Oct 3, 2014

Bilik baru dan Naziran Trg

Bismillah..

Rindu nak update blog. Tapi selalunya masa bekerja memang sangat sibuk. Keluar-masuk bilik je, tak duduk lama pun. Kadang sampai tersadung kaki kat atas carpet sebab jalan laju sangat. Kalau tak keluar-masuk sebab berjumpa dengan bos di biliknya, keluar-masuk sebab pergi toilet. Kalau tak kat pejabat, mesti kena pergi meeting di pejabat orang. Bila balik meeting kena buat write-up sikit tentang meeting supaya kalau ada yang nak update, tinggal emelkan saja. Ibu ni dah tua. Kalau tunggu-tunggu, bertangguh-tangguh, nescaya terus terlupa akan sesuatu pekerjaan tu. Kalau dah keluar-masuk asyik jumpa boss, maknanya asyik dapat arahan buat itu-ini kan. Itu yang jadi macam tak menang tangan nak melayari internet dengan nyaman. Aktiviti blog-hopping pun dah lama tak jalan. Hahah. Macam penting sangat ke kan.

Eh. Ini nak cerita pasal bilik baru. Dah pindah sebulan ke bilik ini, tapi baru ni nak cerita. Haritu ibu berkongsi bilik dengan pegawai junior, si Jijah yang happy-go-lucky-ex-dpp :) walaupun dia tu kadangkala too loud of normal ears, tapi dia sangat mengambil berat dan kita boleh get along together despite the age difference. She's only 27 ok. Eh apa ni campur-campur English-BM macam budak remaja pulak. Nanti ayah marah tau :D

Haritu ibu ada cerita pasal bilik lama. Ini dia gambarnya. Bilik lama ni, selain berkongsi, takde tingkap, dekat depan bilik boss jadi boss selalu jenguk, maknanya takde privasi kan. Tapi hairannya, ibu cukup suka duduk situ. Mungkin ibu dah biasa dengar bunyi bising-bising Jijah menyanyi menjerit dan cakap telefon, dah jadi macam hiburan ibu, terutamanya bila ibu rasa stress dengan kerja yang tak masuk kat jiwa ni. Ahak!

Tapi, ada pegawai junior baru yang akan masuk dan ambil tempat ini sebab memang tempat ni untuk gred 44, bukan 48. Jadi, hendak tak hendak, kena juga ibu pindah ke bilik belakang yang koridornya suram, takde staff kat cubicle luar bilik, bilik hujung sekali, dan menakutkan walaupun ada tingkap, tapi sebab dia hujung bangunan, jadi takde view pun :'-( memang berat hati sangat nak pindah ke sini. Tapi what to do... I m just a plain "saya yang menurut perintah"..
Pindah sendiri-sendiri aje. Staff tolong tolakkan troli  ni. Kemas sendiri. Lap meja sendiri. Nasib baik dah vakum. Sedihhhh :'-(

Haih baru sebulan kerja pun dah banyak barang macam ini ke? Bukan ada fail kes pun... 
Bilik ni takde jam dinding, takde white-board, takde langsir mahupun bidai bodoh, takde sebiji paku pun kat dinding, takde extension untuk wire, takde settee dan meja kopi. Takde kawan. :'-(

Tapi bilik ni memang menjanjikan privasi. Kalau tutup pintu lagi senyap sunyi, orang sebelah kentut pun boleh dengar.

Tiba-tiba, bilik yang ada tingkap belah depan sikit tu, yang mengadap jalan depan tu, yang menjadi rebutan beberapa pegawai lain tu, empunya nya dapat tukar ke tingkat 4. Ibu punya seronok sebab boleh pindah biliknya. Ibu memang target bilik yang tu sebab bilik tu tak belakang sangat. View pun cantik. Cuma agak kecil dan lampunya malap. Ada 1 lampu je untuk satu bilik. Tapi sebab ada tingkap, taklah suram sangat. Kena angkat bidai tinggi-tinggi kasi masuk cahaya. 

Elok je pegawai tu pergi, ibu terus masuk susun kerusi-meja, ubah suai ikut susunan yang ibu suka. Buat sendiri-sendiri je. Sampai sakit kaki tolak almari :-( tapi tak kisah pun sebab happy.

Bila dah siap susun, tinggal nak angkut barang, sekali tu ada pegawai senior pulak nak pindah situ. Aduhai... Terpaksa mengalah lagi... Memang tak berbaloi langsung kerja keras mengubahsuai kedudukan meja dan almari yang berat tu :-(

Takpelah. Mungkin memang ibu ditakdirkan berjodoh dengan bilik belakang ni :'-) sobs..!

Ini gambar hari ini. Bilik ni kelebihannya terang benderang. Lampunya ada 4 dan 2 memang betul-betul atas meja. Jadi bila menulis atau menaip tu memang puas hati. Ibu bawa bunga yang berhabuk di rumah tu letak kat bilik ni. Konon nak naikkan seri bilik ni. Kan. Tapi sedih juga tengok cermin yang ibu ikat pada tingkap tu. No choice. Nak beli cermin besar, rasa macam alang kepalang. Nanti nak pindah lagi dah susah nak angkut-angkut. Kan. Takpelah asalkan ada cermin ni. Bukan tengok sangat pun. Nampak tak bangunan belah sana tu. Yang kosong tu. Takde orang lagi. Jadi bila direnung lama-lama, ngeri jugaklah. Haha. Dasar penakut.

 Atas meja pun letak bunga juga. Nampaklah cosy sikit... Bila nak rileks sikit, tengok bunga. Minah bunga kan.
 Almari pun letak bunga juga. Sweet lah sikit. Kan.

Bila rasa letihnya buat report, juling-juling mata tengok laptop, ibu bolehlah menebarkan pandangan yang terhad ni ke sini. Tengok bangunan belah sana nun jauh, atau tengok bangunan takde orang kat sebelah ni (tapi ngeri sikit, so takyah tengoklah). 

Masa awal-awal dulu, jiran sebelah ni, junior-junior nakal yang suka mengusik. Diorang suka ketuk-ketuk dinding lah. Call katanya dari rumah mayatlah. Bisik-bisiklah. Etc. Tapi sekarang ibu dah tak takut lagi. Kalau datang awal pagi, sorang-sorang pun masih ok. Ibu bukak laptop, bacaan ayat suci alQuran. Rasa tenang dan selamat. Alhamdulillah.

Kadang kita tak suka dengan sesuatu, tapi mungkin ia yang terbaik Allah beri untuk kita. Mungkin bilik ni pun salah satu antara yang terbaik untuk ibu. Jadi, ibu belajar untuk menerimanya dan akhirnya redha. Insyaallah.

 Kalau snap gambar pun muka nampak cam berseri aje sebab banyak cahaya kena kat muka. hahaha

 Terus muka macam confident padahal semuanya dah kembang-kembang. Aiyyoh...! :-D

Habis cerita pasal bilik ibu, sekarang nak cerita pasal out-station ibu yang ke Kuala Terengganu hari tu. Subhanallah cuak sangat kena pergi Terengganu sorang-sorang naik flight. Dahlah selama ini asyik mengekor ayah je. Ibu tak tahu nak check-in macam mana, kat mana. Nak booking ticket kat mana, nak booking bilik kat mana. Semua tak tahu. Berhari-hari juga yang ibu jadi cuak sangat tu. Akhirnya, PA boss yang bookingkan tiket flight. Kebetulan PMT bawa officernya Firdaus, jadi dapatlah saing booking bilik dengan dia di hotel yang sama boss ibu dan PMT duduk. Alhamdulillah. Bab pengangkutan kat sana tu, ibu call je pegawai kat sana. Alhamdulillah semuanya bagi kerjasama.

Nasib baik Firdaus pun nak terus ke KLIA daripada pejabat, dan dia dah booking kereta pejabat. Ibu ikut saja. Jadi, sepanjang masa kat KLIA, daripada mula sampai, check-in dan masukkan luggage, pergi makan dan shopping semua dengan Firdaus. Boss ibu ada. Tapi dia kan boss. Takkanlah nak jalan dengan ibu kan? Apa kelas??? Haha.
Firdaus ni kaki-snap-gambar jugak. Suka snap sana sini. Pastu include ibu sekali. Jadi ibu pun snap jugak, pastu wassap kat dia. Dia ni muda 2 tahun daripada ibu. Belum kahwin. Junior setahun je. Mulanya dia panggil ibu "puan". Tapi lecehnya kalau ber-puan-puan kat kedai ke kat tempat makan ke. Kan? Dahlah ibu ni bukan puan dia pun. So ibu suruh dia panggil "Akak" je. Mengimbau kenangan masa LLM aritu, semua panggil ibu Kak Lin kan. Hmmm rindu pulak. 

Gambar ni masa dalam flight yang tak sampai sejam tu. Muka ibu memang dah letih sangat. Maklumlah, bangun pagi 5.30 pagi, mula kerja daripada pukul 8 pagi sampai pukul 4.30 petang, lepas tu terus ke KLIA, terus check-in. Asyik berjalan dan bawa barang. Letih sangat bila dah pukul 8 malam macam ni. Rasa nak tidur je.

Tiba di KT pukul 8 malam, ada pegawai yang menunggu. Diorang ni baik sangat. Alhamdulillah. Diorang datang ambil dan hantar ke hotel. Lepas letak barang semua, diorang bawa kitorang pergi makan dulu, lepas tu beli barang runcit sikit, sebelum balik ke Primula Hotel. Baik gila kan?

 Bila masuk bilik hotel, dapat katil double sharing camni, terus sebak hati sebab teringatkan Ica dan ayah. Kita selalu pergi holiday pilih katil camni kan. Tak pun yang king size terus, share 3 orang. Pastu mesti ibu yang susah nak lena sebab takut. Haha.
Ok bilik ni biasa je. Hotel senior kan. So banyak barangan yang dah lusuh. Tapi bilik ni luas dan ada balkoni menghadap pantai.
Ibu kan penakut. Jadi haruslah buka saja pintu connecting ke bilik Firdaus. Kenapa tak duduk je sebilik? Sebab ibu kan tidur berdengkur. Nanti kesian kat Firdaus tak boleh tidur sebab ibu bising! Haha. Lagipun, kita berdua mesti perlukan privasi.

Esok paginya lepas sarapan di hotel, kita terus ke Court. Kenderaan jabatan sedia menunggu dan bawa kami. Maklumlah, boss ibu kan boss semua MM dan HS seluruh Malaya. Ketibaan kami memang sudah ditunggu-tunggu pegawai Mahkamah.

Mengucapkan selamat datang kepada diri sendiri. Ahak!

Maka bermulalah pekerjaan ibu sebagai fotografer tak bertauliah sepanjang lawatan kerja boss ibu ni. Semua pelusuk bangunan boss ni pergi tengok. Dahlah jalan laju macam lipas kudung. Ibu yang gemuk ni terhegeh-hegeh nak mengikut saja ke mana pun boss pergi sambil mencatat sikit-sikit point penting untuk masuk dalam report nanti.

Ini di dalam bilik fail Mahk Rendah. Memang kemas dan bersih. Boss ibu puas hati. Itu yang ambil gambar, sebab impressed sangat. Kiri sekali majistret Hayyi, ibu, boss ibu, pengarah KT dan staf bilik fail.
 Dari pagi sampai petang berjalan kaki ke seluruh kawasan Mahkamah, balik bilik pukul 4.30 tu lega sangat. Barulah dapat tengok apa ada di luar. Pemandangan dari balkoni. Cantik sangat. Redup saja. Berangin. Rasa macam duduk kat kapal pulak. Sambil menikmati hembusan bayu laut yang nyaman. Tapi sayangnya tak larat dah nak jalan menyelusuri pantai ni. Kalau Ica dan ayah ada, kan best.

Malamnya, kami kena ke airport lagi sekali sebab nak menyambut ketibaan HBM yang akan buat lawatan rasmi esok pagi. Lepas itu ada dinner. Ibu dahlah bawa baju cukup-cukup saja untuk kerja 2 hari. Jadi tak ada baju lebih untuk dinner dengan vip. Dahlah baju siang tadi lencun dan kering semula selepas tugasan siang. Bila balik je bilik, terus cuci-cuci sikit part-part yang ala-ala mucuk tu, dan keringkan. Lepas tu gosok. Taklah berbau ke apa. Nanti tak selesa kan. Nasib baik ibu bawa tudung lebih. At least, nampak la lain sikit penampilan siang dan malam. Kan?
Ha camni. Ok kan. Tudung ni baru pakai kali pertama. Beli online kat Instagram ShawlsbyNur. Murah aje, RM30 kalau tak silap. Kalau kat butik ada nama macam AnggunZara, material yang sama harganya RM42 atau lebih mahal. Ibu beli di AZ dulu sebelum beli di IG ni. Ibu suka sebab material sejuk dan tak jarang. Berkilat sikit-sikit, so taklah nampak poyo je. Kan. :)

Masa ini kat lobi, sementara tunggu boss turun, snap dulu gambar dekat penyu belakang tu.
Pakai baju siang tadi, cuma tukar kain je. Pakai kain yang semalam punya (-_-) nasib baik tak mucuk! Ok kan?
 Si Firdaus ni untunglah. Ada masa nak keluar shopping dengan kawannya. Terus dia beli jubah dress batik yang cun gila nih. Jealous mak!

Tengok gambar ni, orang selalu kata ibu macam dia, dia macam ibu sebab saiz kami dan sebab dua-dua pakai spek. Tapi ibu lagi besar sikit daripada dia. Kan.
Haaaaaaa tengok dress Fir ni. Canteks banget tak tahan......... Ibu jeles sangat ni. Dahlah cantik, murah pula tu. Harganya kalau tak silap RM135 je lepas diskaun. Ibu takde masa nak pergi kedai tu. Jadi mampu tengok sambil telan liur jelah.

Bila kita tiba di airport, kita menunggu di bilik menunggu VVIP ni. Biliknya besar dan gah. Macam istana. Katanya, bilik VVIP ni memang digunakan untuk semua VVIP yang turun ke sini. Untunglah...
Sebab ibu bukan vip, maka agak jakun di situ. Bunga-bunga perhiasan semua cantik-cantik. Siap ada maid yang stand-by di situ untuk kemaskan balik tempat ni lepas kita semua berlalu. Sempatlah posing sekupang dua. Tajaan Firdaus yang suka snap gambar.
Fir dan ibu. Ada persamaan? Fir nye lesung pipit tu mengingatkan ibu pada Cik A di KL.
 HBM pun dah tiba. Begnya pun SO dia dah ambil. Jadi kita semua mengiringi beliau dan isteri, juga Dato Hakim Mahk Tinggi KT bersama isteri untuk dinner kita. Ibu lapa gila masa ni. Last makan masa lunch pukul 2 petang. Masa ini dah pukul 9 malam. Duhh...

Menyertai rombongan VIP ni gi makan dulu kat sini. Namanya pun CHILADA, macam cili campur lada, hah rasakan kepedasannya! Hahahaha, tapi makanan kat sini memang pedas meletop dan best!
Hoi dah habis makan baru teringat nak bergambar???? Apa nak buat, dah lapar sangat... Burp!!! Kenyangnya, Alhamdulillah....

Lepas je makan, balik bilik, terus dush! Tidur lah. Esok kerja lagi.

Esok paginya bangun lewat sikit pukul 8 pagi sebab kena tunggu kat Court pukul 10. Lawatan HBM tu dilewatkan ke pukul 10.30 pagi.
Sambil menunggu ketibaan HBM, semua berkumpul di lobi. Jadi sempatlah bergambar dengan Firdaus dan Puan Wan, Hakim Sesyen sini.

Dah alang-alang selfie, biarlah dengan bosses sekali. Kiri sekali Dato' Hakim MT, Puan Wan, Firdaus, Naim Majistret, PKP, Ibu, Bos ibu, Bos Fir. Lengkap. 

Abaikan mata semua orang yang tak sharp tengok tengah. Sebabnya? Mula-mula nak bergambar dengan Naim dan PKP tu, tapi bosses pun nak ikut sekali. Pastu semua nak suruh pakai hp masing-masing. Nah. Mata pun ke hulu ke hilir nak tengok kamera mana satu yang snap. Haha.
Bila HBM dah sampai, dan dah pun bergambar di tangga lobi dengan semua pegawai dan kakitangan, maka acara seterusnya ialah menanam pokok sebagai simbolik kepada lawatan kerja ni.
 HBM tengah korek tanah. Hayyi tengok je. Eh sapa bos sebenarnya? Hahaha.
Selesai lawatan HBM ke seluruh court, to which ibu tak la ikut sepanjang masa sebab nanti tak larat dan berpeluh-peluh kan. Baik ibu duduk diam kat bawah aircond, hahahaha...., lepas itu barulah semua pegawai masuk ke bilik mesyuarat. Masa mesyuarat, pegawai court buat pembentangan statistik masing-masing dan HBM memberikan sepatah dua komennya.

Sesi lawatan berakhir sepenuhnya pukul 1 petang. Lepas itu semua pegawai kena ikut jamuan lunch di Hotel. VVIP dah tentulah ada pengiring outrider yang laju gila tu. Jadi walaupun peak-hour dan jalan agak jem sebab orang keluar lunch, ambil anak sekolah, etc, kita yang mengikut rombongan VIP ni tiba ke hotel dalam 5-10 minit saja. Lunch ni dibuat di level 12.
 View pantai dari level 12 memang mengasyikkan.... Tapi apa nak buat. Tak sempat nak ke bawah tu.

 VIP dah start makan kami yang non-VIP ni kenalah tunggu semua pegawai yang lain. Takkan nak jalan dulu. Bila semua pegawai dah tiba, barulah kita ambil tempat.
Menunya. Memang best lah, sebab ada keropok cicah sos yang sedap tu, pastu ada kerabu mangga, sup daging, ayam goreng, bla bla bla etc etc... Tapi ibu tak khusyuk sangat makan. Dahlah ikut protokol bagai. Habis je makan, ibu terus turun ke level 7, sebab nak kemas beg, nak solat dan nak check-out. Susah juga tumpang kereta jabatan ni sebab nak kena ikut planning boss.

Belah petangnya pula, kita semua mengiringi HBM untuk short-seminar di UNISZA. Jarak dari hotel ke UNISZA ni boleh tahan jauhnya dan banyak gila traffic light. Majlisnya pukul 3, tapi HBM selamba je bertolak pukul 2.45. Nasiblah ada outrider yang laju tu. Jadi, sharp pukul 3 tiba ke sini. Pening kepala duduk dalam kereta waja yang dipandu laju macam nak tercabut tayar gayanya. Maklumlah, semalam seharian naik Honda City black tinted rasa cam VIP pulak. Nyaman je walaupun dibawa laju. Hari ini naik Waja je. Faham-fahamlah kalau kereta nasional ni. Bukan nak mengata, tapi dah memang kenyataan. Hahaha.

Dalam short-seminar ni HBM membacakan ucapannya bertajuk "The Judges' Expectation of Lawyers" untuk para students dan pensyarah.
Selesai sesi ucapan, sesi bagi buah tangan pulak. Ingatkan apa. Rupanya keropok kering. Memang Terengganu lah ya. Yang terima buah tangan tu MC yang memperkenalkan HBM. Yang perempuan tu mungkin urusetia a.k.a pensyarah fakulti.

Selesai acara dalam pukul 5 petang. Ada jamuan ringan tapi ibu tak selera dah nak makan apa-apa sebab cuak nak balik KL malam ni dengan bosses sebab Firdaus extend sampai esok paginya.

Plannya bosses lepas hantar HBM ke hotel baru ke airport. Tapi kitorang naik kereta asing-asing. Ibu naik dengan yang bukan bosses. Tapi Alhamdulillah sempat singgah kedai keropok, beli sikit yang leko dan kering untuk buah tangan. Lepas tu terus ke airport.

Sementara boss ibu dan PMT dok berborak dengan MC tadi, ibu jalan-jalan dan tengok-tengok apa yang menarik untuk dijadikan cenderamata untuk Ica. Tapi kat airport ni takde apa yang menarik pun. Lama pulak tu nak tunggu flight pukul 9.10malam. Tapi akhirnya masa yang ditunggu pun tiba.
Dah check-in sorang-sorang, lepas tu baru boss call tanya ibu kat mana sebab diorang dah masuk pintu nak berlepas. Aiseh.
Dalam flight pun duduk sorang-sorang kat ekonomi. Bosses duduk kat business. Last tu baru ada passanger duduk sini dengan ibu.
Godek-godek tv kecik ni. Teringat masa dalam perjalanan ke Madinah bulan Januari masa kita Umrah tu. Tapi yang itu 12 jam dalam flight, memang puas tengok tv. Yang ini tak sampai sejam. Earphone pun dia tak bagi.
Tapi ibu belasah aje nonton movie ni. Tak kisahlah walau sekejap.
Gila seronok bila dah sampai KL. Masa lalu atas KLCC dengan KL Tower tu, rasa cam nak terjun bawah je sebab dah dekat ngan rumah. Tapi lepas tu jadi jauh balik sebab kita turun KLIA kan. Uhuk.
Nak ke tempat luggage bukan main jauh. Nak tunggu beg pun lama. Pukul 10.40 baru dapat beg. Letih gila. Masa ini bosses dah selamat meneruskan perjalanan masing-masing. Yang PMT naik ERL. Yang boss ibu, ada driver jabatan ambil dia. Yang ibu ni, tunggu ayah sebab petang tadinya ayah dan Ica hantar nenek nak ke Mekah. So ayah tunggu sekali.
Wajah yang ibu rindu sangat!!!

Dan si gebu yang nyombong sangat....
Dan ini jelah buah tangan yang sempat dibeli.... Alhamdulillah....... Terima kasih untuk pengalaman ini.

No comments: