Jul 29, 2013

Family Iftar 28-7-2013.

Bismillah.
Alhamdulillah apa yang dirancangkan sejak 2 minggu lepas jadi kenyataan. Suka sangat bila dapat berkumpul adik beradik dengan emak yang masih sihat. Alhamdulillah. Bila kita dah tua-tua ni, memang susah sangat nak berkumpul adik beradik. Masing-masing sibuk sangat dengan agenda hidup. Nak tetapkan satu tarikh yang tak clash dengan event lain, memang payah. Jadi, bila dah ada peluang macam ini, it's like a once-in-a-lifetime's chance la untuk tidak diabaikan begitu saja. 

Mulanya nak buat awal ramadhan haritu, tapi abang sulung pula tak boleh datang sebab nak melawat anak-anaknya di asrama tahfiz Klang dan di kolej matriks di utara, dan nak singgah jenguk rumahnya yang disewakan di Ipoh. Heh abang sulung tu penting okey. Jadi, kenalah cari timing yang dia sesuai. Kebetulan 29 Julai, dia ada kursus di KL, so boleh lah dia datang awal sehari dan melepak di rumah kami di KL ni.

Siapa punya idea untuk gathering ni? Dah tentu mak incik pengarah Norlaila si akak kedua tu. Dia memang suka mengarah. Hahaha. Yang membuat itinery nya? Dah tentulah anak no. 5 ni iaitu saya. Saya yang mesej semua orang, supaya alert dengan tarikh lapang yang dah ada tu, dan membahagikan menu untuk di masak oleh setiap orang, jadi ala-ala potluck lah. Sebab apa pot-luck? Sebab kalau harapkan nak masak kat rumah yang kita nak berkumpul tu, pertama kecah. Kedua, dapurnya ada 2 je tungku, nanti lambat sangat nak masaknya. Yang ketiganya, pasti akan ada yang sengaja datang lambat dan tak join memasak. Hahaha. Bila potluck, adil. Semua orang boleh masak ikut kreativiti memasing. 

Dalam planningnya, menu ialah nasi putih, lauk ikan bakar (dimasak oleh Kak Norhusna, anak no. 3), lepas tu kari ayam/masak lemak oleh Norazam anak no.6, daku, sayur campur dan sambal tempe, manakala manisan bubur pulut hitam/pengat pisang oleh Norlaila si director tadi. Abang sulung sebab wife dia gi umrah, dah dia tentu-tentu tak masak, jadi, datang bawak perut saja kot. Yang sedihnya, anak no. 4 Norhajar tu, memang dah lama mengasingkan diri daripada kami dan tak nak ambil bahagian :-( jawab sms pun tak. Ok ok. Biarkan dia dengan labu labinya.

Jadi, saya telah menyediakan 3 juadah. Sambal tempe, kentang dan petai, sayur campur udang, dan puding karamel yang almost everyday buat ni :-)

Ok tiba-tiba nak share cara buat sambal tumis kering tu kat sini. Hihi.
 Tumiskan bawang merah besar dalam 2 labu. Cili padi beberapa batang dan 7-8 ulas bawang putih. Sampai agak garing. Lepas tu masukkan at least 5 sudu besar sos cili, 2 sudu besar gula, dan sikit garam. Masukkan 3 sudu besar air hangat. Kacau sampai agak pekat. Lepas tu masukkan semua bahan yang digoreng tadi.
 Ikan bilis.
 Tempe.
 Kentang chips. Kentang ni makan macam tu saja pun dah sedap sangat. Garing macam chips. Lagi takde perisa tambahan.
 Petai.
 Lepas siap disira, jadilah macam ini. Alhamdulillah...sedap. :-)
Okey ini sayur campur biasa aje. Letak udang besar yang dipotong 2 sebab tak nak nampak macam gedabak sangat udang tu.

Mengikut agenda juga, pukul 6 mesti berkumpul di rumah kak Norhusna, untuk buat tahlil dan kalau sempat bacaan yaasin berjemaah. Tapi, tahu sajalah 'bos besar' kita, iaitu mak, memang akan terhegeh-hegeh dan terkedek-kedek nak bersiap. Masa tengah bersiap tu lah sibuk sakit perut cirit birit pulak. Lepas tu macam tak nak pergi pulak. Hish hish hish. Sudahnya, pukul 7 tepat barulah kami, satu kereta ni, tiba ke rumah Kak Norhusna di Klang Gate. Semua yang lain dah lama sampai, ada yang siap tidur-tidur lagi.

Sesampai saja big boss, acara terus bermula dengan bacaan yaasin berjamaah, lepas tu tahlil ringkas dan doa arwah, lepas tu siapkan makan dan iftar bersama-sama. Lepas iftar, solat maghrib berjemaah, dan lepas tu rehat-rehat... Macam biasalah. Bersembang. Catching-up lagi. Macam-macam yang diceritakan dan digosipkan. Mak pula ambil kesempatan berehat dalam bilik. Mak memang kalau lepas berbuka, badannya jadi letih sangat. Mesti nak kena baring-baring dulu, relax. Sementara Ica dengan sepupunya yang sebaya, Aiman, memang non-stop lari sana sini, lompat sana sini (-_-) sampai ada satu tahap tu Ica pun nak termuntah sebab terlalu aktif. Biasa la budak lelah ni. Tak boleh aktif sangat. Dahlah perut kenyang makan nasi, minum teh o suam, minum air kosong lagi, pastu makan kerepek kentang goreng lagi. Hish risau mak!

Okey inilah hasil tangkapan kita untuk iftar tu. Alhamdulillah banyak rezeki nak masuk perut nih.
 Ini lauk yang saya bawa. Sambal tempe kering, chips tadi tu untuk makan gitu saja, dan sayur campur. Yang tengah tu puding karamel. Atas tu ada pecal. Kuih akok. Ikan keli sambal. Ikan kembung goreng. Ulaman.
 Ikan tilapia goreng bercili, tongkeng ayam goreng. hihi.
 Bubur pulut hitam. Eh. Pengat pisang takde dalam gambar lah.
 Kari ayam tanpa santan.
Ok ni dah lepas habis baca doa tahlil. Alhamdulillah. Semoga arwah bapak kita gembira dengan hadiah kita ni.
 Anak beranak. Norazam dan emaknya. Ini lepas iftar. Tengoklah perut si hijau tu. NGERI you! Haha. Okey mak tengah nak makan sireh. Snek wajib selepas berbuka.
 Haish. Suka sangat ambik gambar bontot! 
 Gambar family yang tak cukup korum sebab wife abang Nordin takde. Anak-anak dia yang 3 orang lagi pun takde. Norhajar yang takde (sebab sengaja tak nak ada).

Dari kiri Hairul (my husband), Nordin (abg slung), Mak (big boss), Kak Norhusna dengan anaknya Aiman, baju hijau Norazam, purple tu says, depan Norazam tu wifely, Yani. Depan saya tu Seha (anak kedua abg Nordin), dan Ica. Kiri semula Abg Jeynal (husband kak Husna), Matsah (suami kak Laila), Kak Laila. Yang ambil gambar ni Suhaib (anak kak laila).
 Kandid! Mak tu time orang nak snap la dia nak borak!
 Candid! Belum cukup korum.
Candid! Maaaakkkk...What are you doingggg....
 Okey yang baju kuning tu Suhaib. Gambar disnap oleh Hairul.
Lagi sekali. 
Okey dah siap.
Lepas buka puasa, Hairul pun segera gi keje. Jadi, kami ni kena lah cari orang utk tumpangkan balik umah.
 Ica dan Aiman main tak henti.
Last gathering (tak ingat bila kena cek balik), Aiman dan pandai suku kata. Ica baru kenal huruf dan nombor. Hari ini, Aiman masih dengan suku kata, tapi Ica dah pandai mengeja banyak perkataan. Yay! Bila ada competition macam ini barulah nampak perkembangan Ica. Alhamdulillah sangat...

Aiman maintain kurus sebab tak nak makan nasi. Asyik melompat dan berlari. Sesekali aje minum susu dalam botol dan makan coklat. Berbeza dengan Ica. Main pun main. Makan mesti makan. Heh.
 Aiman dengan Abinya dan Wak Sah.
Seha dan Yanie.

Pukul 10.30 malam, kita pun beredar. Azam tumpangkan. Full kereta dia. Mak dengan Azam kat depan. Yani, Seha, Ica dan saya di belakang. Memang men-sardin-kan diri betul... Huu...

Hingga jumpa lagi sehari sebelum raya di sini. Insyallahh....

No comments: