Bismillah...
Ibu memang peminat lamb chop. Syukur Alhamdulillah belum ada high-blood pressure lagi. Hopefully Allah beri kesihatan sampai bila-bila. Ameen. So dapatlah menikmati lamb chop lagi dan lagi dan lagi. Selalunya lamb chop kan mahal. Kalau ada yang murah, tak berapa slices aje yang dapat. Kalau gravy nya sedap, lagilah mahal atau lagilah sikit. Kali ni nak cerita lamb chop sedap yang ada kat foodcourt sebelah Bangsar Village tu.
Ibu dan kawan sekelas, Jia dan Dya, datang makan kat sini hari tu, sehabis kelas Marine Insurance. Jom tengok gambar lah.
Waktu ni dah pukul 10.30mlm, jadi parking masih ada kosong, walaupun takde petak. Parking aje dekat-dekat Bangsar Village yang ada branch Zara kat dalam tu. Lepas tu jalan kaki sikit ke food court kat sebelah bangunan tu. Jia kata kalau siang, tempat ni lagi packed. Bangsar la katakan...
Ok dah pun sampai. Tempat ni food court biasa aje, tak fancy pun. Hairan juga kenapa semua kedai lain tutup, tinggal kedai satu ni aje dengan kedai nasi campur dan kedai minuman yang masih survived. Tapi orang ramai. Nasib baik service dia bagus. Tak tunggu lama pun nak dapat hidangan.
Nama kedainya Station 21, Sizzling Steak. Pekerjanya semua Melayu. Daripada tukang ambik order dan kemas meja, sampailah tukang masak dan kira. Puas hati kan? Ini barulah makan di negara sendiri yang tercinta ni :-) Orang kata, pengusaha makanan barat ni asalnya kerja hotel. Jadi tiap step penyediaan makanan tu ada pekerja tertentu yang buat. Contohnya kalau lamb chop ni, ada sorang yang khas untuk side dish, sorang khas untuk bakar kambing, sorang khas untuk plating. Macam tu kot. Kiranya makanan barat kat sini ni hotel mari lah kan? Hihi..
Kat sebelah kiri ni Bangsar Village. Shopping mall.
Antara kedai yang ada dalam Bangsar Village nih.
Minuman untuk lawan dengan lamb chop, kenalah yang ada citrus sikit. Kasi kurangkan lemak kambing tu. Jus epal hijau yang sejuk segar dan manis.
Ok lamb chop siap dengan side dish dah pun sampai. Berasap-asap lagi sebab dimasak atas kuali panas/hotplate nih.
Nampak macam sedap kan? pergh! Memang sedap. Dagingnya lembut macam biasa kat tempat lain. Kuahnya black pepper yang tak pekat sangat tapi agak pedas. Sesuai lah dengan kambing tu. Dahlah kambingnya banyak slices, kuah pun tak kedekut. Sayurnya segar. Fries tu, ok ok jer. Biasalah. Tapi keseluruhannya, memang marvellous! Bungkus satu lagi!
Ini steak. Pun berasap-asap lagi. Nampak kedik aje daging lembu tu, tapi tebal. Fuh... pedih mata jugaklah nak tunggu asap tu reda. Nasib baik kami semua pakai spek :-D
Sampai rumah, terus bagi kat ayah lamb chop yang ibu tapaukan tadi. Si Noneng pun nak rasa jugak. Eh...tak boleh. Pedas ni kuah dia nanti sakit perut...
"Nak sikit pleaseeee... pleaseeee...." - Noneng.
"Nak sikit pleaseeee... pleaseeee...." - Noneng.
Yang bawak balik rumah pun banyak macam ni. Fuh.... Syukur Alhamdulillah sebab masih ada peniaga melayu yang mengutamakan kualiti makanan pada harga berpatutan. Kalau kat Chilli's ke, TGIF ke, Kunang-Kunang ke, sure dah RM30-40. Kat sini, satu lamb chop ni RM19 saja, steak pulak RM17 saja. Alhamdulillah...
So, lepas ni kita boleh lah repeat lagi makan kat sini ya? Insyaallah...











No comments:
Post a Comment