Jun 5, 2013

Mood stressed-out. Macam ni ke?

Bismillah.

Jam dah pukul 4.30pg masa tulis ni. Haih. Update blog je ke? Pergilah solat sunat ke mengaji ke apa kan? :-D 

Hari ni masuk malam kedua tak dapat tidur malam. Tapi malam semalam is the worst. Malam ni tadi at least dah tidur awal pukul 8.45 sampai 12.30 tadi. At least kepala dah berehat sebentar. Alhamdulillah.... Itu pun asyik terjaga rasa mcm tidur petang sebab waktu tidur dah berubah. 

Semalam, balik dari kelas, terus lapar, pergi makan dengan suami dan anak, balik rumah dah pukul 12, lepas tu terus tak boleh tidur sampai pagi. Kalau tak boleh tidur tu sepatutnya pergi solat malam kan. Tidak. Terus la 'menetap' depan komputer buat research yang tak sudah. 

Suka ke ni? Ya Allah, tentulah tak. Mata tak mengantuk, tapi otak dah penat. Akibatnya, menjelang subuh macam nak kena lelah. Lepas minum bercawan-cawan air kosong sbb niat nak puasa, siap makan ubat lelah & ubat kahak semua, start suami dan anak meninggalkan rumah pagi esoknya, barulah cuba tidur.

Itupun tidur tak lena. Asyik mimpi yang bukan-bukan. Sekejap mimpi nak tenggelam dalam kolam. Sekejap lagi mimpi naik bangunan tinggi lepas tu rasa macam nak jatuh. Lepas tu mimpi kulit naik rashes, jadi chicken pox pula. Lepas tu mimpi berlari, penat, terjaga. Terus pening. Tapi sempat cek email dan sms kat hp. Ada email tu maklumkan tarikh hantar assignment dan tarikh presentation. Terus bila tutup mata balik, mimpi lagi naik bangunan tinggi dan risau nak jatuh.

Bila terjaga je, bangun ke toilet mesti rasa discharge yang banyak, macam pecah air ketuban pun ada. Hangat je mengalir. Bila tengok kat cermin, aduhai, jerawat pun dah tak segan silu nak tumbuh rapat-rapat.

Macam ni ke rasanya stressed-out belajar?
Dah sepuluh tahun meninggalkan alam sekolah/uni. Hampir lupa mcm mana rasanya. Mungkin macam ini jugalah ya. Cuma bezanya, masa tu tak ada laptop dan internet bukanlah sesuatu yang wajib ada. Kalau ada pun yang membuatkan stress ialah buku-buku rujukan di library yang tak bertambah dan sentiasa berebut-rebut nak meminjamnya untuk rujukan assignment. Tapi, reference dengan nota kuliah pun dah diterima lecturer. Mudah dan cepat. Paling susah hanya bab menghafal sections dan case laws saja lah untuk kegunaan exam.

Sekarang punya stress out lain macam. Hari tu dah semalaman tak tidur menyiapkan proposal, tapi menjelang pagi masih boleh lena. Hasil kerjanya, dikomen teruk oleh pensyarah. Dia bagi contoh yang tak sama dengan apa yang kita kena buat. Dia mengajar hanya surface dan expect kita untuk develop the skill within short while. Sedangkan kebolehan membuat research, memilih bahan, membaca dan memahami, membuat sintesis, itu memerlukan pengalaman yang lama. Bukan dalam seminggu dua atau sebulan dua. Dia sedar ke tak tu? Atau dia jenis suka provoke? Argh!

Dia kata, setiap ayat mesti ada footnote. Kena ada rujukan. Tapi tengok ni, hasil kerja dia yang disuruh kita rujuk.
Ada je ayat yang tak ada footnote?? So??

Dia suruh buat legal framework, tapi contoh yang dia beri adalah conceptual dan theoretical framework. So??
Tengok tajuk pun dah tahu. Selak dalam apatah lagi. Tajuk research mungkin sama, tapi area yang kita tengok tu tak serupa walaupun bahan bacaan kita sama.

Memang dia baik. Siap share dengan kita hasil kerja dia yang bagus. Tapi, lepas tu dia naikkan expectation dia supaya kita pun buat sebagus dia, sedangkan ukuran pengalaman dia dan kita, sikit pun tak mencecah setengah inci. Pengalaman kita tak sama ok. Tapi dia cukup bagus dalam membuatkan kita rasa diri kita suck and a complete jerk.

Ia serupa menggali kubur sendiri bila memilih tajuk yang dia juga buat research baru-baru ini dan kebanyakan literature yang saya baca dan rujuk, telah dia rujuk terlebih dahulu. Ok salahkan ketua kumpulan yang ambitious tapi lepas tu blur...

Dia kan professor, tentulah semua dia tahu kalau itu bidang yang dia research. Sedangkan saya ni apa? Cuma ulat di tepi longkang saja...

Bukan saya yang suggest tajuk corruption ni. Saya tak minat langsung corruption. Bidang popular yang takkan dapat ditangani selagi kita tak tukar kerajaan. Ironinya, kita tahu, tapi kita tak dapat berbuat apa-apa. Jadi, buat apa buat research beriya-iya kalau kita dah tahu jalan akhirnya adalah kebuntuan? Argh!

Saya tak setuju. Tapi saya suara minoriti. Keputusan judgment 2 lawan 1. Tentulah dissenting judgment akan terpaksa akur....

 Nampak ni jerawat stress. Kulit kusam tidak bermaya. Waktu begini, ubat jerawat jenama apa sekali pun takkan mampu membaiki kulitku... Tidak juga vita C dan kolagen. Huuuuuu nanges...

Satu2nya ubat paling berkesan ialah tidur yang cukup. Nak dapatkan tidur yang cukup kenalah siapkan kerja dulu dan lepasi halangan yang ada. Ahhh cepatlah June-July berakhir. Ku nak bercuti....

Jadual menghantar assignment dan presentation. Ada 1 lagi assignment yang belum buat sebab tangguhkan dulu kerana nak siapkan proposal yang asyik salah aje nih :-(

Seriously asyik salah sebab setiap kali consultation, prof akan berubah kata. Masa consultation lepas dia cakap lain. Masa consultation sekarang dia ubah lain. Tajuk kami tu, dia yang bega kan. Bila dia baca semula, dia kata salah, dia bega lagi sekali. Sudah...

Yang menambahkan stress ialah, apabila kita keluar dari pertapaan, ke dapur, kita tengok dapur yang tadinya kita tinggalkan kemas dan lapang, bertukar jadi haru-biru macam kapal lepas kena goncang.

 Ada orang balik dari mana-mana tah, kerja la kot, letak semua barang dia atas table top yang tadinya lapang tak ada apa. Dengan buah salaknya seplastik, dengan dokumen apa tah, dengan kopiahnya, dengan helmet dalam plastiknya. Argh!
 3 botol air yang dah kosong, tak ada siapa yang sudi letak di singki, jauh sekali nak tolong isikan semula on the spot, pdhal siapa tah yang paling kerap minum dalam rumah ni. Plastik kuning ni, memang biasa, lepas ambil isinya, plastiknya tak pernah dibuang terus dalam bakul sampah kalau bukan tangan saya yang membuatnya, atau mulut saya yang membebelnya.
 Plastik berisi makanan dan telur sepapan aci letak saja di situ sebab mmg cantik kalau dijadikan perhiasan tempat yang tadi tu lapang...
 Ohh sini ada plastik pink pula. Tangan yang keluarkan isinya memang sangat pantang untuk buang terus plastiknya ke tong sampah. Tupperware gula yang dah kosong pun dibiarkan saja kat situ, tak diletak balik dalam kabinet, jauh sekali nak dicuci semula...
Singki ni tadi kosong saja, kering, masa saya nak ke gua bertapa. Tapi sekarang dengan polisterin, dengan mangkuk tak berbasuh. Hairannya macam akan ada bibik bergaji nak tolong bersihkan.

Haaaa.... mcm tu. Sakit jiwa ke? Boleh jadi sakit jiwa kalau kita tak 'take it easy'. Bila stress ni, kita jadi sensitif dan rasa nak bengang tak fasal kan.

I need a break before the next assignment. Bertabahlah hati. 
Ok nak gi solat jap, pastu nak sahur.
Till then.

No comments: