Bismillah...
Diam tak diam, dah masuk bulan Mac 2014. How time flies! Sebulan tak buat apa pun. Ibu melayan jetlag tak habis-habis, mengemas rumah tak kemas-kemas, berangan itu ini, dan ooh... esok dah mula kelas. Semalam, bila tersedar dah masuk bulan Mac, barulah ibu tergesa-gesa nak tengok tarikh akhir pendaftaran sekolah rendah Ica. Well, untuk sekolah rendah kerajaan, ayah dah settle kan tahun lepas. Tunggu dipanggil untuk sesi suai kenal saja nanti. Argh! ibu pulak yang kecut perut. Ini yang ibu kelam kabut ni, untuk sekolah integrasi JAIS dan sekolah integrasi swasta pilihan.
Apapun kali ini ibu taklah cuak sangat kalau tiba-tiba Ica dipanggil untuk temuduga ke, duduk ujian ke, sebab Ica dah boleh membaca. Alhamdulillah... Tapi, risau juga sebab sekolah rendah integrasi pilihan ibu ni jenis yang banyak orang suka, dan lokasinya yang terhad. Ada beberapa sekolah yang bermain di fikiran. Sudah dibincangkan dengan ayah (yang selalu blur bila ibu cakap pasal seklah sebab dia tak suka buat research pasal sekolah!huh)
Apa sebenarnya kriteria untuk memilih sekolah ni? Ibu bukanlah ibu bapa cerewet yang hanya pilih standard tinggi saja untuk anaknya. Ibu pun sedar, kalau nak yang terbaik pada hari ini, poket tu kena tebal dengan RM.. Poket ibu ni tak seberapa. Cukup makan saja. Tapi cita-cita kena tinggi. Walaupun lebih mahal bayarannya maka lebih tinggi nilainya, dan lebih peluang Ica jadi lebih pandai, tapi pokok pangkal ialah minat Ica pada sekolah tu.
Untuk memupuk minat, ibu dan ayah lah yang akan membuat acuannya. Ibu nak sekolah yang Ica boleh jumpa teachers yang bagus, komited dan 'alim. Sekolah tu mesti menitikberatkan soal menutup aurat yang sempurna, belajar solat yang lengkap, belajar membaca AlQuran dan kalau boleh menghafaznya, ada ilmu fiqah, tauhid, akhlaq dan pada masa yang sama belajar akademik macam di sekolah kerajaan. Tapi bukan ini saja. Ibu juga titikberatkan kebersihan sekolah, disiplin pelajar dan gurunya, dan paling penting, tak perlu keluar sekolah hanya untuk transit dan masuk semula.
Kalau sekolah rendah kebangsaan, Ica kena pergi sekolah seawal 7 pagi. Kemudian keluar sekolah pukul 1 tengahari. Transit di mana-mana untuk mandi, solat zuhur dan makan, sebelum ke sekolah agama petang yang bermula pukul 2.30 petang hingga 5.30petang. Ini pun belum cukup lagi sebab di sekolah petang mana ada belajar mengaji sampai boleh hafaz. Kena pula luangkan masa waktu malam untuk siapkan homework skeolah pagi, dan belajar mengaji. Aduhai letihnya.
Ibu dah merasai ini semua pada zaman ibu sekolah rendah dulu. Ibu masih ingat dan takkan lupa sampai bila-bila. Tapi di kampung hidupnya lebih simple. Pergi-balik sekolah naik basikal. Kalau sesekali dihantar dengan motorsikal, rasa macam di syurga :-) habis saja sekolah pagi, panas terik matahari terpacak di atas kepala, ibu dah mendayung balik rumah. Jaraknya 3km untuk tiba. Sampai saja dah 1.30 petang. Kelam kabut makan, mandi, solat. Kalau Embah lambat masak, kenalah tunggu dulu. Mandi dan solat dulu, dah siap baru makan. Dengan perut kenyang dan berpeluh-peluh tu, mengayuh basikal semula ke sekolah dalam jarak yang sama. Bila tiba ke sekolah selalunya lambat. Orang semua dah duduk-duduk, peluh pun dah kering, ibu barulah sampai. Mengah lagi.
Ibu pernah juga tak balik rumah masa tengahari. Dari skeolah pagi, terus ke sekolah petang, sebab jaraknya dekat aje antara 2 sekolah ini. Jadi, duit lebihan pagi tu terus beli makanan di sekolah petang. Bawa sabun, tuala dan baju, mandi dalam tandas sekolah petang. Tapi tandasnya tak sempurna. Agak geli geleman jugalah dibuatnya. Tapi nak buat camna. Nak cuba juga kan. Bertahan sekali saja. Mungkin 2 kali. Tak ingatlah. Memanglah tak berpeluh-peluh kayuh basikal. Tapi tak seronok sebab tak dapat makan kat rumah dan mandi yang sempurna :-(
Oleh sebab tu, ibu tak nak Ica melalui apa yang ibu dah lalui. Lebih-lebih lagi Ica ni kategori kanak-kanak sensitif. Tak boleh penat sangat. Tak boleh panas sangat. Tak boleh lasak sangat. Nanti lelah, dah kena ponteng sekolah pula. Rugi aje. Kalau ada sekolah yang tempoh masanya pagi sampai petang, kan elok tu. Bonus kalau dekat dengan rumah dan senang menghantar-ambil Ica. Tak perlulah naik van/bas sekolah.
Mulanya, nak masukkan ke Adni Islamic School. Sekolah ini ada di Melawati. Tak jauh sangat dari rumah. Ada kawan ibu yang masukkan anaknya ke sini dan beri testimonial yang bagus.
Bahasa pengantarnya English, tapi ada program AlQuran yang menarik. Silibus, peperiksaan dan kokurikulum semuanya ibu puas hati. Tapi, yurannya terlalu mahal pulak la...
Untuk kemasukan baru, ibu kena bayar RM8400. Aduh mak aih! Ni dah macam nak pergi Umrah lagi sekali :-D Yuran semesternya pulak RM4000... Kalau satu sem ada 4 bulan, sebulan dalam RM1000.
Tak jadi register online. Kalau register pun, rasanya tak masuk kot. Mahal sangat nak adakan RM8400 tu untuk darjah satu. Kalau ayah ni kerja macam Mak Ngah Intan tu, ok lah jugak kot. Ibu tengok sekolah lain pulalah.
Sekolah Rendah Al-Amin.
Sekolah ini ada 3 cawangan di KL ni. Satu di Keramat, satu di Gombak dan satu lagi di Wangsa Maju. Sekolah ini pun menjadi antara pilihan ibu sejak dulu lagi. Pertama, sebab Wak Laila dengan Umi Aiman mengajar kat cawangan Keramat dah berbelas tahun. Maknanya sekolah ni dah ditubuhkan lamaaaaa dulu dan telah melahirkan ramai profesional dan huffaz. Ibu sendiri pernah mengajar di situ masa cuti semester tahun 1998 dulu. Lama dah. Jadi, ibu dah tahu sistem pendidikannya, jadual sekolahnya, guru-gurunya, persekitarannya... Alhamdulillah berpuas hati setakat ini. Lagipun kalau jadi apa-apa kat Ica, ada 2 orang makcik yang boleh dirujuk. Kalau dapat sekali dengan Aiman lagi best kot, ada lah kawan. Kan?
Yuran sekolah pun mungkin tak semahal di Adni. Sebulan dalam RM500 saja. Termasuk makan. Waktu sekolahnya 8 pagi sampai 4.30 petang. Cuma, lokasi agak jauh sikit lah... Ini boleh adjust kot.
Ok dah pun register. Kalau dapat, Alhamdulillah... Kalau tak dapat, kenalah ikhtiar cara lain pula :-) kena berbaik sangka dengan rezeki Allah...
Seterusnya, ibu buka pula info pasal Sekolah Integrasi bawah JAIS. Dia macam sekolah rendah swasta juga, tapi di bawah kelolaaan JAIS dan kelebihannya ialah yuran yang murah sangat.
Ini yang paling dekat dengan rumah kita. Tapi tak la dekat sangat. SRAI Sg Chinchin, Gombak. Kita dah datang sekolah ni tahun lepas sebab nak jumpa guru besarnya. Tapi masa tu dia takde. So kita pun balik dengan rasa kecewa. Sekolah ni nampak buruk, tak selesa macam sekolah swasta. Sekali tengok macam sekolah lama ibu di kampung dulu. Kalau ikutkan suasana persekitarannya, ibu memang kurang berkenan. Ibu confirm Ica tak selesa. Ada tandas yang tersumbat dan tak ada air. Aduhai. Kesian Ica nanti nak belajar pun tak selesa. Macam mana?
Tapi, lagi sekali, berbaik sangkalah dengan ujian Allah. Permohonan untuk ke SRAI akan dibuka bulan April nanti. Nampaknya kena tunggu sikitlah.
Sekolah integrasi JAIS yang satu lagi ialah yang di Taman Keramat. Tak ada gambar sekolah pun dalam blog ni. Blog yang terlalu simple hanya gunakan blogspot saja. Malahan tak dikemaskini pun. Rileks betul. Nama pun skeolah kerajaan kan... :-)
Ada satu lagi sekolah integrasi swasta yang ibu dah tengok sejak tahun lepas. Ada satu di Gombak. Sekolah Assyakirin. Tapi tak tahulah yang di Gombak tu termasuk dalam kumpulan Assyakirin Cheras ni ke tak sebab kalau ikutkan laman webnya, hanya ada Cawangan Cheras dan Bangi saja. Alalalala....
Ibu baru hantar emel untuk tanyakan status Assyakirin Gombak tu. Kalau ia bukan satu kumpulan, maka, tak dapatlah nak hantar Ica ke situ. Kalau di Cheras, jauh sangat nak menempuh jem.
Kembali ke sekolah swasta montessory, Sekolah Antarabangsa Itqan pula. Lebih kurang Adni dari semua aspek. Bayaran pun agak mahal. Lokasinya jauh pula tu kat Damansara. Kena fikir banyak kali untuk ke sini walaupun pelan pendidikannya memang sangat menarik.
Kalau di Adni, registration fees RM8400 untuk kali pertama, di Itqan separuh daripada tu. Haih. Ini memanglah sekolah anak-anak orang kaya :-) Takpelah Ica. Mungkin bukan di sini rezekinya. Tapi tetap akan ada untuk Ica. Ibu akan berusaha lagi da pastikan Ica dapat ke sekolah yang selesa untuk Ica. Insyaallah...










2 comments:
Kami pun dilema sama macam puan.. Al amin keramat pula start 11-6pm.. Pening pula pikir macam mana nakhantar jam 11pg... So bole tau apa keputusan tt?
Oh sy terlepas pandang waktu sekolah Al-Amin bg tahap 1 ialah sebelah petang.. tp Al-Amin ada 1 lagi cawangan di Wangsa Ceria. Mungkin waktu sekolahnya pagi. Nanti saya update :-)
Post a Comment