Jul 11, 2013

Berbuka dan sahur Ramadhan ini

Bismillah...

Rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Kareem... Semoga Ramadhan kali ini akan menambahkan pahala kita dengan amalan mulia seperti bertarawikh, bertadabbur (mengaji Al-Quran), bersedekah, solat malam, dan sebagainya. Alhamdulillah Allah memberikan kita peluang untuk menemui bulan penuh barakah ini lagi.

Ramadhan kali ini kami sambut biasa-biasa saja. Kebetulan hari Sabtu ini saya akan menduduki peperiksaan. Jadi, kalau kata nak sambut dengan makan-makan sakan sehari sebelum puasa tu memang tak lah. Sebab ada je kat rumah ni, kalau tak research, study untuk exam. 

Memasak lauk sahur dan  buka? Belum lagi lah. Insyaallah ada niat tu selepas habis exam. 

Study masa perut lapr memang tak begitu membantu. Kepala rasa lengang aje :-) Tapi setakat ini persiapan untuk exam tu ok. Taklah kosong sangat. Ada beberapa bab lagi yang nak dihabiskan. Kebetulan pula suami tak ada apa-apa projek lagi hingga puasa ke 2 ni, jadi beliaulah yang memikirkan nak makan apa masa berbuka. Nak bersahur dengan apa. Alhamdulillah ada suami yang memahami :-)

Sahur pertama tu, suami yang masak nasi dan masak ayam lemak cili api, dengan ikan masin. Memang sedap kalau tinggal makan. Kami sahur pukul 5. Suami masak masa nak tidur tu dalam pukul 12 lebih macam tu lah. Terawikh pertama, suami ke surau sendiri, sebab saya kena tidurkan Ica awal. Alhamdulillah.

Sahur kedua pun suami yang siapkan. Sebelum tidur dia masak dulu nasi, goreng ayam, dan panaskan sambal ikan bilis yang dia masak banyak, memang untuk lauk sahur. Kalau tak puasa pun, beliau memang suka masak sambal ikan bilis tu. Makan pagi-pagi, pekena kopi o suam pula tu. Memang kaw! Saya pula study hingga pagi, tak tidur, jadi perut tu memang bersedia lapar. Bila makan, walaupun lauk simple, tetap sedap. Apatah lagi suami yang masak. 

Dulukala masa zaman bujang, kalau puasa masa cuti semester, memang sayalah yang bertungkus lumus di dapur sebelum berbuka dan sahur. Masak untuk berbuka kena banyak sikit supaya boleh tahan hingga sahur. Kalau lauk sahur dah habis, kena masak lagi apa-apa lauk, macam goreng ikan masin ke, goreng ikan/ayam/telur, masak sardin etc. Bangun seawal 4 pagi sebab mak akan mula makan jam 4.30 pagi. Dia kena makan awal sebab dia nak makan sireh lepas tu. Haih. Kenangan.

Lauk berbuka? Kami ni simple saja. Tak masak pun untuk berbuka. Boleh? Haha. Dahla tak kerja, dari pagi ke petang duduk rumah, pun tak masak? Ada orang tu siap bercita-cita tak nak jejak kaki ke bazar ramadhan. Macam teruk sangat je sesiapa yang beli makan untuk berbuka dekat bazar :-) Saya tak lah. Apa-apa pun kena bersederhana. Kalau rasa nak makan sesuatu dari bazar, beli saja. Kalau suka nak masak, masaklah apa yang mampu. Memang sejak tahun lepas, saya jarang masak untuk berbuka. Suami akan beli saja apa yang teringin di makan. Mulut 2 orang saja. Kalau masak, mesti ada yang berlebih dan kena di tong-sampahkan.

Semalam, kami berbuka ini. Saya memang penggemar nasi dagang, tapi tak tahu membuatnya (-_-')
*Gambar dari Google* Nasi dagang dari pasar malam Gombak ni memang sentiasa sedap.
Suami dengan nasi kerabu daging bakar.
Airnya teh o ais, pencuci mulut bubur kacang dan pengat pisang. Macam tahun-tahun lepas. Sekali makan, habis. Dah tak perlu simpan-simpan lagi. Senang cerita.

Lepas makan, rehat sekejap, lepas tu solat maghrib berjemaah, sebelum ayah ke surau. Saya dan Ica solat isyak, dan masuk tidur. Kalau tak masuk tidur awal, nanti Ica tu tentu susah nak tidur sampai lewat malam.

Malam sikit, baru saya bangun semula untuk buat apa yang patut dan sambung study lah.
Alhamdulillah. DikurniakanNya kesihatan tubuh badan untuk melalui Ramadhan kali ini. Insyaallah lepas habis exam, Isninnya nanti saya akan ambil mak dari kampung. Mak nak berpuasa dengan saya, sebab abg sulung saya nak buat umrah. Jadi, raya ni mak ada dengan saya lah. Insyaallah... Kalau macam itu, nak kena masak selalu, sebab mak tak gemar sangat lauk dari bazar. Kami pun memang personally tak ke bazar ramadhan. Kami ke pasar malam macam biasa, sebab makanan di pasar malam lebih sedap daripada yang dijual di bazar.

Apa-apa pun, matlamat kita ialah puasa dan ibadah lain-lainnya. Makanan bukan perkara utama. seeloknya bersederhana. Mudah-mudahan ibadah kita diterimaNya. Insyaallah. Amiin.

Till then.

No comments: