Jun 16, 2014

Basikal Ica.

Bismillah..

Cuti 2 minggu hari tu kita tak ke mana-mana langsung. Kesian pula ibu tengok Ica bosan menghabiskan hari-harinya dengan main tablet, tengok tv, dan main pasir di tepi jalan, bawah pokok tempat ayah berniaga yong tau fu. Haha klasik betul ayat nih :-)

Petang-petang bila panas dah tak terik, ibu akan ajak Ica jalan-jalan tengok ayah berniaga yong tau foo. Taklah jauh pun dari rumah kita, dalam 1 km. Kadangkala naik kereta. Bila berani, ibu bawa Ica naik motosikal ayah. Berangin lah sikit macam naik kapal layar :-)

Kat bawah pokok tempat ayah berniaga, selalunya Ica tak tahu nak main apa. Duduk dalam van buruk ayah, mengadap iphone ibu, tengok youtube. Eh, dah sama je macam aktiviti di rumah. Kononnya macam berkelah ke?
Lepas tu Ica ni ekzema, tak tahan cuaca panas sangat. Nanti naik bintik-bintik gatal kat sekitar leher dan pelipat lengan dan lututnya. 
 Ada suatu hari tu Ica dapat idea baru. Bila tengok pasir bawah pokok yang mengering, nampak macam pasir pantai agaknya, terus Ica main kononnya buat sand castle, macam tepi pantai. Tapi sebab nak jaga kebersihan tangan, Ica pakai plastik bungkusan dijadikan sarung tangan. Funny yet smart. :-)

Ibu biarkan aje Ica main pasir sampai puas hati, lepas tu bila nak dekat azan maghrib, kita balik rumah. Malam tu, Ica tidur merengek-rengek kegatalan kat kaki dan tangannya. Hairan juga. Macam kena gigit nyamuk. Tapi tak pula merah-merah. Esoknya, bila Ica nak main lagi pasir, nenek kata jangan main. Nanti gatal kat kulit sebab pasir tu bukannya pasir bersih macam kat pantai. Oh.. patut lah Ica gatal kaki. Baru teringat, pasir yang kotor ni mesti banyak kuman. Yelah, entah-entah bekas-bekas kena kencing kucing ke, anjing ke, lagi teruk bekas berak binatang. Eww! Gelinya.
 Bila dah tak boleh main pasir, Ica jadi bosan semula. Apa yang Ica boleh buat, jadi observer saja lah.
Tengok lengan Ica tu, masih berbelang macam zebra, kesan bercuti kat Pangkor bulan lepas. Tak hilang-hilang.

Agaknya duduk di tepi jalan, asyik tengok kenderaan lalu lalang, Ica terfikir kan bagus kalau ada basikal sendiri, boleh lah main puas-puas. Tak payah main pasir, gatal dan kena marah. Jadi, hampir setiap hari Ica minta basikal. Lagipun Ica dah pandai baca BM dan BI, mengaji pun dah jauh sampai surah Al-Fajr. 

Ibu fikir-fikir lagi, okeylah. Kesian pula kalau janji tak ditepati. Pulak tu dah beberapa kali Ica merajuk-baik balik sebab ibu tak bawak Ica ke kedai basikal. Eh kenalah pergi dengan ayah. Ibu mana tahu jenis basikal apa yang elok.

Habis je kelas taekwando, pergi lunch, maka bermulalah kita cuci mata window shoppong dari satu kedai basikal ke satu kedai basikal untuk dapatkan harga yang sesuai dengan kemampuan. Selepas 2 kedai basikal, satu di Melawati dan satu lagi di Gombak, akhirnya, ke belakang Ong Tai Kim juga kita singgah dan Ica jumpa basikal yang kena dengan jiwanya. Haha.
Tak sabar-sabar nak cuba kayuh basikal barunya. Kat luar kedai pun boleh. Warna mesti pink, ada bakul di depan dan ada passanger seat kat belakang. Ciri-ciri mesti feminin. Pwincess kan... (-_-) melayang RM200 ibu petang ni...hukhuk
 Padahal inilah hari pertama Ica belajar mengayuh basikal. Bersemangat betul... Aktiviti belajar basikal baru ni berlanjutan sampai la kat rumah. Hanya berehat untuk makan, solat, mengaji, dan tidur. TV pun Ica tak kisah. Tapi buat masa ni, Ica mengayuh dalam rumah sajalah...
Basikal ni jenama Gomax. Bawah sikit kot daripada BMX? Entahlah. BMX lebih trendy, tapi terlalu sporty dan takde bakul camni.
 Ukuran dari depan ke belakang sama je dengan jenis lain. Tapi rimnya hanya aluminium, bukan besi. Jadi ia ringan lah walaupun tak tahan lasak. Maknanya janganlah orang gemuk gila naik, nanti patah lah. Rim aluminium ni tak berkarat. Itu kelebihannya. Beli kat kedai biasa-biasa ni, untungnya boleh tawar harga. 
 Bakulnya pink menyerlah. Inilah yang buat Ica macam tergilakan sangat basikal ni.
Pelapik handle ni, kat kedai lain kena beli asing sebab dia cuma eksesori sampingan saja. Tapi kedai yang ni bagi sekali dalam pakej.
Rider seat dengan passanger seat cukup empuk dan lebar untuk bontot Ica. Kira okeylah jenama ni walaupun tak famous macam BMX.

Alhamdulillah ibu dapat belikan Ica basikal. Tertunailah janji kita nak bagi Ica hadiah bila dah boleh membaca dengan lancar dan faham soalan latihan. Semoga lepas ni, Ica taklah asyik nak main tablet dan tengok tv je sepanjang hari. Kalau kayuh basikal ni, sekurang-kurangnya ada lah keluar peluh sikit walaupun hanya dalam rumah.

Ibu dulu masa kecil tak merasa lah nak basikal warna pink macam ini. Ibu teringin basikal chopper yang tayar depan kecik, belakang besar macam motosikal Harley Davidson tu. Bukan apa, nampak feminin sangat! Tapi hanya jadi impian tak kesampaian. Ibu hanya dapat gunakan basikal lama embah, seven-up sport namanya. Itupun dah cukup bagus.


Dulu macam ni lah rupa basikal buruk yang ibu selalu kayuh ke sekolah selama 6 tahun, kecuali kat belangnya ada passanger seat. Seven-up sport namanya. Tapi tak sporty langsung! Bila embah beli basikal baru pun, dia beli yang jenama ni juga. Murah kot? Masa tu harganya dalam RM170. Itu pun dah macam mahal sangat. Sebab tu ibu pakai yang buruk je (-_-)


Ini jenis basikal yang ibu teringin tu. Chopper namanya... Bila tengok jiran kayuh basikal chopper dia datang rumah, terus terpaku macam tengok apa je. Lepas tu test kayuh kat laman. Bestnya...bestnya... tapi takde siapa pun yang peduli apa yang best untuk ibu (sobs...!)


Sekarang ni kalau kita google jenis chopper, designnya dah semakin kukuh, tapi basic nya tetap sama.


Aw... kalau dpaatlah chopper merah camni, alangkah beruntungnya... Boleh bersiar-siar sampai tasik Titiwangsa sambil sedut asap kereta sepanjang jalan Genting-Klang tu...Haha


Masa kat kampung, mana ada tengok Harley Davidson ni in real. Pertama kali tengok masa datang KL naik bas ekspres. Bas berhenti dekat depan Hardrock Cafe yang atas bumbungnya ada motosikal Harley Davidson. Bila tengok ni, terus terfikirkan basikal chopper. Eh, kat KL basikal chopper dah jadi motor besar??? :-)

Oklah... sudah-sudahlah pasal keinginan basikal ibu. Hahaha... Dah tua pun. Tak payah nak teringin yang bukan-bukan ya.

Pagi ini, bersiap-siap ke tadika, Ica kata nak kayuh basikalnya ke sekolah.
Ada ke?

No comments: