Bismillah.
Ica memang tak sabar-sabar nak beraya di Smartreaderkids. Walaupun nama tadika ni dah bertukar, tapi kita tetap senang menggunakan brand tu. Memang la salah di sisi Undang-Undang, tapi budak-budak ni mana lah nak tahu namanya dah bertukar ke apa. Yang diorang tahu, tadika Smartreader.
Jamuan hari raya atau open house ni memang di adakan setiap tahun untuk jadi satu event perjumpaan ibu bapa dan teachers. Ica pula tentulah suka sangat nak tunjuk kat ibu macam mana keadaan sekolahnya selain nak jumpa dengan kawan-kawan dengan mood yang berlainan daripada hari sekolah biasa. Tahun ini lebih baik lagi sebab ayah ada bersama kita. Tahun lepas ibu saja dengan Ica. Tahun lepas-lepas semasa di Tadika Comelku, ibu pergi dengan Nenek je. Entah kenapa ayah selalu tak ada masa kita pergi jamuan raya tadika Ica.
Ica tak pakai baju raya lengkap sebab ibu tahu kalau pakai kain nanti susah Ica nak main dengan kawan-kawan. Jadi pakai jeans dan blouse saja.
Kebetulan hujan lebat baru saja berhenti, kita orang kedua awal yang tiba ke sini. Masuk ke dalam saja, dah terasa nyamannya aircond memenuhi ruang tingkat bawah tadika ini. Di ruang tamu ni ada divider yang memisahkan ruang tamu dengan sofa, dan ruang di sebelah sana yang ada playground dan ruang santai.
Dinding divider ini bukan saja-saja ada kat situ, tapi ada gunanya selain nampak cantik dan mengemaskan lagi keadaan.
Boleh ukur ketinggian juga. Bagus... Ica dah 117cm setakat ini. Alhamdulillah...
DI sebelah sini dinding pula ada rak buku bacaan. Semuanya buku-buku terkini dalam set tersendiri. Kalau tak silap, buku-buku antarabangsa ni kalau beli sendiri agak mahal.
Yang berbaju kurung bunga-bunga dan hitam tu ialah teachers yang terus kelam kabut nak susun-susun makanan sebab tak sangka ada yang datang seawal pukul 2 petang tepat! Selalunya kalau jamuan tu mula pukul 2 hingga 4 petang, orang akan datang pukul 3 kan.
Playground set yang kat tengah-tengah ruang bacaan tu sebenarnya macam mengganggu laluan masuk ke sebelah sini. Tapi dengan keadaan saiz yang terhad, dah tak tahu nak letak di mana lagi. Kan.
Makanan yang dihidangkan adalah hasil air tangan chef di Mummy's Kitchen, Restoran yang terletak di depan tadika ni. Rupanya, tadika ini dan restoran tu adalah perniagaan keluarga teacher Rosma dan teacher Mummy (Mawar), patutlah makanannya sedap-sedap. Ada mihun Spore, mi goreng seafood, nasi himpit dengan rendang ayam, lemang, lontong, kuih muih dan biskut raya.
Ruangan ini dijadikan dewan makan pada hari sekolah. Meja dan kerusi orang dewasa ini dipinjam daripada restoran. Selalunya murid-murid makan atas meja dan kerusi kanak-kanak.
Dibelakang kita tu teacher Nani (tudung firuz) dengan teacher Era (coklat)
Baju meksi ketat warna putih ni teacher Yati yang baru dapat baby awal tahun ni. Masa ini dah agak ramai yang datang. Ica pula tergedik-gedik nak main dengan kawan-kawan yang baru sampai. Punya eksaited, Ica hanya makan kek cawan 2 biji saja. Yang lain semuanya tak mahu (-_-)
Lain halnya dengan ayah. Memang datang untuk memenuhkan perut yang kosong (-_-) semuanya ayah makan dengan sangat berselera. Alhamdulillah.
Ica eksaited tunjuk dekat ibu kawan-kawannya yang baru sampai.
Budak perempuan berambut panjang dan bercekak rambut tu kawan baik Ica, namanya Syafiqah. Dia ni lah yang selalu sangat namanya jadi sebutan Ica. Dah nama pun kawan baik. Tapi kadang pelik juga, betul ke kawan baik, atau Ica yang suka sangat dengan Syafiqah ni sebab Ica paling suka ikut cakap Syafiqah. Cara ikat rambut paling cun pun ikut cakap Syafiqah juga. Haih.
Tempat belajar di tingkat atas. Semua kelas dan peralatan belajar ada di atas - kata Ica.
Sampai je kat atas Ica tunjukkan kelasnya yang dihujung untuk 6 years. Kelas untuk 6 tahun ada 2 kelas. Satu kelas biasa untuk murid yang dah boleh membaca dan satu kelas lagi untuk kelas intensif untuk murid baru yang tak pernah datang sekolah masa umurnya masih muda.
Lepas tunjukkan kelasnya, Ica terus lari turun semula sebab sibuk nak main dengan kawan-kawannya. Tinggallah ibu tercangak sorang-sorang. Haih.
Masuk je dari tangga tu, ke kanan jumpa ruang belajar komputer. Ke kiri terus ke bilik darjah.
Ini meja pendaftaran murid agaknya.
Ke kiri, ada 3 kelas. Yang bersusun di koridor ni ialah papan putih yang akan dilekat dengan hasil kerja murid yang bagus untuk displayed.
Ini kelas untuk 6 years.
Di sebelahnya ada almari untuk letak alat tulis.
Ini ruang meletakkan buku latihan.
Bila tengok dinding yang macam ini, rasa nak masuk tadika semula. Best kan.
Ini kelas 5 years kot? Atau kelas intensif 6 years. Tak tahulah.
Ini nampak macam mini-koop je
Kelas untuk 4 years.
Ada tempat letak beg yang comel sangat.
Ada pelajaran jawi juga. Tapi mungkin tak sebanyak yang di sekolah berasaskan agama.
Ini ruang legar tengah. Mungkin tempat berhimpun atau tempat berehat tengahari. Kalau murid-murid daycare, diorang akan tidur di sini sambil tengok tv tu.
Comforter dan bantal di susun kemas di tepi ni.
Ini kelas untuk 5 years. Letaknya di depan ruang legar tadi.
Ini ke toilet. Di dalamnya ada 2 bilik air, ada air panas dan tempat mandi. Kemas.
Nak cuci tangan pun ada tangga kecil ni. How convenient! :-) suka...
Kelas lagi satu, yang ini untuk 6 years kot. Ibu pun tak tahu sama ada kelas-kelas ni ikut subjek atau ikut umur. Mungkin kelas BM satu kelas, Maths satu kelas, Agama kelas lain, English kelas lain, Sains kelas lain, macam tu? Ibu tak tanya dengan teacher Rosma masa berborak tu. Lupa.
Ini tempat belajar komputer. Ruang yang cute sangat!
Close-up gambar buku-buku latihan dan bacaan.
Salah satu poster kartun yang ditampal di dinding tangga.
Bahagian tangga yang bawah sekali.
Koleksi buku cerita bahasa Inggeris.
Masa duduk makan dan berbual dengan teacher Yati tu, dia bagitahu ayah dan ibu yang Ica ni cukup lambat menyalin daripada papan putih walaupun Ica dah boleh membaca. Bila dipaksa supaya cepat sikit, Ica mesti menangis. Ayah dan suspek dah yang Ica ni manja sangat dan pandai berlakon sedih. Haih (-_-) ayah kata kalau Ica malas lagi, saja buat-buat lambat dan suka nak main aje, teachers bolehlah pukul sikit Ica untuk mengajar. Ica pulak muka cuak aje bila ayah dah warning macam tu.
Secara keseluruhannya, tadika baru ni bagus sebab masih mengekalkan teknik lama. Teachers pun masih tenaga pengajar yang dulu. Jadi Ica memang dah biasa dengan diorang. Kawan-kawan pun masih yang lama. Jadi Ica takde masalah nak sesuaikan diri dengan tempat baru sebab kawan-kawan dan teachers semua masih sama. Alhamdulillah.
Ayah dan ibu ada juga berkongsi masalah yang kita sedang hadapi di Pasti Saidatina Khadijah ni. Bagi diorang senang aje. Hantar sajalah Ica ke Daycare Smartreader. Ada teacher yang akan tengok-tengokkan Ica sepanjang petang kat sini. Tapi buat masa ini takde apa-apa pengisian aktivitilah. Cuma makan, mandi, tengok tv, rehat dan tidur hingga ibu bapa datang ambil murid pukul 6 petang. Untuk Daycare, bayarannya RM250. Untuk tadika, ayah bayar RM285. Kalau macam ini, sebulan ayah dan ibu kena bayar RM535 untuk tadika dan rehat Ica. Hmmm agak mahal juga tu.
Kalau di Pasti Saidatina Khadijah, ibu cuma bayar RM160 dan pengisian yang agak berbaloi sebab Ica dan kawan-kawannya ada solat Zuhur dan Asar, ada belajar mengaji dengan ustazah~yelah walaupun ustazah tu bukan semak bacaan Ica sangat, tapi ada juga buka buku mengaji, kan. Ada ustazah yang akan cek kerja rumah Ica, juga latihan matematik yang ibu suruh buat. Yang nampak kebaikannya, ialah, Ica belajar zikir dan doa lepas solat (walaupun Ica dah tahu, tapi aktiviti ni buat Ica lebih seronok sebab ada kawan-kawan sekali). Makan dan mandi juga ada. Cuma Ica tak larat dengan keadaan taska yang tidak bersih macam di Smartreader. Macam mana tu? Perlukah ibu menulis ke Pusat PASTI untuk komplen?


















No comments:
Post a Comment