Dec 5, 2013

Movie : Frozen.

Bismillah...

Kali ni ibu nak cerita pasal movie Frozen yang best sangat ni. tapi sebelum tu ibu nak bagitahu siang-siang, ini bukan movie cerita orang, ini kartun... So, sesiapa yang minat kartun, bolehlah menonton dan pastinya bakal menyukainya. Kalau tak suka kartun, memang takkan suka jugalah ya.
Kenapa ibu suka movie kartun ni?
(1) Sebab dihasilkan oleh orang sama yang menghasilkan kartun meletup Tangled (rapunzel) yang halus dan romantik dan movie Wreck-it-Ralph yang lucu tapi comel.
(2) Ada alihsuara. Jadi yay! Ica boleh faham, dan boleh menonton tanpa terjejas langsung fokus. Memang betul! :-)
(3) Ayah pun takdelah tertidur sebab tak perlu baca sarikata untuk fahamkannya. heheh.
(4) Jalan cerita yang simple, tapi banyak aksi, banyak nyanyi, dan mesti ada pengajaran tentang CINTA. I like it!!!!
Ok ini yang dalam iklannya.
Ini yang ibu snap masa nak start movie. Wauweee... Excited gila.

Kisahnya.
Boleh nak baca kat website diorang. Google aje. Tapi ibu boleh juga narrate sikit kat sini. 
 Elsa & Anna.
Anna.
Ia mengenai 2 beradik anak Raja negara Arabelle ni. Si kakak namanya Elsa, si adik pula Anna. Elsa dilahirkan mempunyai kuasa boleh menjadikan ais. Adiknya, takde pulak kelebihan tu. Masa kecil, diorang sangat akrab. Hinggalah pada suatu hari tu Elsa secara tak sengaja terlepaskan tembakan ais kena ke kepala Anna. Nasib baik tak jadi apa. Tapi bila dibawa berubat dengan Penghulu Orang Batu, memori Anna tentang Elsa ada magik terus dihapuskan. Elsa terus menghilang diri dari orang ramai di suatu bilik berkunci di istana. Pintu istana juga ditutup daripada orang awam. Ini untuk mengelakkan fitnah terhadap Elsa mempunyai kuasa jahat. Sejak itu, Anna sudah tidak bermain dengan Elsa dan mereka seakan terpisah.

Keadaan berlarutan sehingga pada hari ibu bapa mereka mati lemas dilautan ketika dalam perjalanan keluar negara, mereka tetap kekal terpisah. Elsa ditunjukkan sebagai seorang yang memendam rasa kerana takut. Jadi biliknya dipenuhi dengan ais bercorak duri.

Bila umurnya genap 18 tahun, Elsa pun ditabalkan menjadi Queen of Arabelle. Pada malam yang sama, Anna berkenalan dengan seorang putera bernama Hans. Dia jatuh cinta dan mereka berjumpa Elsa untuk dapatkan blessings. Elsa tidak setuju. Jadi ada berlaku pertengkaran sikit antara Elsa dan Anna menyebabkan sarung tangan yang Elsa sering pakai terlucut. Jadi, bila Elsa rasa marah, tak dapat kawal perasaannya, semua yang dia pegang menjadi ais. Orang ramai pun melihat dengan rasa takut. Elsa pun lari terus ke hutan, menyeberangi lautan yang dia dah jadikan ais. Arabelle menjadi bandar yang diselaputi salji tebal walaupun pada musim panas bulan Julai.
 Bandar Arabelle di musim panas.
 Salji melitupi seluruh bandar pada malam kejadian.
Arabelle yang beku di musim panas Julai.
Putera Hans yang menawan hati Anna. Kuda tu sebijik macam Maximus dalam Tangled.
Anna berasa bertanggungjawab untuk memulihkan Arabelle, lalu mengambil keputusan mencari Elsa bersendirian. Tapi, dia berjumpa dengan Kristoff dan rusa saljinya ketika nak beli pakaian salji di sebuah kedai.
Ha, inilah Kristoff. Bermulalah pengembaraan sehari Anna ke gunung salji yang dia percaya ada Elsa kat situ. Macam-macam yang berlaku sepanjang jalan. Kena kejar serigala, jatuh gaung, kesejukan, akhirnya berjumpa dengan Olaf.
 Olaf ni mengaitkan ingatan Anna pada Elsa sebab masa kecil-kecil dulu kalau main berdua mesti ada orang salji yang namanya Olaf. Memang Olaf ni Elsa yang jadikan.
 Ini masa dah sampai dekat dengan istana ais Elsa. Bila Elsa keluar dari Arabelle, dia lepaskan semua perasaan takutnya tu. Bila dia tak takut, dia seronok, binaan saljinya jadi rekabentuk ais terukir yang cantik. Contohnya macam yang berjuntaian ni. Macam langsir kan.
Adengan diorang dengan Olaf yang peramah dan setia.

Walaupun berjaya berjumpa Elsa, Anna gagal memujuknya balik. Sebaliknya Elsa marahkan Anna sebab kacau dia. Elsa melepaskan tembakan air yang terkena ke hati Anna. Elsa mencipta makhluk besar Marshmellow jadi guard istana aisnya dan menghalau Anna dan Kristoff. 

Bila Anna dah terkena ais kat hati, lama-lama dia akan jadi ais dan kekal sebegitu macam sumpahan lah. Jadi Kristoff bawa Anna jumpa orang batu untuk berubat. Tapi Penghulu Batu tu bagitahu, tak boleh diubati lagi sebab terkena hatinya. Jadi hanya ciuman cinta sejati saja yang dapat memulihkan sumpahan. Ini yang tak begitu sesuai dengan culture kita kan?

Anyway, Kristoff pun laju-laju bawa Anna balik ke istana supaya Hans boleh cium dia. Dalam pada tu, Hans pun dah pergi ke istana Elsa untuk memujuknya bawa pulang. Ada 2 pengawal dari kerajaan mana tah yang nak rampas perniagaan Arabelle, nak bunuh Elsa. Masa ini ada pertarungan yang best lah. Tapi Elsa berjaya di bawa balik ke Istana. 

Bila Kristoff dah berjaya bawa Anna ke istana, dayang-dayang istana pun jumpakan dengan Hans. Ingatkan Hans terus nak cium Anna. Rupanya tak. Hans tu nak jadi sultan negeri tu. Dia ingat Anna tu bakal permaisuri masa mula kenal. Rupanya bukan. Jadi dia plan nak bunuh Elsa, dan kononnya dia dah kahwin dengan Anna, tapi Anna mati dek sumpahan Elsa. 

Elsa berjaya keluar dari istana tu dan lari sambil meninggalkan ribut salji. Bila nampak Arabelle semakin ditelan salji, Kristoff berpatah balik untuk ambil Anna. Anna dan Olaf tunggu Kristoff sampai semula ke istana dan diorang ingat, itulah cinta sejati Anna. Tapi tak sempat. Masa tu Anna dah nak jadi ais batu. Kristoff dah dekat. Tapi Hans nak pancung kepala Elsa yang tengah tunduk tak tahu macam mana nak hentikan ribut. Anna jadi ais batu masa nak halang pedang kena kat Elsa.

Sedih gila masa tu...

Elsa menangis peluk Anna walaupun dah keras. Lama... tetiba, magik! Hati Anna jadi hangat dan mencairkan ais kat badannya. Anna jadi normal semula. Olaf kata, itulah cinta sebenar, pelukan seorang kakak. Jadi, Elsa pun gembira dan bila gembira, dia dapat menukarkan balik cuaca jadi panas semula... Jadi bukanlah cinta sejati tu datangnya dari ciuman kekasih saja, tapi dari kasih sayang sesama adik beradik dalam satu keluarga...

Habis sudah. What a happy ending. Arabelle pun ada Queen yang ada magic, yang dah tak takut apa-apa lagi, malahan dapat menggembirakan rakyat dengan kemampuan magiknya tu. 

Menarik kan?
Dengan alih bahasa ni, suara Anna dibawakan oleh pelakon Liyana Jasmay dan Elsa pula oleh Marsha Milan. Ica menonton senyap saja dari mula sampai la habis. Sambil makan hotdog yang ayah beli. Tak mintak nak ke toilet ke, turun naik tangga tengok-tengok orang lain ke, kacau ayah dan ibu ke. Diam saja. Tekun. Khusyuk sangat. :-) movie pertama yang kita sekeluarga menonton, gelak, dan sedih bersama. Hehe...

No comments: