanya tinggalkan roti saja, kalau dia bangun tengahari, tak ada makanan, kesian pula. Dahlah hari Selasa tu embah marah-marah dengan ibu sebab tak ada orang yang bawakan dia lauk tengahari tu padahal dia makan nasi dengan mi goreng fishbal tu ok aje. Embah ni orangnya sukar ditelah. Bila ada makanan, tak nak makan. Bila tak ada, nak pulak.
Ini bekalan ibu hari Selasa tu. Mi goreng fishball dengan kicap pekat. Walaupun nampak macam tak menyelerakan langsung, tapi sebenarnya rasanya sedap. Alhamdulillah.
Jadi, disebabkan memasak mihun sambil basuh pakaian dengan mesin basuh, kemudian kemas dapur, sempan jamah sarapan, ibu keluar rumah tetap juga pukul 7.25 tadi. Hish.... Dah bangun awal pun masih tak sempat. Kelam kabut buang sampah. Tak sempat pun nak tunggu jemur pakaian. Jauh sekali nak bagi kucing makan. Ayah pula, bila terjaga terus layan youtube. Bila ibu dah kelam kabut minta tolong sidai pakaian semua, barulah kata, dia ada meeting pukul 8. Ibu was like, wtttffff???? Dari tadi kenapa rileks2 saja kan. Hish hish hish. Tapi sempat jugaklah ibu tinggalkan amanat. Sempat juga ayah marahkan Ica sebab tak nak ke daycare. Adui.. Pagi-pagi dah menjerit2 semua orang. Dengan ibu yang kelam kabut. Dengan ayah yang marah-marah Ica. Dengan Ica yang menangis tak nak ke daycare. Embah? Ada dalam bilik tu buat dono aje.
Kadang tu geram juga dengan embah ni. Mentang-mentanglah dia tu dah tak larat serba serbi, jadi dia buat tak tahu banyak benda. Tahu komplen saja. Pintu dapur tu ibu buka luas sebab nak bagi cahaya masuk ke bilik embah. Kalau tak, biliknya gelap terkepam saja. Kesian pula tak ada perubahan udara. Tapi, bila ada kucing liar masuk rumah, embah boleh buat derk aje, sampai kucing tu boleh lepak tidur atas sofa. Embah, selamba layan tv. Adoyai.
Sudahlah kami ni tak kisah pun embah tak nak tolong lipatkan pakaian dalam bakul yang dah menggunung, tak kisah pun pakaian di jemuran nak kena rintik hujan, tak kisah pun kalau kucing kat luar tu bising minta makanan, tapi benda-benda yang simple-simple ni, apa salahnya ambil berat. Pelik kan. Tapi, ibu biarkan sajalah dia. Ibu anggap dia tak ada kat rumah tu. Tanggungjawab ibu sediakan makanan dan tempat yang selesa untuk dia tidur malam. Itu pun, walaupun bilik ada air cond, cadar berganti, pakaian berganti, tetap dia komplen susah nak lena malam. Aduhai emak.
Kembali pasal lari timing ni, ada kawan kata, mungkin dah nak adjust timing baru, jadi timing lama jadi rosak sikit. Heheh. Mungkinlah. Lepas ini, ibu kena adjust timing untuk bangun siapkan anak sekolah dan masak sarapan pula. Jangan tidur semula lepas solat subuh. Eh boleh ke tak ni? Harapnya bolehlah. Insyaallah.



No comments:
Post a Comment