Aug 19, 2013

Fraser's Hill. First and Last.


Bismillah...
Orang lain semua dah masuk kerja/sekolah semula. Ibu dok fikir, nak jalan ke mana ni sementara masih ada 2 minggu cuti sem berbaki. Ayah pula, masih sebok dengan projek Parlimennya. Jadi nak pergi bercuti lama-lama tu memang payah. Takkanlah ibu nak pergi sorang? Isk tidaklah. Paling jauh pun, cuma ke kampong aje kot? Sekarang Ica dah sekolah, yelah walaupun tadika, tetap kena ambil berat juga. Jadi, agak susah nak terus jalan-jalan kalau hari bukan cuti umum. Kalau cuti umum pulak, faham2 ajelah. Jalan jem. Semua tempat full-house. Harga makanan dan cenderamata pun jadi mahal.

Bising punya bising. Akhirnya ayah kata, okeylah jom ke Fraser's Hill. Ibu memang nak sangat tengok tempat ni. Ada apa? Apa bezanya dengan Genting dan Cameron? Sebab ibu kan suka tempat tinggi dan sejuk. Nak ke UK entah bila. Ke Switzerland atau New Zealand? Tunggulah ayah jadi jutawan segera dulu kot...?

Hari Ahad 18-8-13, sehari sebelum buka sekolah, ayah ajak ke Fraser's Hill. Yey!
Tahu nak jalan jauh, tapi sempat pergi tengok petshop baru bukak, dan makan chinese food di Sharin Low Bukit Antarabangsa. Jadi, bertolak dari sana dah pukul 2.10petang. Sampai jalan yang berbukit, corner kanan kiri memeningkan kepala tu, dah pukul 3.30petang. 

Ayah kata, jalan agak jem. May be sebab orang pun nak balik ke destinasi masing-masing. Selayang tu dah memang la jem. Batu Caves pun sama. Ibu rasa, ibu tidur dah lama sangat, dengan harapan, bila celik nanti dah sampai ke puncak Fraser. Tapi harapan hanya harapan... Bertabahlah ibu dengan jalan bengkang bengkok tu.
Pukul 3.30 petang baru sampai sini. Ingatkan dari sini ke atas dah dekat. Rupanya tidak. 
Ini Splash Info centre. Pusat tadahan air/empangan. 
 Sepanjang jalan memang macam ini. Bila dah nak sampai tu, mula lah berangin sejuk dan kabus. Best la sikit tak panas macam tadi kan.
 Pastu bila dah sampai ke atas, hujan rintik-rintik. 
Kita pergi buang air dulu kat public toilet, dan solat di Mesjid ni. Ni ambil gambar di depan perkarangan mesjid. 
 Sesampainya, tengah azan asar. Elok sangatlah, solat jamak di Mesjid Sultan Mahmud. Jemaah pun tak ramai. 
 Tak tahu mana nak pergi dulu?
Tempat ni kan kecil saja. Kebanyakannya banglo persendirian. Kalau ada tempat peranginan persekutuan pun kena booking 3 bulan awal. Amboi lamanya.

Tengah nak shot, hujan turun dengan lebatnya. Larik!!!
 Signboard di pintu masuk Taman Bunga yang besar secoet tu. Bila hujan, nak jalan kat dalam tu pun susah. Jadi, lupakan saja hasrat tu. Taman bunga yang kat Flower Nursery Setapak tu lagi besar kot.
 Nak ke mana kita?
Padahal jap tadi makan chinese food sotong goreng telur asin di Sharin Low, tapi ayah dah lapar balik. Baru pukul 5 ni. Sementara ibu pergi beli fridge magnet dan T-Shirt kenangan kat kedai sovenir hujung  tu, ayah pun layan sup tulang ni kat Food Court.
Ica happy dapat botol buih bentuk angrybird tu. Tak sabar nak main. Tapi bila tengok ada pisang goreng dengan teh o panas, terus lapar minum petang. 
 Fridge magnet. T-shirt Ica pakai kat pictures bawah nih.
 
 
 Sambil makan pisang goreng sejuk, layan teh o panas suam, sambil tengok konsert ulangan pop yeh yeh kat tv depan tu.
 Ibu snap gambar sensorang, tetiba ada dak kecik mengekor di belakang. Ini batu tanda Food court ni, namanya Food Garden. Kenapa Garden bagai? Sebab kat tepi food court ni ada macam taman permainan dan kerusi tempat duduk kalau nak camwhoring banyak-banyak. 
Kebetulan hujan dah berhenti dan yang tinggal hanya kabus. Sejuk memang la, tapi takdelah sampai kena pakai baju sejuk. Tengok budak kecik Korea ni, relax aje pakai seluar singkat dengan baju lengan pendek yang nipis. Aktif ke sana sini.
Apa nama tempat ni? Kalau hujan berteduh la kat sini. 
 Tengok la ayah tu, masih layan pop yeh yeh kat dalam. Ayah kata, kos makan nasi dengan sup tulang, dengan pisang goreng dan 3 cawan teh tadi tu RM20. Wah mahalnya! Kalau kat Sup Hussien kat Setapak tu, boleh dapat 3 mangkuk sup ayam kampung/daging siap dengan teh dan roti. Sila-silap ada balance boleh beli popia dia lagi. Hahah. 
Kabus belakang ibu. 
Ica pandai bawa diri kat sini. Tak takut-takut. 
Taman bunga. Tadi ramai orang ambik gambar. Tapi ni sebab dah petang sangat, dah kosong. 
Ibu pula... 
Sejuk sangat ke?  
Ica yang snap gambar ni.   
 Selebihnya, Ica main aje.
 Lari. Lompat. Kejar buih.
 Amboi... Happy nya ayahhh.....
Kabus makin tebal sampai tak nampak atas tu.
 
Okey. Seluar Ica pun dah basah sebab belasah main jongkang jongkit yang kena hujan tadi, so kita gerak lah ke tempat lain pulak. Nasib baik ibu bawa baju spare utk Ica.
 Taman Bunga lagi satu berdepan dengan hotel ke apa ni, tapi kediaman moden la.
 Ayah main nyorok-nyorok pulak.
 Buang tebiat ke. Dah la dah tua. Berat pulak tu. Haish.
 Ok Ica pulak.
Taman yang cantik dan well-maintained.

Sekarang kita ke tepi padang golf pulak. Fraser's Hill Golf Club.
 Ica pakai baju double dengan T-Shirt beli tadi sebab dia mula rasa sejuk.
 Macam kat New Zealand tak? Kabus tengah lalu tu. Cantik gambar ni boleh framekan. Eh. Tshirt Ica yang harga RM18 ni pun cantik juga kan. Cuma, hanya warna hitam yang available. Nak beli banyak pun macam tak sesuai dengan cuaca panas KL.
 Ayah tengok apa tu? Masa ni pengunjung pun tak berapa ramai sebab dah 6.30 petang.
 Tengok landskap sini cantik kan. Macam English style.
 Fotografer sengkek sebab hanya pakai hp je? Dan model picisan, sebab hanya tahu buat 'peace'...hihi
Dari depan.
Ica menunjuk bakat menari di tengah stage (-_-)
Kenangan bertiga.
 Gambarnya goyang la Ica....
 Kalau tak goyang, jauh sangat pulak......kes jeles la ni...
 Ibu snap sendiri lah. Ica tak puas hati sebab dia duduk tepi.
 Ok barulah nampak muka semua orang...
 Ica iklan gigi?
"He's my dad.." 
"Yeah... I know.."
 Ini mercu tanda FH, jadi kenalah ambil gambar kenangan di sini.
Yang ayahnya sibuk ambik gambar orang, yang anaknya tu kenapa? Sibuk hentak kaki?
"Tak sangka pokok ni ada buah. 10 tahun lalu saya datang sini, ada daun aje..."
 Maskot baru FH.
 Ok Maskot dah behave sebab ada apak dia. Hihi.
 Anak ayah.
 Gigi sapa paling kuning? Ibuuuuuuu - kata Ica (-_-)
 Mari tekan pipi diaaaaaa.... smile! Boleh masuk pertanding muka sama...
Terbang ke FH...
 Macam tahu baca je?
 Ok, sila beredar ya. Dah nak maghrib nih. Kata ibu. 
You, jangan nak lepak lama-lama kat sini. Dahlah tak booking bilik. Kata Ica pula. :-)
"Eh eh. Padahal kita yang bawak diorang ke sini tau... Pandai je nak warn kita..."

Lebih kurang pukul 7.25pm kita pun bergerak turun dari FH, lepas buang air siap-siap. Sepanjang jalan, daripada Maghrib hingga Isyak, ibu berdebar menunggu laluan corner kanan kiri berakhir. Jalan bengkang bengkok, gelap gelita dan tidak ada kereta lain. Ibu berdoa mudah-mudahan selamat sampai ke bawah dan takde apa yang berlaku di sepanjang jalan hening ni. Sepangjang jalan pasang CD mengaji. Alhamdulillah, dalam pada risau cuak tu, bacaan ayat suci menenangkan perasaan. Dahlah tengah hutan. Dibuatnya tayar pancit atau kereta terhenti sendiri, mana nak cari tolong? Naudzubillah....

Pening, nak muntah, nak terberak, nak terkencing semua ada. Nasib baik ayah okey. Ibu urut-urutkan juga leher ayah, sebab dia tentu perlukan tu untuk lebih perhatian. Ica, nasib baik dia behave di belakang. Sejuk, ibu selimutkan dengan tuala kecil dan kebetulan ayah bawa t-shirt extra, lepas tu dia tidur. Ibu pula, tahankan aje nak termuntah. Pejam pening. Celik lagi pening. Ibu rasa biji mata ni dah berpusing 360 darjah. Tu yang pening gila. Dah letak minyak cap kapak pun tak membantu. Akhirnya, ibu tertidur juga. Adalah dalam 15 minit sebelum sampai ke area pekan Hulu Yam. Lega bila dah keluar daripada jalan bengkang bengkok tu. 

Sempat singgah di Masjid Batu Caves untuk solat jamak Maghrib dan Isyak. Elok je kita selesai solat, Mesjid pun dikunci tok siak. Alhamdulillah. 

Jumlah perjalanan semua sekali dekat 200km. CD mengaji tadi dah masuk surah kedua. Dia berkumandang selama 2 jam. Jadi, kita tadi dalam jalan bengkang bengkok dalam sejam 40 minit lah ya. Sebab sekejap sangat yang dalam jalam lurus. Alhamdulillah selamat tiba. Syukur lillah...

Dahlah, lepas ni, tak nak pergi sana lagi. Especially kalau balik hari. Nak stay sana, ayah kata takde apa yang nak dijadikan hiburan. Kedai makan susah. Yang ada hanya hutan. Kalau stay pun, untuk tidur semata. Siang hari, adalah aktivitinya horse riding, jalan-jalan ambil gambar. Tapi ini boleh dibuat tanpa stay malam kat situ pun. Ala...maknanya memang takyah datang dah la. Semua tempat cantik nak bergambar kita dah pun tengok. Memang cantik. Rezeki jumpa kabus lepas hujan pula tu. Feeling oversea pula ya.


No comments: