Bismillah...
Dalam pada ibu tak nak membiasakan Ica jadi fanatik dengan brand, tiba-tiba ibu pulak yang melebih-lebih belikan Ica pakaian dan mainan yang bersangkutan dengan Frozen. Adeh... Maaflah. Tak sengaja. Sebabnya, ibu sendiri yang minat. Hahah...
Inilah yang menjadi permulaannya... Anak patung Anna dan Elsa. Ini kita beli di gerai depan AEON Big Wangsa Maju. Harganya masih mahal masa tu. RM40 tak boleh kurang langsung!
Mulanya memangla ibu tak nak beli. Membazir dan tak cantik. Tapi masa itu nak jumpa patung ni kat tempat lain memang susah. Kalau nak beli, kena beli online. Dahlah Ica asyik tengok youtube budak-budak mat salleh main anak patung Frozen, terus minta juga. Aduhai. Kesian pulak. Jadi, ibu pun belilah...
Masa malam raya puasa, kebetulan nak cari kuih raya murah-murah dan nak cari baju raya instant Ica, yang boleh senada dengan baju ayah dan ibu. Tapi tak jumpa yang berkenan di hati. Terserempak dengan baju ala-ala baju Elsa ni pulak. Material lace dan kain pelapik belah dalam tu sedap. Taklah murahan. Jadi, walaupun RM45 tak boleh kurang langsung, ibu layankan jugak. Rupanya, tak jauh daripada stall kedekut ni, ada baaaaaanyak stalls lain yang jual baju begini. Tapi harganya sama saja, taklah murah. Cuma lagi banyak pilihanlah. Adeh. Tak la menyesal tapi adalah sikit ralat sebab tak bersabar.
Esok harinya Ica terus cuba dress Elsa ni, dan minta digambar dengan patung Elsa. Bajet comel lah agaknya buat gaya begini.
Sekarang, masa dah berlalu lama sejak itu. Ibu pun dah tak ingat sangat pasal tema Frozen, sebabnya kalau kita ke uptown tu, walaupun melambat dress Elsa ada dijual, tapi susah betul nak jumpa saiz yang sesuai dengan Ica. Mesti ketat di perut dan muat-muat saja dilengan. Tapi ada ketikanya, ibu terbeli jugalah sebab teringatkan Ica. Iyelah. Beli je untuk kenangan. Sebab DVD Frozen dah lama rosak.
Yang ini agak terbaru, beli di pasar depan Masjid Besi Putrajaya. Ibu baru tahu kat situ ada pasar tengahari sempena solat Jumaat. Tapi saiz besar takde. Ini je yang paling besar. Takpelah. Asalkan ada. Ica suka sangat pula tu. Pakai dengan skirt tutu yang dah lama takde pasangannya.
Masa ini temankan ibu ke UiTM, ambil jubah konvo. Siap bergaya di atas pentas. Tak tahu kenapa confident sangat.
Sempat berangan menjadi permaisuri sebab duduk di atas singgahsana kuning keemasan. Baju ni buat Ica rasa comel kot?
Tak lama sebelum tu, ayah belikan Ica baju tidur sepasang, tema Elsa.
Beli di pasar malam juga, tak murah pun kalau nak dibandingkan dengan materialnya yang agak panas. Tapi Ica suka. Peniaga pun ambik kesempatan jual mahal sementara ada sales.
Yang ini, gaun nipis kain nylon. Antara yang terawal dalam koleksi Ica. Dah beberapa kali pakai ke sekolah walaupun ibu tak bagi. Bukan apa. Kainnya agak singkat. Nanti tersingkap masa duduk. Yelah, walaupun pakai seluar katok di dalam, tapi nampak juga peha yang besar tu. Malu lah.
Ini koleksi selain pakaian. Bekas pensel. Di dalamnya juga set pensil-pemadam-pembaris-sharpener bertemakan Frozen. Wallet pun sama.
Bekas isi duit raya ni sepupu yang bagi. Isinya RM2, tapi disimpan elok sampai sekarang. Sayang bekas lagi daripada duitnya.
Dalam wallet ni ada duit seringgit-seringgit dan sepuluh ringgit beberapa keping yang Ica ambil daripada dompet ibu dan kutip yang kat atas tv. Ayah punya lah tu. Lepas tu Ica bawa ke sekolah. Balik tu siaplah kena bebel dengan ibu.... Kalau tak menunjuk-nunjuk tak boleh ke? Haduih...
Ini antara baju t yang agak mahal sebab kainnya cotton sejuk dan beli di Jusco. Kalau beli kat Jusco tu, kena ada temanya, memang tak murah lah. Cuma, kalau beli pakaian yang agak mahal ni, warnanya tahan lama sikit.
Baju-t ni bentuk macam baju kaftan tapi pendek. Warnanya dah memang baby blue macam tu, so baru pakai dua kali dah nampak lusuh. Tapi kainnya sejuk.
Ica pakai ni masa pengurusan jenazah arwah Tok Jahurak dalam bulan September tu. Pakai daripada tengahari panas terik sampai ke petang, Alhamdulillah rashes tak keluar banyak sebab kain serap peluh dan lehernya luas, so kena angin. Bila Ica mula berpeluh, ibu sapukan air. Jadi air kena angin, sejukkan badan.
Satu lagi dress yang sama, memang beli di tempat yang sama, pada masa yang sama. Tapi khas untuk majlis hari jadi Ica di tadika. Dress ni jenis labuh dan lengan panjang. Sengaja beli yang begini supaya tahan lama. Beli terus saiz paling besar. Jadi bila Ica dah masuk sekolah nanti, masih boleh pakai masa kelas tahfiz. Taklah panas dan sesuai dengan tudung sekali. Alhamdulillah.
Ini baru beli di pasar siang depan masjid juga. RM18 dan saiz paling besar. Tapi bila kat rumah Ica try, mak aih sendat macam nangka kena bungkus atas pokok. Tapi Ica tetap nakkannya juga. Oklah.
Untuk tak menghampakan Ica, ibu tempahkan juga kesk Elsa-Ana ni untuk harijadi Ica di tadika. Siap dengan gambar dan patung lagi. Pelik-pelik aje sekarang ni. Patung kek tu dah merata orang jual online. Ayah beli kat kedai kek je. Lagi murah dan berbaloi.
Lepas ni tak tahulah apa lagi. Ica minta beg dan selipar Elsa-Ana. Ibu belum tunaikan lagi. Sebab seliparnya jenis getah yang tak berapa bagus. Nanti kaki terluka kalau pakai lama. Beg pula mahal sangat. Padahal jual di pasar je. Kalau yang di supermarket, mesti lagi mahal. Nantilah ya.
1 comment:
tudung frozen pun ada kak..sy beli kat pkns bangi..n smalam br beli bantal frozen hehe murah je beli kat uptown..dah anak2 suka ibunya pun layankan aje
Post a Comment