Dec 23, 2014

Pertama kali balik lambat

Bismillah..

Hari ini pertama kali ibu balik rumah lewat. Haha macam pecah rekod kiranya. Mesti disimpan dalam kenangan ni. Bukan apa. Sejak bekerja semula Ogos lepas, dah 4 bulan lah ibu berkejaran melawan masa. Bila pukul 4.50 je dah panas punggung nak balik. Kalau pukul 4.45 tetiba bos panggil, masya allah, memang rasa nak memberontak dibuatnya. Selalunya ibu minta excuse lah. Kadang-kadang bos faham dan benarkan ibu balik walaupun tengah ada discussion. Tapi sesekali tu bos pun buat tak reti je.

Paling lewat, pukul 5.20. Itu dah cukup menyiksa batin. Bukan apa. Tak kejar apa pun selain nak lepasi jem Mahameru yang menghala ke Bulatan Pahang tu. Kalau lambat keluar pejabat, maknanya lambat la sampai ke Setapak Indah. Kalau lambat sampai, maknanya lambatlah ambil Ica daripada Taska. Nanti muka Ica muncung aje sebab kawan-kawan semua dah balik. 

Cuti sekolah ni, Ica duduk rumah sorang-sorang untuk 4-5 jam lepas ayah keluar kerja, sementara tunggu ibu balik. Jadi kalau ibu keluar tepat pukul 5, akan sampai rumah dalam 6.30, contohnya Ayah keluar kerja pukul 2. Jadi, Ica duduk sorang-sorang dalam 4 jam lebih je. Kalau ibu keluar kerja lewat, lagi lambat ibu sampai rumah, lagi lama Ica kena duduk sorang-sorang. Kalau dah malam, kesian pulak. Kita pun risaukan keselamatan Ica. Tapi Alhamdulillah so far Ica memang berdikari.

Kenapa tak hantar je rumah nenek? Pertama, tak mahulah menyusahkan orang tua tu. Dahlah dulu jaga ayahnya, dah tua-tua ni jaga Ica pulak? Kalau sesekali dan memang perlu hantar kat nenek, barulah ibu suruh ayah hantar. Keduanya, sebab kalau Ica kat rumah nenek, ibu nak kena lalu jalan lagi jem nak masuk ke dalam Ayer Panas tu. Lepas tu nak parking susah, dan ibu rasa letih sangat nak naik flet, pastu turun balik. Takkanlah nak naik ambik Ica dan lepas tu terus blah camtu aje kan. Kenalah duduk-duduk dulu. Itu yang buatkan letih. Sampai rumah dah lewat malam. Letihnya...

Tapi hari ini, ayah tak kerja sebab van rosak. Jadi, lepas mesyuarat yang habis pukul 5.35 tadi, ibu balik bilik dan buat kerja dulu. Baca dan balas email. Telefon orang-orang tertentu untuk settle kerja-kerja tertentu. Pukul 6 lebih baru gerak keluar.
Ha kan pertama kali keluar 6.06 tu. Selalunya pukul 5 je ibu dah punch-out. Yang pukul 5 tepat tu, mesti ibu dapat bila ibu tercegat depan mesin punch kad ni. Hahah. Ibu sorang aje pulak tu. Staf-staf yang duduk dekat dengan mesin punch kad tu sengih-sengih je tengok ibu terpacak depan mesin punch kad pukul 4.57.

Masa kat KL dulu, paling lewat ibu balik, pukul 5.15. Itupun kena balik cepat sebab ofis dah kosong. Staf semua dah balik. Berani duduk sorang? Lagipun kerja tak begitu urgent sampai tak boleh tunggu esok hari. Kalau nak kira yang beratur depan mesin punch-out dulu, semuanya beratur kat situ, tak kira staf, mahupun pegawai. Sama taraf aje. Semua nak cepat. Bezanya, kat KL tak pakai kad lagi dah. Diorang dah guna fingerprints. Moden la sikit mak jah wehhh!!! haha..

Ok kita lupakan bab ketinggalan sikit sistem punch kad kat 'istana' ni, pasal banyak lagi benda lain yang tak boleh nak dibuat perbandingan dengan KL. Stafnya, kelengkapan pejabatnya, kerjanya, orangnya, style & fesyennya. Semua tak sama.

Cakap pasal balik lewat ni, walaupun ibu rasa keluar pejabat pukul 6.06 tu dah kira lewat, tapi staf -staf masih ramai yang belum balik. Masih sakan bekerja macam 'tiada esok bagimu'. Sesekali gelak-gelak menghilang bosan mengadap kerja. Macam baru pukul 2.30 petang layaknya. Bilik-bilik pegawai pun masih banyak yang terang. Telefon masih berdering, kalaupun tak bersahutan. Mesin fax masih berbunyi dan printer masih ada yang gigih mencetak. Pukul 6.06 di Putrajaya langsung tak sama dengan pukul 6 di KL. 

Kali akhir ibu balik lambat ialah masa pertengahan tahun 2009 dulu, masa 'tracking system' diperkenalkan oleh KHN yang lama. Masa itu ibu jaga 'A-Track' yang kena buat profile 10-12 fail sehari dan kena sediakan 2-3 hari punya fail 'in advance'. Menangis nak siapkan profile. Hari-hari datang sebelum matahari naik, pukul 7 dah mula kerja. Tak sempat sarapan, pukul 8.30 buat 'case management' sampai pukul 11 atau 12, lepas lunch sambung profile sampai pukul 5. Orang lain yang bukan 'A-Track' boleh balik pukul 5 lalalala babai-babai, ibu masih tekan keyboard laptop untuk siapkan kerja sampai pukul 6 atau 7. Lepas tu baru boleh lega hati dan balik. Masa tu, matahari pun dah terbenam. Tak jumpa cahaya terik, putih melepaklah ibu. Hahah.

Tapi perasaan ibu masa itu tak sama macam petang tadi. Masa itu ibu sedih dan buat kerja tu dalam keadaan terpaksa. Tapi petang tadi, ibu tak sedih pun, malah seronok dapat siapkan sebahagian besar kerja yang belum selesai. Tambah seronok sebab ramai lagi orang yang ada kerja yang tak sudah dan rajin nak siapkan kerja masing-masing termasuk staf-staf. Padahal kerja ibu sekarang ni bukan ada KPI pun. Takde dalam fail meja pun. Semuanya buat ikut keperluan semasa dan ikut apa yang bos suruh. Otak pun tak penat. Balik rumah boleh berjaga sampai lewat. Tengok tv. Berbual. Kalau yang dulu tu, otak penat, hati sedih, balik rumah terus 'capek banget sih'. Tak larat dah nak buat apa pun. Tidur daripada pukul 9 mlm sampai pukul 6.30 pagi pun rasa macam tak cukup-cukup.

Kalau ibu keluar pejabat pukul 5 belum tentu sampai rumah pukul 6 sebab jem yang tak menentu, apatah lagi kalau keluar pejabat pukul 6 lebih. Dah tentu sampai rumah selepas pukul 7. Petang tadi, ibu sampai rumah pukul 7.30. Itupun jem biasa-biasa saja walaupun hujan dan banyak kereta.

Memang terfikir nak pindah ke Putrajaya. Nantilah bila ibu boleh apply sekolah Ica di SRIAA Bangi, kita cuba pindah sana. Sekarang ni kena berkorban sikit. Minta Allah jadikan ibu istiqamah dalam kesabaran ni. Ada kawan-kawan yang baik, rakan kerja yang baik, kerja yang baik dan bos yang boleh dibawa berbincang ni, jadikan kesusahan ibu seimbang dengan keseronokannya. Alhamdulillah.

No comments: