Bismillah..
Sabtu 21-6-2014 ialah hari panjang untuk Ica. Kesian sangat. Ica sampai keletihan. Nasib baik tak sampai lelah. Cuma batuk-batuk saja. Sebaliknya, ibu pulak yang sakit belakang dan nyaris lelah. Alhamdulillah. Begini kronolojinya.
Ujian Kelayakan Sekolah (UKS) di Sek Ren Integrasi Sg Chinchin, Gombak, Selangor.
Entry ini lebih kurang sambungan daripada entry mengenai sekolah mana yang ibu nak Ica masuk. Bulan April lepas, hasil sedikit research dan kesabaran ayah dan ibu, kami dah ke sekolah ni untuk selesaikan urusan borang permohonan menduduki peperiksaan ujian dan membeli buku latihannya.
Semasa nak hantar semula borang, kita kena berikan sesalinan surat beranak Ica yang sudah di cop dibelakangnya dengan akuan pendaftaran sekolah kebangsaan.
Lepas selesai, kita akan diberikan resit RM10 untuk buku latihan dan surat yang ada jadual penting ni.
Surat hijau ni, ialah slip menduduki UKS nanti sebab ada nombor giliran kat situ. Jadi jangan lupa bawa masa ujian nanti.
Waktu pendaftaran ialah 7.30-8 pagi. Jadi kita kenalah ada sana awal, dan siap sarapan. Nak bangun pukul berapa ni? Ica dah biasa bangun pukul 7.30 ke 8pagi :-(
Untuk ujian tu, murid dikehendakki membawa pensil, pemadam dan pensil warna.
Malam sebelum ujian Ica, ibu tak boleh tidur langsung. Jadi ibu ambil kesempatan menyiapkan keperluan Ica untuk ke sekolah tu. Ica pun tak boleh tidur lena, sebab siangnya Ica dah tidur lama.
Beberapa hari sebelum pun ibu dah cek semua kotak pensel Ica. Ini jumlah yang ibu jumpa dalam rak tv. Yang terselit di rak buku, ibu tak punggah pun (-_-)
Ini hasilnya, 6 bekas pensel, tak termasuk yang tersorok dalam rak buku, dan dalam Hello Kitty belang biru merah putih tu, ada satu lagi Hello Kitty warna pink (-_-) memang pembaziran...
Jadi ibu kemaskan pensel, tajamkan mata pensel dan pensel warna sekali. kemudian susunkan macam ini.
Ini hasilnya, 6 bekas pensel, tak termasuk yang tersorok dalam rak buku, dan dalam Hello Kitty belang biru merah putih tu, ada satu lagi Hello Kitty warna pink (-_-) memang pembaziran...
Jadi ibu kemaskan pensel, tajamkan mata pensel dan pensel warna sekali. kemudian susunkan macam ini.
Pensel pun semua ibu dah tajamkan.
Ibu hanya masukkan beberapa batang pensil saja untuk dibawa, sebiji pemadam, pembaris dan pensel warna dalam bekas pensil satu lagi.
Dua hari sebelum ujian, ibu dah tekankan latihan untuk Ica, walaupun Ica nampak letih. Kena buat juga. Ibu pun letih dan mengantuk.
Ibu dulu masa kecil, tak tahu semua ni sebab ibu tak sekolah tadika. Ibu tahu membaca pun darjah 2. Ica pula, baru 5 tahun dah membaca. Jadi, latihan yang dulu ibu buat masa darjah 2, Ica dah boleh buat sekarang. Alhamdulillah. Tapi kena rajin. Kalau tak, semua tak ingat ni.
Ini lah rupa nya buku latihan untuk UKS tu. Tapi seminggu lepas dapat daripada hantar borang tu, semua latihan dah siap. Bukan ibu yang suruh buat (ok ada lah yang ibu suruh buat tapi bukan semua), Ica yang teruja nak buat sendiri. Konon nak surprise kan ibu kot? Tapi memang terkejut juga. Bila buku latihan ni dah penuh, nak buat latihan di mana? Terpaksa beli buku lain.
Ini lah rupa nya buku latihan untuk UKS tu. Tapi seminggu lepas dapat daripada hantar borang tu, semua latihan dah siap. Bukan ibu yang suruh buat (ok ada lah yang ibu suruh buat tapi bukan semua), Ica yang teruja nak buat sendiri. Konon nak surprise kan ibu kot? Tapi memang terkejut juga. Bila buku latihan ni dah penuh, nak buat latihan di mana? Terpaksa beli buku lain.
Buku latihan tu mengandungi 8 subjek ujian. Contohnya, ini subjek Bahasa Melayu.
Matematik.
Bahasa Arab.
English.
Jawi.
Ada juga campuran iqra', akhlaq, tauhid, sains dan bacaan dalam soalan yang berselang- seli. Mulanya risau juga kalau Ica tak boleh buat. Terutamanya subjek yang Smartreader tak ajar macam Arab, Jawi, Tauhid, Akhlaq, Fiqah. Tapi tawakkal sajalah. Ibu ajar sikit-sikit. Kalau Ica dapat tangkap, dapatlah, Apa pun, kebolehan membaca tu memang kunci kepada segalanya. Insyaallah.
Ok semuanya dah siap pek. Dengan beg ibu pun dah siap pek, sebab dalam tu ada power bank, beg mekap dan segala jenis minyak angin. Manalah tahu ada orang pening kepala pulak nanti. Elok tu sama warna beg ibu dengan Ica..
Pukul 6 ibu start buat sarapan ringkas. Untuk kita, dan untuk embah yang tak kemana-mana. Hanya nasi goreng dan skewers.
Ica yang tidur lewat dan kerap terjaga dan susah tidur balik, pun kena bangun awal. Bersiap dan solat dulu. Pukul 7.30 siap sarapan, barulah kita gerak dengan ucapan bismillahi tawakkalna 'alallah...
Ibu : Ica takut tak nak ujian?
Ica : Tak. Ujian tu apa?
Ibu : (-_-)
Ayah : Ujian tu macam exam lah. Kena jawab soalan.
Ica : Oooo... ok
Ibu pulak yang melebih-lebih risaunya... Ica cool saja. Ibu risau bukan apa.. Kalau exam kat tadika tu, teacher boleh bacakan soalan dan guide bagi jawapan. Kat sini, Ica tak kenal teachers, dan ujian kena buat sendiri-sendiri. Harapnya bolehlah.
Sampai dekat-dekat dengan kawasan sekolah 7.45 pagi, parking sudah agak penuh. Takpe, kita parking di tepi jalan, menapak ke kawasan sekolah. Di padangnya, ada papan notis yang dilekatkan dengan nombor giliran, nama murid dan kelas ujian. Ayah pun semak nama Ica, berada di no. 3 kelas ujian 1. Terus daftar dengan cikgu yang menunggu di meja pendaftaran tepi padang. Selepas beri nama dan kelas ujian, ayah diberikan sehelai menu tentatif program dan Ica diberikan tanda nombor giliran untuk dipakai.
Ica ditegur oleh kawan-kawannya yang dulu sekolah di Tadika Comelku. Ica jadi malu sebab Ica tak ingat nama budak tu :-)
Lama juga nak tunggu daripada sesi pendaftaran berakhir hingga brifing. Ibu duduk-duduk dalam dewan sekolah sambil baca tentatif yang disediakan.
Dewan sekolahnya biasa saja. Ada pentas yang juga sederhana. Kerusi disusun memenuhi dewan untuk kegunaan taklimat nanti. Tapi dengan lantai yang dialas dengan papan plywood ni, tak duduk atas kerusi pun tak apa.
Di depan tertulis kain rentang "Selamat Datang si Pintar ke SRAI Sg Chinchin". Sementara tu, Ica dah kebosanan sangat menunggu.
Pukul 8.20 pg pendaftaran ditutup dan sesi taklimat am dijalankan oleh cikgu yang berdiri di atas pentas ringkas ni. Di depan tu ialah murid-murid yang sedang beratur mengikut kelas ujian masing-masing, dan dibelakang sekali ialah guru-guru dan ibu bapa.
Ini belah sini. Boleh tahan ramainya yang hadir ujian.
Cikgu lelaki berbaju biru yang angkat kertas ni ialah guru penyelia untuk kelas ujian 1. Kelas Ica.
Murid-murid dalam kumpulan ujian kelas 1 ni beratur mengikut nombor giliran masing-masing.
Sebak juga tengok Ica beratur macam ni. Dah besar anak ibu! Terasa macam baru semalam je ibu kat wad pembedahan (sobs..!)
Semua murid naik ke tingkat 3 untuk ujian dalam kelas masing-masing, manakala semua ibu bapa tidak dibenarkan naik ke atas, tetapi kena duduk di dewan atau sekitarnya untuk taklimat mengenai SRAAI.
Jadi, Ica dan kawan-kawannya menduduki ujian dalam tempoh 3 jam, bermula pukul 9 hingga 12 tengahari. Ujian merangkumi ujian bertulis dan ujian temuduga oleh cikgu. Temuduga ni untuk mengetahui setakat mana kebolehan membaca murid dan juga mengaji. Alhamdulillah. Ibu dah boleh lega kat sini.
Pengerusi majlis. Dibelakang tu kiri sekali guru besar, tengah-tengah timbalannya dan kanan sekali guru penolong kanan. Nasib baik hanya 2 orang saja yang beri ucapan. Itu pun dah bosan gila dibuatnya!
Fakta :
Sek Rendah Agama Integrasi adalah dipelopori dan dibiayai oleh Krjn Neg Selangor sepenuhnya, di bawah pentadbiran JAIS.
Di SRAI Sg Chinchin ini seramai 226 murid telah memohon menduduki ujian UKS, 219 hadir, hanya 3 kelas diperuntukkan oleh sekolah untuk seramai 108 murid saja, kerana sekelas ada 38 orang murid. Maknanya, 108 lagi akan digugurkan berdasarkan merit. Gulp! Bolehkah Ica menjadi salah seorang 108 murid yang berjaya?
Selain itu, di beberapa SRAI seluruh Selangor, beberapa sekolah bandar dikatakan menjadi antara sekolah 'panas' yang menjadi tumpuan murid dan ibu bapa berkerjaya.
SRAI Shah Alam, peruntukan 3 kelas, calon yang memohon hingga 700 lebih.
SRAI B.Baru Bangi, peruntukan 6 kelas, calon memohon juga 700 lebih.
SRAI Klang, peruntukan 3 kelas, yang memohon 600 lebih.
SRAI Seksyen 7 Shah Alam, peruntukan 3 kelas, 400 lebih pemohon.
Fuh... memang demanded betullah sekolah integrasi ni. Tapi kenapa kerajaan persekutuan tak nak buat macam ini?
Peluang selepas tamat darjah 6 SRAI?
Selepas 2008 (selepas kerajaan Neg S'ngor bertukar tampuk pemerintahan) kedudukan SRAI tidak seperti sebelum itu, iaitu sama taraf dengan sekolah-sekolah di bawah kerajaan persekutuan seluruh negara. Sebaliknya, murid terhad untuk menyambung peringkat menengah di Sekolah berasrama penuh di bawah kerajaan negeri (SABK) yang terhad tempatnya termasuk 3 ma'had tahfiz. Kalau tidak, terpaksa ke sekolah menengah harian yang biasa, kerana kelayakan SRAI tidak lagi diiktiraf diperingkat persekutuan.
Kenyataan yang ini agak pelik dan pedih kerana bunyinya macam double standard pada yang kurang cerdik. Tapi takpe, kalau dapat tempat di SRAI ni, kita doalah supaya senario politik menjadi lebih positif dan tak ada isu pengiktirafan macam ini lagi. Jadi, murid-murid SRAI bebas memilih sekolah yang bagus dan bersaing secara adil. Insyaallah.
Waktu belajar :
Dulu - 7.30pg hingga 4.30ptg.
Bermula 2014 - 7.30 pg hingga 3.30 ptg.
Rata-rata ibu bapa yang nak anaknya memasuki SRAI ni, macam ibu juga, tak mahu anak-anak keluar dari pagar sekolah untuk sekolah 2 sesi. Ia nampak memenatkan bagi anak-anak dan agak merisaukan ibu bapa, tambahan pula banyak jenayah culik berleluasa sekarang ni. Selain itu, ibu bapa mahukan pendidikan yang menyeluruh dunia dan akhirat untuk anak-anak. Insyaallah...
Selepas ceramah, ibu dan ayah ambil kesempatan melawat keseluruhan sekolah, terutamanya tandas perempuan. Hmm... ibu tak tahulah kalau Ica boleh atau tidak dengan tandas yang buruk dan agak kotor (sebab faktor buruk tadi), tapi ibu harap Ica boleh adjust lah.
Kantin agak luas. Tapi takde batang besi untuk membentuk barisan macam kat sekolah ibu dulu. Takpelah. Harapnya murid-murid tak berebut sampai tertumpah makanan. Tengok ni ibu bapa pun tak reti berbaris. Semuanya main redah duduk di depan sekali.
Kami beli pulut kunyit rendang yang masin gila macam tertumpah garam, dan lontong yang takde isi protin kecuali tempe. Harganya? Entah. Ayah yang bayar. Kalau begini, memang la ibu kena bangun awal pagi masakkan bento lunch untuk Ica. Ohh no... (-_-)
Ini antara bilik darjah di tingkat bawah sekali. Kerusi mejanya mengingatkan ibu tentang sekolah rendah agama masa darjah 3 hingga 6 dulu. Ibu sekolah ugama petang bermula darjah 3. Itu pun sebab kawan-kawan dah ramai yang masuk sekolah ugama. Tapi kalau tak sekolah ugama pun tak apa. Ia tak jadi satu kemestian pada masa tu. Sekolah ugama ibu dulu, kecil saja. Satu blok bangunan setingkat. Tak ada kantin pun. Ada makcik jual nasi lemak, pecal dan kuih-kuih yang selalu menjual secara sukarela. Kalau tak, beli daripada ustaz-ustazah yang buka "koperasi" dalam bilik guru. Diorang jual makanan ringan macam kacang-kacang yang di pek kecil-kecil. Kami rehat pukul 4.30 hingga 5 petang untuk solat Asar, boleh lah makan makanan ringan saja. Tapi ibu selalunya tak perlu makan pun, sebab tengahari dah makan di rumah, dan ibu tak dibiasakan makan petang.
Bezanya, sekolah ugama petang ibu dulu gunakan papan hitam putih yang guna kapur untuk menulis. Kat sini, guna papan putih. Lebih selamat daripada habuk.
Tangga naik ke tingkat atas telah siap bertulis notis macam ni. Tak boleh jenguk anak-anak sedang ujian. Sabar sajalah.
Di aras bawah ni juga ada makmal sains, kedai buku, bilik rawatan kecemasan, dan bilik komputer.
Kucing ni, ada 3 anak kecil. Kotaknya diletakkan di depan pintu kedai buku. Ada orang berikannya nasi berlauk, tapi dah kering. Jadi, ayah ambik makanan kucing dalam kereta untuk berikan padanya. Itu yang dia jadi manja dengan ayah. Bila diusap bulunya, terus terjelir manja.
Anak-anaknya comel, semangat, dan nampak sihat. Semuanya tengah tidur nyenyak lepas menyusu. Ayah minta kucing ni doakan Ica supaya mudah jawab ujian dan ada rezeki ke sekolah ni.
Masih ada 2 jam sebelum Ica dilepaskan balik. Jadi, ayah dengan ibu balik rumah dulu lah sebab ibu nak ke toilet, dan rasa tak selesa kalau nak kena gunakan toilet murid tadi. Err..
Ini gambar di depan pintu pagar sekolah. Kalau Ica ada rezeki, dan ayah kata nak masukkan Ica ke sini, nampaknya semakin keraplah ibu akan ke sini nanti.
Pukul 11.50pg, ayah dan ibu kembali semula ke sekolah. Tapi murid-murid belum habis ujian lagi. Bosan juga menunggu. Ramai ibu bapa yang menunggu sambil duduk-duduk dalam dewan sekolah tempat taklimat dan ucapan tadi. Ramai juga yang melepak di kantin sekolah. Cuaca memang terik, dan ibu risaukan Ica yang kepanasan dan berpeluh sebab bertudung. Tapi bila Ica muncul, eh gembira je dia ni?
Ica dengan happy nya bagitahu ibu, walaupun ada sesetengah soalan tu terlalu susah baginya, Ica tetap berusaha buat juga. Masa temuduga dengan cikgu, Ica boleh baca iqra' senang sangat sebab Ica dah mengaji sampai surah yang susah. Membaca English, BM, Arab dan Jawi pun boleh. Eh yeke? Ibu terlopong juga macam tak percaya, tapi layankan saja. Alhamdulillah.
Tapi Ica berpeluh-peluh sebab tak duduk bawah kipas. Ica dapat tempat sebelah tingkap, jauh daripada kipas. Lepas tu panas sangat, Ica nak turun, cikgu tak kasi. Bila masuk je dalam kereta, Ica terus buka tudung dan kipaskan bahagian belakang badannya yang berpeluh dan dah naik bintik-bintik ekzema. Alamak...
Masa ini dah pukul 12 lebih. Ayah cepat-cepat ajak kita keluar dari kawasan sekolah sebab tak nak tersangkut jem. Kita ikut ayah ke Jln Kuching untuk singgah ke kedai tempat menjual generator. Tapi stok yang ayah nak tu takde. Teraksa redah jem lagi untuk balik ke rumah, tapi singgah di McD Jln Genting-Klang. Kita lunch inilah. Alhamdulillah. Tapi keluar McD dah pukul 2 petang. Teachers dah remind supaya ada di kelab sukan pukul 1.30 petang sebab nak tukar pakaian dan pilih saiz. Tak sempat lah macam tu.
Sampai je kat rumah dah pukul 2 lebih. Ibu laju-laju belikan embah nasi ayam dan kuih-kuih kat kedai tepi jalan yang dekat dengan rumah tu. Lepas tu mandikan Ica dan tukar baju. Ibu sendiri hanya sempat tukar baju dan tudung saja, sebab dah suntuk masa. Solat dengan cepat dan berdesup masuk dalam kereta semula.
Dari rumah ke K Club Melawati tak lah jauh sangat. Dalam 10 - 15 minit saja. Tapi jalan agak sesak sebab hari Sabtu orang ramai mesti nak keluar jalan-jalan. Dalam pada tersekat dalam jem tu, sempat lah Ica terlena seminit-dua. Kesian Ica. Flat sangat tu.
Cerita pasal Annual Sports Ica selepas ini. Insyaallah.
























No comments:
Post a Comment