Susah kan nak lepaskan anak kita pegi jalan-jalan? Ini bukan pergi rombongan sekolah ke bercuti kat kampung ke apa. Pegi rumah makcik dia je. Tak jauh pun dari rumah kita, dalam 10-15km aje. Kat Kondo Dato Senu :)
Cuti sekolah masih berbaki 3 minggu. Persediaan sekolah rendah tahun depan dah selesai. Alhamdulillah. Baju & kasut sekolah dah beli di Butik Pakaian Muslimah Al Nur di Jalan Gombak.
Baju-baju semua dah siap basuh dan dah angkat pun. Tinggal nak gosok saja. Tunggu nanti masa yang sesuai, iaitu masa ibu rajin. Baju biru sebab Sek Ren Islam Al-Amin ni memang bajunya warna biru berkasut dan setokin hitam.
Tinggal nak alter baju sekolah Ica sepasang yang beli di Sungai Besar haritu, terbesar. Ini ayah kata nak hantar kat nenek aje. Insyaallah.
Plan nak masukkan Ica ke kelas Tahfiz AlHifz kat Keramat tu ibu batalkan saja. Pertama sebab ibu tak puas hati kenapa Ica kena ulang Iqra' 3 sedangkan Ica dah boleh membaca. Kedua, ustaz pun dah 'sound' ayah, kalau nak cepat mengaji Al-Quran, situ bukan tempatnya, sebab situ khas untuk menghafaz saja (-_-) jadi, takpelah. Biar ibu saja yang ajar Ica mengaji Al-Quran. Mudah-mudahan adalah kesempatannya (-_-) Insyaallah..
Baju-baju semua dah siap basuh dan dah angkat pun. Tinggal nak gosok saja. Tunggu nanti masa yang sesuai, iaitu masa ibu rajin. Baju biru sebab Sek Ren Islam Al-Amin ni memang bajunya warna biru berkasut dan setokin hitam.
Tinggal nak alter baju sekolah Ica sepasang yang beli di Sungai Besar haritu, terbesar. Ini ayah kata nak hantar kat nenek aje. Insyaallah.
Plan nak masukkan Ica ke kelas Tahfiz AlHifz kat Keramat tu ibu batalkan saja. Pertama sebab ibu tak puas hati kenapa Ica kena ulang Iqra' 3 sedangkan Ica dah boleh membaca. Kedua, ustaz pun dah 'sound' ayah, kalau nak cepat mengaji Al-Quran, situ bukan tempatnya, sebab situ khas untuk menghafaz saja (-_-) jadi, takpelah. Biar ibu saja yang ajar Ica mengaji Al-Quran. Mudah-mudahan adalah kesempatannya (-_-) Insyaallah..
Jadi, Ica takde aktiviti tertentu pun masa kat rumah untuk habiskan yang 3 minggu ni. Nak balik kampung, takde kampung. Nak duduk rumah nenek, dah boring. Nak pegi rumah embah, embah pun datang KL. Haha. Balik-balik main skuter hadiah daripada tadika ni. Atau main palstercine ala-ala PlayDoh yang tadika bagi juga. Ini tiada perkembangan minda namanya. Hahaha.
| Skuter pink ni sempena Ica periksa dapat no. 1 untuk kelas dia haritu. Untunglah. Impian yg jadi kenyataan. Jimat ibu takyah beli. Haha. |
| Mainan Burger-Maker yang ala-ala PlayDoh ni pun tadika bagi juga. Semua murid dapat. |
| Ica main benda ni tiap kali celik mata. Ini katanya roti dengan krim. |
| Ini lollipop. |
Aktiviti lain ialah bersantai dengan Noneng. Suka sangatlah Noneng gonjeng tu dibelai-belai macam ni.
| Noneng dengan Ica. |
Aktiviti melukis dan mewarna kat kertas A4 pun dah jemu. Haritu, ayah rajin melayan Ica naik bot kayuh di Taman Tasik Titiwangsa.
Selain itu, naik kudalah. Seperti yang dijanjikan. Ica naik kuda ni berbelas round sampai sendiri rasa bosan. Semua kaler kuda Ica dah naik.
Ini yang paling Ica suka. Warna putih tompok cokelat. Ini Ica naik sampai 2 kali.
Yang ni coklat gelap tompok putih.
Coklat gelap ni pun naik sekali aje.
Ok babai taman kuda. Ica nak balik nie, dah jemu naik kuda dan naik bot. Mungkin takkan datang lagi untuk beberapa lama sebab dah jemu. Hahaha...
Haritu ayah bawak Ica jalan-jalan jumpa kawan dan ada pitstops kat tepi pokok bunga raya. Pertama kali Ica tengok bunga raya yang sebenar. Dulu masa kat Cameron Highlands, besar-besar sampai takut nak pegang. Kali ini, boleh pegang sampai layu.
Ini tersesat satu gambar masa kita nak gi makan di Chicken Rice Shop kat KLFC. Wefie bertiga. Mata tu masing-masing tah ke mana-mana syok sendiri :D
Yang tak tahan bila budak buat memek muka sampai terlajak hodoh macam nih! Isk Isk Isk (-_-)
Berbalik kepada aktiviti holiday solo, akhirnya ibu yang berat hati ni benarkan juga Ica ikut embah ke rumah Wak Laila untuk 2-3 hari sebab Wak Laila masih cuti sekolah, dan abang Suhaib pun cuti semester.
Bukan main seronok Ica nak pergi, packing baju sendiri, penuh satu beg sekolah tu sendat dan berat (-_-) Nak pergi cuti macam nak lari dari rumah kaedahnya! (-_-) ibu di pejabat masa Wak Laila ambil Ica dan embah di rumah. Jadi, ibu asyik call Ica. Dah sedia ke. Dah makan ke. Wak dah sampai ke. Ica bukan main semangat nak pergi, sampai tak sabar-sabar nak letak telefon bila ibu call. "Ok bai." padahal ibu belum habis cakap lagi (-_-) sabar je lah.
Seperti yang diduga, kalau kat kondo Sentul ni, Ica mesti nak mandi pool puas-puas. Wak Laila la yang rajin melayan.
Bukannya berenang pun. Cuma masuk dalam pool dan jalan sana sini konon macam berenang. Hahaha. Wak Laila kata, sampai cramp jugalah kakinya dok temankan Ica berendam dalam air tu.
Puas main air, naik buaian pula. Elok pula taman permainan ni waktu terik pagi, dia terlindung dengan bangunan yang tinggi. Jadi nyaman lah. Penat main, masuk dalam air balik. Dah macam badak air je bunyinya (-_-) Bila ibu call, Ica reluctant sangat nak cakap dengan ibu sebab tak nak ibu datang ambik dia.
Sekurang-kurangnya kalau di rumah Wak Laila tu, Ica tak tinggal solat dan mengaji sebab Wak memang menitikberatkan dua perkara tu. Taklah ibu ralat sangat. Cuma, ibu risaukan makan minum Ica aje sebab Ica makannya memilih. Tapi, pandai-pandailah Wak nak jaga Ica. Sementara tu, ibu lah rindukan Ica...sobs! :-)
No comments:
Post a Comment