Sep 13, 2013

Immune ubat lelah?

Bismillah...
Beberapa hari kebelakangan ini, Ica dah nak baik lelah, tapi ibu pulak yang take over. Elok aje ayah balik, Ica jadi lelah yang teruk. Sampai ubat biasa untuk paru-paru, batuk dan lelahnya dah habis. Stok Ventolin dan Atroven untuk Nebulizer pun dah nak habis. Nasib baik sempat ayah balik, baru Ventolin tu habis betul. Kalau nak beli di klinik, normally diorang tak jual. Ataupun jual mahal gila.

Jadi, kita pun tak buang masa lagi. Hari Selasa tu, bawa Ica ke klinik Dr Salmi di Cheras Perdana. Nak periksa paru-paru Ica. Manalah tahu perlukan blood-test pulak ke. Sebab jarak lelah tu terlalu dekat. Haritu sembuh dalam seminggu saja masa kita jalan-jalan ke Terengganu dan Kuantan. Masa tu kena panas terik, lepas tu terus masuk dalam air-cond pun kita ok aje kan. Elok aje balik semula ke rumah, Ica ke Tadika 3 hari, hujung minggunya, lelah semula. Ibu yang join Ica ke Tadika untuk open house pun jadi batuk keras. Macam nak demam. Agaknya, kita ni tak kuat nak melawan penyakit bawaan air-cond kat Tadika tu dan di Molly Fantasy tu :-(

Dr Salmi kata, sebab Ica dah mula consume ubat-ubat ni semua sejak bayi, besar kemungkinan Ica dah mula immune dengan ubat biasa. Tapi kali ini Ica tak demam. Jadi tak perlu antibiotik. Cuma, dia suggest kita gunakan Singulair. Ubat untuk cegah lelah dan kena minum berterusan selama 2 bulan. Anak Dr Salmi pun lelah sejak bayi, dan dia amalkan Singulair tu sampai 9 bulan. Lelah pada bayi ni akan baik bila dia besar nanti. Mudah-mudahan...

Ibu bukan tak usaha cara lebih semulajadi drug-free. Macam campuran habbatussauda dalam air minuman, minum madu setiap pagi, makan kismis setiap pagi, makan kurma. Makan nasi lauk sup yang ibu lebihkan halia dan bawang puteh. Tapi semua tu tak memberikan kesan untuk kuatkan antibodi Ica melawan penyakit. Mungkin kuman di rumah ni terlalu kuat untuk kita? Sebab kita serumah dengan Noneng? Wallahua'lam.
Singulair ni bentuknya macam garam, dilarutkan dalam air. Untuk di minum waktu Ica nak tidur. Maknanya lepas minum singulair eloklah jangan makan apa-apa lagi. Minum, ok. Nak bancuh dengan air suam atau air berperisa pun tak apa. Kena ambik singulair ni bersama-sama ubat-ubat yang lain, hingga Ica betul-betul sembuh lelahnya kali ini. 

Singulair ni agak mahal. Kalau di Klinik ni, diorang jual RM7 sepeket ni. Satu bancuhan. Kalau kat farmasi, ada yang jual RM5-7 satu. Dr Salmi pesan, kalau ada, cari lah yang satu RM4. Beli untuk 2 bulan terus.

Lepas siang tu ke Klinik, malamnya, kita ke rumah Wak Salleh pula, nak minta urutkan urat asma Ica ni. Dulu kan Ica pernah urut dengan dia. Alhamdulillah lelahnya jadi menjarak. Setahun 2-3 kali saja. Ibu pun urut juga, langsung tak jadi lelah. Jadi batuk kahak saja.
 Punyelah lama menunggu... Datang pukul 9, dapat jumpa Wak Salleh pukul 11.45mlm. Keluar lepas urut pukul 12.35. Aduhai... menunggu 3 jam hanya untuk rawatan 30 minit? Ibu pun sempat berurut sikit kat belakang ibu ni.
To kill the time, bosan dah tengok tv, main segala game dalam tablet, menonton kartun dalam youtube, sikatkan rambut ayah, bergaduh dengan ibu, dan macam-macam aktiviti lagi...

Balik tu, ibu pulak rasa macam nak lelah. Akhirnya, batuk teruk, dan lelah juga... Ada ubat lelah untuk rawatan yang lepas, tapi hanya untuk sekali makan saja. Tak boleh jadi. Satu apa kerja pun tak boleh nak buat kalau lelah ni. Apasal dah urut pun masih jadi lelah juga? Jawabnya wallahua'lam. Kita dah berusaha. Allah masih menguji. Kebetulan ibu kena hujan 3-4 kali dan nak demam asyik tak jadi. Teruslah jadi lelah. Masa diurut tu ibu dah rasa lelah sikit tapi buat tak rasa. Dah lewat malam, barulah batuk yang teruk.

Ibu pun, pagi-pagi Khamis tu terus ke Klinik Setia kat OTK tu. Dr. Sheela pun kata, lelah kali ni agak teruk. Mula-mula dia suruh ambik nebulizer dulu. 30 minit. Lepas tu dia cek semula. Lepas tu dia bagi jadual nebulizer untuk buat kat rumah, dan ubat makan. Harapnya cepatlah ibu sembuh. Bukan apa, bila lelah ni, nak bawa badan sendiri pun macam tak larat. Nak bercakap pun macam takde tenaga. Apatahlagi nak buat kerja rumah. Nasib baik ibu masih larat nak masak nasi, goreng ayam dan panaskan sup untuk Ica lunch. Alhamdulillah... Itupun nasib baik tak tercungap dibuatnya.
 Pinjam corong gas Ica... nak beli lain mahal. Satu corong RM60. Guna sesekali saja. Takpelah... sharing dengan anak sendiri pun. Muat-muat kat hidung aje..kikiki
 Corong gas dan mesin nebulizer yang banyak berjasa dan dah ikut kita travel ke mana-mana saja.
Kalau dapat jadual nebulizer dengan klinik, nak kena datang klinik tiap 4 jam. Lepas tu caj klinik mesti antara RM15-30 sekali. Haaaa lagi mahal kan. Beli mesin neb ni dulu RM300 saja. Dah guna beratus kali kot. Dan kalau kecemasan, tak perlu ke klinik malam-malam.
 Mesin ni namanya Apex, BestNeb. Dah 2 tahun kot. Tak ingatlah tapi pernah buat entry pasal dia.
 Ini campuran ubatnya. Kalau nak beli yang dah siap-siap dicampur dalam tube, kat farmasi ada jual. Satu tube RM5. Lagi senang. Tapi kita pilih yang macam ini aje. 1ml saline, 1ml ventolin dan 10 titik Atrovent untuk Ica. Kalau untuk ibu, kena lebihkan sikit lah.
 Nanti bahan-bahan ni akan memenuhkan ruang warna hijau ni dan mesin ni akan salurkan udara untuk pamkan cecair menjadi wap untuk di sedut. Eloknya sedut dengan hidung, lepaskan nafas dengan mulut supaya gas terus masuk ke paru-paru.

Kenapa ibu tak guna puff?
Ada puff tu. Tapi tak menjadi lah. Takde apa-apa effect pun. Sama ada ia dah expired, atau ibu yang tak pandai guna. Tapi tengok adik dan kakak-kakak ibu guna semuanya macam tu. Entahlah. Dengan neb ni je yang berkesan.

Ia berkesan bila lepas ambil gas ni, badan akan menggigil sebab jantung berdegung pantas untuk mencairkan kahak yang dah sumbatkan ruang-ruang udara dalam peparu kita. Bila kahak dah mencair, dia akan keluar sama ada dalam air kencing (kena minum air suam lebih) atau dalam bersin, keluar kat hidung, atau kita batuk, keluar kahak cair sikit. Kalau kahak masih lendiran tak berwarna, atau baru warna kuning, maknanya peparu kita masih ok. Kalau lendiran dah jadi warna hijau, maknanya dah ada jangkitan kuman, dan perlu cepat ambil antibiotik. 

Kalau dah jadi hitam, maknanya dah tak lama la tu. Teringat masa arwah embah lanang (datuk) Ica dulu nak meninggal, dia koma dulu, dan kahak yang disedut keluar tu, mulanya kuning, lepas tu hijau, lepas tu hitam. Walaupun antibiotik pun tak henti dimasukkan, tapi tak dapat nak lawan kuman dalam peparu dia. Badan dia dah tak dapat nak lawan kuman tu walaupun dibantu antibiotik. 
Dah ajalnya... :'-(

Ibu sebenarnya malas nak ambik gas/ventolin ni sebab lepas ambik, badan menggeletar, dan bila-bila masa akan cramp otot, sebab ventolin tarik kalsium badan. Kena pula ambik pil kalsium. Tak pun minum susu banyak sikit. Tapi kadang kita mana ada stok pil kalsium dan susu. Kena la tahan cramp tu masa tidur, masa duduk, masa solat. Dia boleh datang anytime. Cramp kaki tu boleh la tahan sikit. Kalau kena cramp kat lengan, boleh menjalar sampai ke breast. Aduhh lama betul dia nak release. Sakitnya, subhanallah... tak terkata.
 Ibu harap, kalau ditakdirkan nak meninggal sebab asma ni, janganlah lama-lama ibu sakit. 

Ok, lepas ambik gas, ibu still kena makan ubat-ubat ni juga, untuk mengelakkan kahak daripada membeku lagi sekali, dan pada masa yang sama untuk bunuh kuman.

Ubat demam tu, ibu ambik bila demam aje. Ubat lelah sampai 2. Satu ventolin, satu lagi tak tahu apa.
 Xidox ni antibiotik. Selalunya ibu dapat penisilin atau augmentin.
Eh sori kuku panjang. Esok Jumaat baru nak potong. heheh.
Selalunya Ica dapat Augmentin yang macam ini. Untuk consumption 3-4 hari.
Kalau kat M'sia, antibiotik macam ini, dokter saja yang boleh prescribe. Sebab tu bila Ica masih lelah sedangkan antibiotik yang dokter Salmi prescribed kat dia baru je lepas seminggu, dokter dah tak prescribe lagi antibiotik kat dia.
Ubat lelah prednisolone. Katanya untuk elakkan kahak membeku lagi.  
Ini ventolin biasa. 
 Allersin F ni ubat selsema biasa kalau kita beli kat farmasi tu. Ubat ni kuat. Kalau makan, sure tidur tak sedar diri. Ia memang tujuannya nak kasi kita tidur sebab masa tidur lah badan nak generate balik tenaga dan rejuvenate.

Semua ubat-ubatan ibu ni, dan nebulizer di klinik tadi kosnya RM70. Bayangkan kalau di klinik kerajaan, ibu takkan dapat ubat-ubat yang kuat macam ini. Mesti dapat ubat batuk yang masih warna hitam walaupun ibu ni lelah, dan ubat lelah ventolin 4mg yang biasa tu. Sebab ibu dah beberapa kali ke klinik kerajaan atau klinik biasa yang takut nak bagi ubat yang kuat. Jadi, ubat dah habis, lelah masih ada...

Ini pun sebab dengan Dr. Suseela tu, dia dah tahu sakit ibu sebab dah 3 tahun rasanya ibu ulang-alik dengan dia. Kalau demam tonsil bengkak, dengan ubat yang dia prescribe, 2 hari dah baik. Begitu juga kalau lelah dan sakit otot. Ubat yang dia prescribe selalunya mahal. Tapi berkesan.

Kalau doktor India lelaki yang muda tu, dia bagi ubat yang murah sikit, tapi ubat dah habis, sakit masih tak baik. Sama macam kalau ibu ke klinik Izham. Tak jauh dari klinik ni. Balik-balik diorang ni suruh ibu minum air suam, dan berehat. Tahu tak dia, kalau dah sakit tu, nak minum ke, nak tidur ke, semua tak boleh? Kalau tonsil bengkak, ada selera nak minum banyak?

Kalau dengan Dr Salmi lagi dia bagi ubat paling kuat untuk ibu sebab dia pun pesakit asma yang overweight macam ibu, jadi apa yang dia consume, dia akan cadangkan untuk ibu dan kita sekeluarga.
 Ala tak nampak namanya. Ini ventolin 4mg yang ayah belikan di farmasi. Kalau terdesak tak nak ke klinik, boleh juga ambik ventolin ni, pada peringkat awal, supaya kahak boleh dipecahkan sebelum dia jadi lebih  teruk.
Harini ayah berhabisan RM500 untuk beli stok Ventolin ni sebotol 10ml tu harganya RM26 satu. Atrovent RM36 sebotol. Singulair dapat RM5 satu kali minum. Mahalnya kos ubat sekarang ni. 

Kalau ada orang yang nak suggestkan perubatan alternatif, ibu nak tengok dulu kesannya pada pesakit yang sama nasib dengan kita. Ibu dulu dok ingatkan yang Ica ni sakit sebab susu tak sesuai. Makanan tak sesuai. Tapi sekarang Ica dah tak mium susu sangat, dan ibu sendiri yang jaga pemakanannya, pun keadaan masih sama. 

It's in the blood.

Semua adik beradik ibu ada lelah.
Semua anak sedara ibu ada lelah. Walaupun diorang masa bayi dulu minum susu ibu sepenuhnya.
Ibu ni, masa bayi minum susu ibu sampai umur 3-4 tahun, makan sayur organic tanam sendiri. Lauk kampung bela sendiri. Pun bila dah besar macam ni, lelah juga.
Adik ibu tu, yang minum susu ibu sampai 5 tahun. Nakal. Tak dengar kata. Paling degil. Tak begitu cemerlang pelajaran malah malas lagi. Lelahnya masih ada.

Bagi keluarga kita, lelah/asma tu perkara biasa. Cabaran dalam kehidupan. Jadi, ibu takkan give-up. Ica dan ayah pun jangan give-up. Kita kena lawan penyakit keturunan ni sampai baik. Insyaallah.
 Melomet dan Metasone tu stok untuk ekzema. Kalau teruk sangat yang kat leher tu, sapu je. Semalaman dia baik. Ekzema tu petanda lelah. Kalau ekzema hilang, tal lama lepas tu lelah pun datang. Biasa dah macam tu.
Ini ubat demam untuk masukkan kat bontot kalau demamnya melebihi 39 darjah. Tapi dah lama Ica tak demam panas yang teruk. Setakat dedar dan naik ke 38 aje.
Necmycin tu maybe ubat mata. Tak ingat.
Sampai 2 jangkasuhu. Dua-dua percuma aje ni. 
Tolnaftate tu untuk antifungal, kalau tetiba naik kudis kecik kat badan.
Shringe 5ml tu memang ada banyak dalam simpanan kita. 
 Heh. Noneng pun sampai tertidur tunggu ibu ambik gas. Bulunya baru lepas letak ubat kutu maghrib tadi. Kutu banyak sangat sejak balik dari hotel kucing masa kita ke Terengganu haritu. Agaknya dah lega la ni. Tidur lena aje walaupun ayah tengah goreng keropok lekor kat dapur.
 Siang tadi hantar Noneng untuk vaksin. Rupanya bila gap antara 1st dengan 2nd vaksin tu terlalu lama, melebihi sebulan, kena restart 1st vaksin balik. So lepas harini, 3 Oktober pula nak kena 2nd vaksin. Lepas tu, tunggu seminggu, then baru appoiment untuk mandulkan dia. Dokter pun kata, Noneng banyak kutu.
Apa yang dicakapkan tu? 
Kucing betina yang mukanya garang macam kucing jantan. Masa ni dia tensen sebab ibu tak kasi ayah lepaskan dia jalan dalam klinik tu. Muka bengang aje. Dahla janggut dan misai panjang sangat.
Lepas letak ubat kutu, kena pakai collar ni sampai ubat tu kering betul. Kalau tak, nanti dia asyik nak garu dan jilat bulunya. 
Tensen lagi. 
Apa khabar pula Ica? Alhamdulillah dia semakin sihat. Tengah buat homework. Banyak gila tak siap sebab 2 hari tak buat. Masa dia tak sihat tu ibu tak pressure dia buat homework. Lepas buat homework, mengaji pula. Alhamdulillah.
Lepas ambik gas selalunya ibu akan rasa lapar sangat... Bila lelah ni, dada akan rasa sebak, penuh semacam. Suara pun susah nak keluar. Lepas tu perut rasa penih sebu. Bila kahak dah kurang sikit, dada dah jadi lapang sikit, maka perut pun jadi lapar lah. So, let's keropok lekor kita!

No comments: