Bismillah..
Hari ini ialah hari pertama peperiksaan sem ini. Ibu telah habiskan seminggu untuk siapkan assignment dan membuat ulangkaji. Ibu sangka, inilah sesi ulangkaji paling ringkas dan malas pernah ibu buat, sebab sepanjang degree dulu, ibu akan gunakan sekurang-kurangnya 2 minggu untuk ulangkaji penuh, tiada istilah rehat dan santai. Masa rehat yang sekejap-sekejap tu hanya digunakan untuk buat perkara-perkara yang perlu saja, macam makan, solat, mengaji, mandi, basuh baju, kemas almari. Tiada jalan-jalan tengok town, window shopping dan sebagainya. Sebab apa, ibu perlukan seminggu untuk baca semua nota dan seminggu untuk menghafal. Haih. Bukan senang nak lulus peperiksaan.
Kali ini, ibu memang pemalas tahap maksima. Tinggal 4 hari nak exam pun ibu masih boleh tengok tv sampai lewat malam, update blog, baca blog orang lain, tidur lewat, bangun lewat, buat kerja rumah, window shopping, bergurau senda dengan Ica dan ayah. Haih. Ini tak sihat. Hanya 2 hari untuk betul-betul ulangkaji, sebab sebelum ini sibuk dengan assignment.
Tapi, rupanya, semua kawan-kawan sekelas ibu perangai lebih kurang. Haih. Aktiviti tak sihat. Diorang lagi bagus. Pagi ini nak hantar assignment, malam tadi baru siapkan. Ada yang lebib hebat, pagi ini exam, malam tadi tak tidur sebab pulun baca nota. Nota ibu pulak tu. Haih. Boleh faham juga, semuanya bekerja. Mana nak kejar buat assignment dan ulangkaji sebab masa di pejabat penuh dengan kerja yang nak diselesaikan. Tapi ada juga yang full-timer macam ibu, suka buat kerja saat akhir. Tak tahulah kalau waktu lapang tu ke mana. Lebih-lebih lagi kalau jenis yang anak-anak dah besar panjang, atau ada maid di rumah, apa yang diorang buat selain ulangkaji pelajaran dan buat assignment? Entah. Berenang kot.
Ayah hantarkan ibu ke Shah Alam. Ica duduk semalaman di rumah nenek. Suka betul Ica. Minta nak tidur dengan nenek 10 hari. Amboi. Siap tak nak sekolah.
Jadi exam pagi ini, nak tak nak kena juga hadap. Nasib baiklah bagi ibu, paper yang ini sudah ada basis, sebab sem lepas, ibu dah ambil paper 2. Terbalik. Ambik 2 dulu baru 1. Ibu jadi mangsa polisi. Tapi paper 2 ibu skor A. Tak kisahlah kan. Jadi tekanan untuk dapat A juga untuk paper 1 ni sangat tinggi. Tapi usaha tu kurang. Dan kali ni ibu rasa soalan lebih susah dan tak direct. Heh. Mana ada soalan yang direct to the point.
Sem lepas, prof bagi hint soalan-soalan yang bakal keluar, kena jawab 3 soalan. Ibu prepare untuk 3 dan 1 lagi back-up. Nasib baik ibu ada back-up sebab 1 daripada 3 soalan spot tu memang tak sama langsung macam yang dijangkakan. Fuh. Mungkin sebab ada back-up, ibu yakin sikit lepas menjawab. Wallahua'lam. Kali ini, ibu spot 3 soalan juga. Tapi tak buat back-up sebab tak tahu area mana yang perlu di back-up. Tiba keluar soalan, ada 1 yang memang luar jangka. Subhanallah. terhenyak ibu dibuatnya. 10 minit ibu termenung. Tak tahu nak mula jawab dari mana. Lepas tu, layan sajalah. Entah apa lah jadinya. Harap-harap ada rezeki. Kalau tak A pun, lulus. Ameen...
3 jam terasa pendek sangat. Masih banyak yang ibu nak tulis dan merapukan dalam kertas jawapan tu. Tapi tak sempat. Tak sempat sangat. Terasa macam nak menangis. Haih. Takkanlah...
Lepas habis je exam, semua kawan mengeluh pada ibu. Semua pun rasa apa yang ibu rasa. Memang soalannya sangat susah. Sangat mengelirukan. Dan bukan soalan direct daripada apa yang lecturer ajar. Tapi, apa yang dah berlaku, sudah pun berlaku. Mohon pada Allah supaya semua lulus. Insyaallah.
Lepas tu, ibu ajak ayah pergi tengok butik SincerelybyUs di Seksyen 16 tak jauh daripada PUSPAKOM dan JPJ Padang Jawa. Ibu nak pergi sendiri risau tak jumpa. Tapi pergi dengan ayah pun sama. 2 kali pusing tempat yang sama. Sebabnya, tak jumpa no. fon butik tu dalam internet. Akhirnya baru jumpa, betul-betul sebelah Pizza Hut. Butik ni di tingkat atas sekali, Jalan Seraiwangi 16/F. Banyak juga kedai dah buka di kawasan Alam Avenue ni walaupun takde koordinat dalam GPS (-_-) Bila dah nampak butiknya, tak tahu pula macam mana nak naik ke situ sebab ingatkan boleh access dengan lif. Sekali, lif tu untuk backdoor kedai daaaa. Untuk pekerja dan owner saja (-_-) tihtihtih... dah malu sendiri, turun semula dan ajak ayah makan kat kedai mamak yang ada kat situ. Ibu memang gagal bab-bab jalan sendiri ni. Nak kena ayah jugak temankan.
Makan kat sini. Sebab apa, sini lebih ramai orangnya daripada kedai mamak satu lagi yang belah hujung bertentangan.
Beriyani tanpa kuah, lauk ayam rempah yang terlebih goreng sampai rempahnya jadi pahit, dan bayam. Nak juga sayur tu. Alhamdulillah. Beriyani fusion dan teh o ais, ibu belanja ayah sebab sudi temankan.
Dan ayah makan dengan penuh, err...bersungguh-sungguh? :-) lapar kot. Sementara tunggu ibu habis exam, ayah jalan-jalan ke Klang dan sempat singgah di kompleks PKNS Shah Alam untuk tengok barangan keperluan umprah kat situ. Lepas tu baru dia datang ambil ibu di UiTM.
Dari SincerelybyUs, ibu beli makanan. Sebab apa, tudung yang dijual mostly bawal. Ibu tak pakai bawal. Shawl pula pendek. Ibu tak suka yang pendek. Pakaian semua under-sized, sebab butik ni bukan untuk saiz orang gemuk macam ibu. Shawl yang berkilat-kilat tu, ada jual sini, tapi ibu bole beli di pasar malam dengan harga lebih murah. Jadi, buat apa beli harga butik. Eksesori, semua tak memikat hati. So ibu beli ini.
Birstly bites, yang macam mini red-velvet RM27. Erm. Rasanya, tak manis sangat tapi tekstur tak lembab. Bila makan tu, rasa macam nak tercekik pun ada :-) ok ibu sangat old-fashioned bab makanan. Padahal benda ni asyik sold-out je.
Cushy Candy ni provide mini pretzel. Biskut yang dicelup dalam 2 perasa, masin dan manis coklat.
Erm, rasanya agak pelik sebab ada masin dan manis. Ibu bukan penggemar pretzel yang Auntie Ann's punya tu. Jadi, yang ni merupakan kali pertama merasa makanan macam ini. Tapi ayah suka. RM25.
Biskut cookie M&Ms ni memang ibu beli untuk jajan Ica nanti. Bagus biskut ni, based dia tak manis sangat sebab tahu rasa M&Ms tu dah memang manis sangat. So, dia jadi balance. Ok lah. Ica pun suka M&Ms. Setepek ni RM15.
Semua sekali tanpa beli pakaian, RM67. Ha, boleh tahan kan... Belanja di butik, tapi beli biskut. Memang pelik. Tapi, apa yang menariknya butik SBU ni, ialah kehadiran raaaaaamai gila pelanggannya. Daripada yang budak-budak undergrad UiTM, sampailah ke makcik-makcik, pakcik-pakci, malah datuk-nenek dengan cucu pun ada yang datang. Yelah diorang cuma duduk-duduk saja sambil anak remaja diorang shopping. Tapi pelik bila tengok diorang yang dah tua-tua ni rajin panjat tangga sampai 3 level semata-mata untuk tengok SBU ni.
Haih. Termasuklah ibu ni. Tiap hari tergedik nak datang tengok SBU ni, sebab dalam instavideo SBU asyik full-house. Orang datang macam ada orang bagi baju cantik percuma. Tapi bila dah sampai, ooh macam ini je. Takde lah apa sangat.. So lepas ni takyah lah gedik nak datang lagi eh.
Positifnya tempat ni ialah, kalau kita tak beli pakaian, kita tetap takkan pergi dengan tangan kosong sebab boleh beli makanan sebagai jajan-jajan. Yelah dah alang-alang datang kan. Tempatnya dah la jauh. Agak terceruk juga sebab kawasan baru. Kalau tak kerana marketing yang superb, nescaya orang tak datang sini. Tahniah untuk pemiliknya. Dalam gambar macam montel. Bila jumpa depan, owh kurus je budak ni. Actually konsep perniagaan SBU ni ialah sediakan tempat dan marketing untuk sesiapa yang nak jual barang kat butik. Sebabnya, yang betul-betul SBU buat sendiri hanyalah tudung bawal bercorak. Yang lain-lain tu macam, pakaian, kasut, eksesori, dan makanan ialah produk yang orang letak disitu. Bagus kan.
Ok. Lepas tu, macam menyesal datang SBU sebab tak beli tudung. Patutnya ke Anggunzara, sebab dia buat last day discount at 20% (-_-) dahlah ibu suka shawls Anggunzara sebab panjang dan lebar. Sekali tak pergi. Nangis dalam hati.
Jalan-jalan dalam PKNS complex, singgah di kedai emas. Dan terjatuh cinta pada cincin ini. Maka, tak buang masa, terus beli. Alhamdulillah. Aset masa depan.
Ia cantik dari atas.
Cantik juga dari tepi. Ayah yang pilih. Mestilah cantik. Beli di kedai emas Miezza&Dina di tingkat satu, tak jauh sederet dengan kedai Bata dan Pasaraya. Melayang RM1060 tapi puas hati sebab ia ada nilai. Kalau tetiba takde duit, boleh lah gadaikan. Ibu beli ni sebab harga emas pasaran RM145, tapi kedai ni ada potongan RM10/segram, jadi RM135, dan upahnya pun murah. Lain kali nak la datang lagi. Insyaallah...
Kotak pun simple aje, macam tipu-tipu :-) Selalu kalau di Sri Pinang atau Habib, ada minuman, ada kad warranty, ada kad mata ganjaran, etc etc, tapi upah mahal gila, sebab guna khidmat professional katanya...
Lama betul tak datang PKNS ni dah 10 tahun lebih. Semuanya masih macam dulu. Kecuali lebih banyak kedai yang baru dan banyak pilihan. Kedai emas pun ada 4 kalau tak silap. Ada 3 kedai melayu dan 1 kedai Tomei yang juga pekerjanya melayu. Semuanya tempting! Kalau kat Sri Pinang tu, mentang-mentang promosi, sikit je pilihan yang ada. Kalau di kedai emas PKNS ni, dahlah promosi, pilihan baaaaanyak, cantik-cantik, upah pula boleh murah. Sampai paling rendah dia bagi. Kedai emas Miezza & Dina ni paling ramai pelanggan. Itu pasal ibu beli kat sini.
2 jam jalan di PKNS, siap solat sekali, siap window shopping sekali, siap tengok ada acara anjuran NGO untuk ke Palestin dan kutip derma lagi, (tengok penyanyi Salima nyanyi lagu arab dan bagi ceramah), berhibur sambil berderma, lepas tu beli selai shawl RM10 ni, dah terus pakai. Lawa juga kan.
Lewat petang baru sampai ke rumah nenek. Dalam pukul 5.30 macam tu. Rehat kejap, tidur. Solat asar, dan dekat maghrib kita gerak balik.
Ambik Ica dari rumah nenek. Nasib baik tak minta nak stay sampai 10 hari (-_-). Ustazah Ica peminat pink. Dari kasut, tudung, baju dan beg. Tapi sayangnya pakai baju lengan pendek pula (-_-) Takpelah nak. Berubah sikit-sikit ya. Insyaallah :-)
Kat rumah, ada budak kecik yang dah berkenan dengan cincin ibu ni.
Sabarlah nak... Bila ibu dah meninggal nanti, ambillah :-) ibu ada belikan Ica gelang emas, tapi Ica tak nak. Terus sampai sempit tak dipakainya. Ibu pun trade-in beli gelang ibu yang baru. Dengan duit bonus haritu lah. Hahah. Alhamdulillah sejak jaid pelajar ni, rezeki memang melimpah-limpah. Duit gaji jarang bersentuh dan elaun pun banyak bakinya. Mungkin sebab tak keluar kerja, tak perlu isi minyak selalu, tak perlu keluar duit untuk makan-minum di tempat kerja, dan tak pelru ikut kawan-kawan shopping. Alhamdulillah...
Bagi ibu, beli emas ni bukan untuk hobi semata, tapi lebih kepada pelaburan masa depan. Kalau nak suka-suka tengok pakai emas cantik di tangan, ada orang yang sanggup tipu diri sendiri, beli emas tiruan. Tak kisahlah. Itu keselesaan dan kepuasan masing-masing. Orang macam nenek contohnya, takut nak pakai emas sebab takut kena rompak. Mungkin ada pengalaman atau pengalaman orang lain. Pada ibu, kalau nak kena rompak atau curi, walau pakai apa pun pasti terjadi. Kalau dah jadi nak buat macam mana. Kenalah terima qada' dan qadar Allah. Setiap sesuatu mesti ada hikmahnya. Mungkin Allah nak menguji atau nak naikkan taraf kita sebagai hambaNya.
Ibu tengok emas ni bukan sekadar perhiasan. Tapi lebih daripada tu. Ibu boleh jadikannya harta untuk diwariskan. Atau harta yang boleh digadai kalau perlukan duit dalam masa singkat. Dalam masa yang sama, boleh jadikan perhiasan juga. Kira 2 dalam 1 lah macam tu. Duit simpanan, kadang tu ada je kekangannya. Cepat habis, dan kadangkala mengalir macam air. Sampai tak nampak apa yang dah dibeli. Kalau emas, at least nampak depan mata. Alhamdulillah.












No comments:
Post a Comment