Lepas cuti raya kan ibu dah masuk kerja. Jadi kalau ada open house hujung minggu memang tak dapat nak pergi sebab penat sangat. Al Maklumlah sekarang ni drive jauh setiap hari. Bila ada cuti, tentulah nak rehat cukup-cukup. Masa itulah nak gantikan semua yang boleh digantikan, especially tidur dan buat kerja kemas rumah. Selalunya Jumaat mesti jalan jem yang teruk punya, sebab 2 jam baru nak sampai rumah kan (grrrr...) lepas tu terus hantar Ica ke taekwando pula, kaki memang dah gigil-gigil tahan lenguh. Jadi bila tidur malam, cramp je la dia... Jadi Sabtu pagi adalah masa berehat.
Yang ini semua gambar-gambar sebelum ini. Sebab macam berderet juga kan, jadi kena masukkan satu entry :-) tapi gambar makanan tak de sangat sebab bila beraya tu macam lupa nak snap gambar. Hihi.
Lepas report duty, Kak Mahfuzah yang comel ni jemput beraya ke rumahnya di Presint 8. Alhamdulillah. Dia belanja lunch, lauk babat masak lemak pedas. Babat tu maknanya perut lembu. Bahasa jawa kot. Wuh sedap sangat, pekena pula dengan ayam goreng rempah. Memang lepas sepinggan, sepinggan lagi, buat macam rumah sendiri :-D
Akak ni tinggal dekat rumah kuarters dengan 3 anaknya yang dah pun besar-besar, beruntung... Rumahnya apartment sederhana besar, lengkap lah macam rumah berkeluarga yang lain. Seronok kan bila kerja di Putrajaya, dapat pula kuarters. Bila waktu tengahari, boleh lunch kat rumah.
Eh masa ni Kak tengah cakap telefon panggil maintenance datang baiki paip dapurnya. Bagus maintenance dia datang cepat. Tak payah tunggu 2-3 hari atau 2-3 minggu :-)
Yang lagi best, pertama kali dihidangkan dengan jus manggis yang home-made ni. MasyaAllah. Sedap sangat! Nyaman dan menyegarkan. Minum jus sambil tengok gambar-gambar raya Kak Mahfuzah.
Ala jeles dengan kak Mahfuzah, muka berseri-seri je. Tengok muka ibu ni dah macam mak nenek mana tah. Maklumlah, bedak semua dah tanggal lepas berpeluh sejak pagi ke hulu ke hilir sesat lagi menyesatkan di dalam bangunan POJ tu. Dah penat, sempat tidur kejap dalam kereta yang parking kat padang yang panas tu. Sebab tak tahan sangat mengantuk sebab malam tadinya ibu tak tidur langsung. Boleh? Haih. Ibu dan tak boleh tidur malam, macam tak boleh dipisahkan ke apa.
Dalam minggu yang sama, hari lain pula, Kak Halilah jemput ke rumahnya. Kuarters di Presinct 16. Kalau tak silaplah. Tempat ni baru. Non-gated area. Rumah semi-D dengan keluasan sederhana. Sesuailah untuk keluarga besar Kak Halilah.
Ini baby terbarunya, Aisyah Humairah. Dah 8 bulan. Kejap aje kan? Rasa macam baru hari tu kot Kak Halilah ni bersalin.
Tengok baby tu, macma tahu-tahu je kita nak snap gambar.
Ini anak no. 4 nya, Ammal Hanani. Ni dah 5 tahun. Ibu melawat Kak Halilah ni selepas bersalinkan Ammal ni dulu. Tak sangka dah 5 tahun berlalu. Ammal ni paling pendiam kot. Bila ibu datang, dia buat derk aje. Haha.
Ini yang no. 5, Ammar kot namanya kalau tak silap. 2 tahun lebih. Paling putih dan paling handsome. Paling peramah juga. Keletah melayan ibu atas meja makan.
Ini yang setahun tua je dari Ica. Namanya Alia Farhana. Darjah 1. Macam pemalu, tapi sebenarnya suka berbual dengan kita. Lagi 2 orang tak snap gambarnya, Alif Farihin dengan Ain Fatiha. Dah besar dan diorang ni.
Hari Jumaatnya, jamuan raya JALSOA pula, bertempat di BBG, BHEU Presint 4. Ibu yang drive, Kak Halilah dan seniornya Tn Darma tumpang sekali.
Ingatkan bolehlah jumpa kawan-kawan lama kat sini. Dah lama tak pergi majlis JALSOA. Ada la terserempak dan bersalaman dengan senior ibu masa di drafting dulu, Pn Farahana. Ibu je yang masih ingat kat dia. Dia dah lupa langsung. Dulu pernah kerja satu team dan ibu bawah unit yang sama dengan dia. Masa itu buat RUU untuk regulation bagi private clinics. Sekarang dah jadi Akta. Masa buat tu, pening kepala. Jenuh. Lepas tu sempat buat research pasal industrial relation di negara commonwealth untuk jadikan asas buat RUU berkenaan pekerja, tapi tak ingat apa tajuknya. Dalam team dengan Puan inilah juga. Maknanya bukanlah sikit sangat kerja dengan dia, sebab itu masih ingat pada dia. Dia je yang lupa kat ibu (sobs...!)
Mulanya tajuk jamuan ni Jamuan Aidilfitri Jalsoa saja, tapi disebabkan negara sedang berkabung kerana MH17 dan MH370, jadi acara ditukar tajuk kepada Majlis Perjumpaan saja. Tak ada persembahan apa pun, termasuk takde lagu raya juga. Dah macam kenduri open house biasa je pulak :-) Tapi makanannya semua ok. Ada sate, nasi beriyani, kuih-kuih, laksa, etc...
Hari Sabtunya pula, kita ke open-house rumah Mak Ngah Intan di UK Perdana. Ramai yang datang Open House ni walaupun cuaca panas terik.
Ini antara jemputan Mak Ngah dengan suaminya. Masa ini diorang semua baru sampai. Mula pukul 3 petang habis sampai malam.
Menunya macam-macam. Baik yang savoury mahupun yang sweet-sweet. Tak dan ambil gambar semua sebab sibuk nak makan :-)
Nasi dagang ni memang sedap sangat. Inilah main coursenya selain sate ayam, roti jala, puding raja, kuih-kuih lain dan buah-buahan.
Ini muka kenyang-suka-hati kami. Masa ini Ica ke mana ek?
Oh.. Ica macam biasalah. Sesampai-sampai terus main tak henti. Makan pun taknak. Main-bergaduh-mengadu-nangis-pastu main semula-dan repeat semua ni sekali, daripada tengahari tu sampai la kita nak balik.
Ini view masa kita mula-mula sampai. Takde orang. Hanya makanan saja. Suka betul kan.
Seperti biasa kalau ada makan-makan mestilah ada tapau-menapau oleh nenek. Jadi, inilah kesannya kepada peti sejuk kita. Alhamdulillah.
Hari Jumaat minggu seterusnya pula jamuan Aidilfitri di POJ ni. Alhamdulillah memang langkah kanan kan report duty musim raya :-)
Ini setting sebelum majlis.
Ini setting semasa majlis. Meriah. Ada lagu raya. Ada pertandingan gerai makanan terbaik dan pakaian raya terbaik mengikut tema Merdeka-Raya. Hiasan gerai mengikut konsep yang sama. Tapi hanya hiasan yang dipertandingkan. Makanannya disediakan oleh catering. Haih kalau kena memasak sekali, entah apa jadinya. Kenalah tutup court kot :-D
Ada ucapan oleh CJ, juga mengalu-alukan tetamunya Hakim dari luar negara.
Kenangan ibu dengan Kak Halilah.
Makanan kena ambil kat gerai. Ini CJSS tengah bergambar dengan tetamu dari luar tu. Gerai ni sapa punya ek? Lupa.
Kalau tak silap, ini gerai lemang, nasi himpit, kuah kacang, etc. Tapi tak ingat siapa punya. Tak tahu siapa punya kot (-_-)
Gerai penuh bendera Malaysia :-)
Eh. Belakang tu staff lama masa kat Jln Raja dulu. Sekarang dia kat unit lain. Muka sama je.
Hasil rembatan :-) nak dapatkan makanan pun kena beratur tak kira pangkat. Jadi bila dah beratur panjang tu, akan ada yang ambik lebih untuk kongsi makan sekali. Ibu ambik kambing panggang ni dengan nasi himpit, pulut kunyit dan lemang bersama lauknya tu. Lepas tu ibu ambik mi kuah pulak. Semuanya sedap. Alhamdulillah.
Raya dah tamat setakat ini, Alhamdulillah syukur di atas nikmat yang tak terhingga ni. Hari Isnin tu, ada perasmian sambutan bulan kemerdekaan di depan POJ ni. Semua kena turun awal pagi. Ibu pun macam biasa, ikut je lah ke mana pun Kak Halilah ni ada.
Pukul 8 pagi semua dah duduk di kerusi yang disediakan betul-betul di depan POJ ni. Siap dapat bendera untuk dikibarkan dan sehelai lagi untuk digantung di rumah/pejabat masing-masing. Kak Halilah, bukan main petriotiknya! Haha.
Masa ini ada kumpulan nasyid sedang menyanyi kat depan tu. Tak ingat nama kumpulan ni panjang sangat. Lepas nyanyian diorang, nyanyian macam-macam lagu lagi oleh kumpulan koir. Tema sambutan ialah "Di sini lahirnya sebuah cinta". Macam lirik lagu Sudirman. Simple dan dekat di hati. Cinta kan. Sapa yang tak tahu cinta.
Masa ini PM sedang beri ucapan. Yang berdiri tinggi sangat tu jurugambar dengan wartawan.
Cuaca daripada gerimis, mendung, lepas tu cerah, jadi panas. Akhir sekali cerah saja, tak panas. Jadi taklah sunburn.
Juga termasuk pelepasan konvoi merdeka dengan jip ke satu negara menyerahkan bendera kepada orang ramai.
Pukul 9 lebih kurang, perhimpunan pun selesai. Eh ini bukanlah jamuan raya kan. Tapi saja masukkan untuk kenangan. Heeee...















No comments:
Post a Comment