Bismillah..
30-1-2014 Jumaat dan 31-1-2014 Sabtu adalah hari-hari akhir sebelum kita meninggalkan Kota Suci Mekah :'-( oleh itu Hj Raof kata, kalau nak tawaf shopping mall, inilah masanya. Luangkan sehari setengah, cukuplah. Nak shopping cenderamata kenangan atau buah tangan. Kalau nak ikut Hj Raof pun boleh. Ada je jemaah kita yang minta Hj Raof temankan shopping sebab dia dah biasa shopping & tentulah mahir tawar menawar. Kita pula, tak perlulah sampai menyusahkan Hj Raof. Ada Hj Hairul (ayah) pun dah cukup, setakat nak tawaf keliling Menara Zamzam dan Menara Safwa ni. Haji Hairul dah beberapa kali mengukurnya. Heheh.
Itulah dia menara jam yang paling tinggi kat sini, setakat ini. Hairan juga kenapa ada bangunan lain yang lebih tinggi daripada Ka'bah. Kalau di Madinah tu, tak ada bangunan lain yang lebih tinggi dari Masjid Nabawi. Tapi tak kisahlah. Walaupun Menara Jam ni jadi kebanggan orang Mekah dan replikanya lebih banyak dijual berbanding replika Ka'bah, tapi yang penting orang Islam datang sini kerana Ka'bah. Bukan Menara Jam :-) Dekat belah bawah tu ada Menara Safwa. Shopping mall juga.
Orang memang ramai. Tapi kepala botak juvana ayah ni ada je kat sini. Survive aje. Hahahah. Okey mari lihat antara kedai yang ada dalam Menara Zamzam dan Safwa ni.
Kedai jam. Biasa je macam Msia, sini pun ada berjenis-jenis jam dengan pelbagai jenama. Harganya pun lebih kurang Msia. Cuma kita tak tahu, tahap keasliannya saja.
Kedai eksesori wanita paling banyak kat sini macam gelang batu dan manik, perhiasan copper dan emas tiruan berupa set rantai gelang dan cincin.
Macam ni. Yang bergayutan tu semuanya rantai perempuan saja.
Kedai jam lagi.
Kedai pakaian termasuk sejadah, telekung dan begnya.
Mini sejadah yang cantik tapi yang ni agak mahal berbanding di Madinah haritu. So, kita tak beli.
Perhiasan rumah yang cantik-cantik. Contohnya bekas kemenyan ni. Eh kemenyan ke?
Cantik-cantik, padahal semuanya 'made in China' jer. Hihihi... China Products ada di mana saja...
Kedai tasbih. End up kita beli 10 biji tasbih batu marmar berharga 15riyal satu, untuk jadi cenderamata kawan dan jiran. Jadilah daripada takde langsung kan...
Ini keris perhiasan. Pun 'made in China' juga. Nak beli? Hehe.
Dan kedai kurma..
..serta kacang-kacang.
Kedai pakaian sehelai 30riyal. Semua 30riyal. Macam kedai RM2 kita kat KL. Dia kedai 30riyal. Tapi kalau tengok betul-betul, material pakaiannya tak begitu elok berbanding kalau material di KL dengan harga RM30. So, tak berbaloi. Eh kedai 3riyal pun ada juga. Tak terambil gambar rasanya. Kat situ Ica beli eksesori mainan sikit. Sama macam kat Msia. Suka sangat kedai RM2.
Ayah mundar-mandir dalam ni sebab nak tengok seluar saiz besar. Tapi tak jumpa pun.
Ini antara kedai perhiasan diri yang membuatkan mata rambang tak tahu nak pilih yang mana, in the end tak jadi beli apa pun sebab kalau balik Msia, tak ada nilainya. Lebih baik beli emas di Msia, boleh jadi pelaburan masa depan. Oh ya. Kat sini pun kedai emas melambak macam kedai ni jugak. Tapi kita tak pergi tanya berapa harganya segram dan samakah emas sini dengan emas di Msia.
Balik dari 'tawaf mall' ni kita singgah beli makanan ringan di kedai runcit dekat hotel. Ternampak kucing yang sedang makan. Ingatkan makan ikan. Kat sini kan susah nak jumpa ikan.
Kucingnya pun nampak khusyuk aje makan.
Ohh makan fries dengan tulang ayam je? Best ke? Kucing ni tak lari pun. Selalu kucing lain yang kita jumpa tepi jalan mesti takutkan manusia macam takut dengan anjing. Maknanya kucing ni terlalu lapar sampai tak larat lari ke?
Sampai di food court, makanan dah terhidang. Foodcourt ni di tingkat FC. Kalau dengan lif tu, kena bersabar lebih sikit sebab lif selalu ramai orang. Orang yang jalan dekat makanan tu, yang pakai baju hitam berkopiah putih tu ialah pengusaha kafe ni. Asalnya Ustaz. Dah duduk sini berpuluh tahun menyediakan perkhidmatan kafe kepada jemaah umrah yang datang ke hotel ni.
Menu hari ini nasi minyak dengan daging kurma. Tapi selalunya ada juga nasi putih.
Macam ni. Tapi nak dapat sayur berdaun macam bayam, bok choi, kangkung, pucuk manis tu memang susahlah. Takde kot. Yang selalu ada cuma salad dengan timun saja. Sayur campur selalunya carrot dengan cauliflower. Agak rindu jugalah ya dengan bayam. Hehe. Walau apa pun, makanan kat sini dan sepanjang umrah ni sedap-sedap belaka.
Ayah ada juga ke kafe dalam menara ni, makan roti canai dan teh tariknya, tapi ayah kata tak sedap macam kat kedai mamak Msia. Ayah ialah pencinta-makanan-mamak-tegar. Kalau nak sama, kenalah ada mamak yang kerja kat restoran Malaysia ni.
Kafe ni ramaaaai sangat orang datang, tak kira bangsa apa pun walaupun tahu ruangnya kecil dan tak cukup pun meja makan.
Pizza-hut jadi Pizza-Baith. "Baith" maknanya "rumah". Hut = pondok = rumah. Kira rumah pizza la tu. Tapi intinya terhad kepada daging-daging dan sayuran saja.
Royal baith tu tempat kita try beli nasi mendi, set ayam goreng dan spagetti. Harganya mahal, tapi rasanya tidak berbaloi. Huih terus terang saja ya. Air jus segelas plastik kalau tepi jalan baru 5riyal, kat sini 10riyal. Tak sedap pula tu. Sebiji donut jenis macam Dunkin Donut punya, bukan Big Apple yer, harganya sampai 5riyal. Huih. Tak la besar pun, kecik kurus saja.
Meja makan yang sentiasa penuh. Kalau nak duduk, kena berdiri dekat meja yang kita nak duduk tu, kira macam tunggu turn lah.
Ayah tengah beratur panjang kat Royal Baith.
Ada yang jenis tak kisah, makan je kat tepi-tepi ni, ada gerai yang tutup, diorang jadikan tempat makan. Selamba aje. Takde apa pun. Solat pun boleh tepi kakilima jalan, inikan pula makan. Lagipun diorang jenis makan roti je, bukan kena kuah kari lauk ayam goreng segala. Mudah sikit lah kan.
Punya penat beratur lama nak order dan tunggu makanan, bila bawa balik ke bilik, tumpang makan di kafe sebab senang nak minum, makanan kat kafe pun belum habis lagi. Rupanya, makanan yang dibeli tadi, kalah terus dengan rasa makanan kafe yang jauh lebih lebih lebih sedap lagi. Hahaha.
Terselit gambar Ica mengaji. Kalau ayah takde dengan kita, macam solat diMasjid atau sedang buat umrah sunat, Ica dengan ibu akan isi masa lapang dalam bilik dengan benda-benda yang Insyaallah berfaedah, contohnya belajar mengaji. Alhamdulillah... Takdelah asyik baring-tidur-main tablet je Ica ni.
Ini pula antara gambar-gambar kenangan yang ayah snap ketika di MasjidilHaram.
Snap dengan panorama scale, gambar dari rooftop. Tingkat atas sekali ruang solat untuk lelaki saja.
Pemandangan dari rooftop.
Masih cantik walaupun ada banyak kren-kren berceracak.
Gambar jemaah kita sedang menunaikan ibadah saie.
Gambar yang sama.
Gambar jemaah kita yang tak jadi nak ikut lorong kerusi roda naik ke tempat tawaf tingkat atas sebab tak dibenarkan pengawal.
Walaupun ada ramai yang cuba juga naik walaupun takde kerusi roda.
Ayah dan Ica solat di dataran Masjidilharam.
Ica muka keletihan. Blushing lagi sebab badan panas tapi cuaca tengah sejuk ditiup angin (yang berhabuk)
Ibu menjinjit makanan yang ditapau dari kafe di menara tadi. Sempat singgah mengabadikan kenangan. Walaupn orang lalu lalang non-stop dan yang lalu depan kita ni asyik tengok kita atas-bawah macam kita ni monyet ke apa (-_-) ahahahaha
Kita dengan menara yang mewah. Eh Ica makan donut mahal sorang-sorang!
Ica yang snapkan ni. Orang arab yang lalu lalang, siap ada yang berhenti tengok hp kat tangan Ica. haih, dah kenapa haji? Ica ni terlalu kecik untuk tahu snap gambar ke? hahahahahaha....
Ayah paksa ibu julurkan tangan sampai tunjuk ke hotel Le Meridien.
Ya... Masjidilharam yang memang cantik sangat diwaktu malam sebab lampu yang bergemerlapan dan kawasannya yang menyegarkan. Rasanya orang paling malas solat sekali pun kalau datang sini mesti terkinja-kinja hatinya nak solat lama-lama... Tapi tak tahulah mamat yang tengah baring tu. Nak tambah khusyuk kena terus tidur situ kot. Hahah















































No comments:
Post a Comment