Jan 16, 2015

Ica suka sekolahnya.

Bismillah..

Hari ni Jumaat. Alhamdulillah hari kelima Ica sekolah tahun 1. Walaupun belum mulakan silibus, tapi Ica cukup seronok dengan jadual sekolah. Semalam, dalam kereta masa nak balik ke rumah, ibu kata "Yey! Seronoknya, esok Jumaat, Ica last day sekolah minggu ni!", tapi Ica terpinga-pinga. "Kenapa suka sangat ni ibu?" soalnya. Ibu kata "Memanglah seronok, sebab Sabtu Ica cuti sekolah..." Ibu tengok muka Ica tak puas hati. "Kenapa kalau tak sekolah, seronok?" Aik, tanya pulak? "Kenapa? Ica tak seronok nak cuti ke?" Jawab ibu balik. "Yela. Ica suka nak belaja..." 

Alamak. Anakku suka belajar... Sobs! (ibu terharu dalam hati).

"Sebenarnya, ibu seronok kalau hari cuti sebab Ica tak payah bangun pagi-pagi bersiap nak ke sekolah. Lepas solat subuh boleh tidur balik. Boleh rehat-rehat kat rumah...." Haih, kena la pulak ibu menjelaskan mengapa ibu suka sangat nak hari Jumaat. (-_-) Ibu pun tak ingat la, masa kecil ibu dulu, ibu suka ke tidak dengan hujung minggu dan cuti sekolah. Rasanya, suka kot. Hahaha...

Berbalik pada Ica, sekolah dan transit tuisyen masih menjadi sesuatu yang seronok. 
"Dulu masa kat taska Khadijah tu, budak-budak selalu panggil Ica gemok. Ica tak suka."
Eh ye ke? Ini maklumat baru ni :-D
"Iya... Ada budak tu, nama dia Raiyyan, dia panggil Ica camni - Heh, tepilah budak gemuk!. Ha lepas tu dia tolak Ica kat tepi. Kadang-kadang dia saja je panggil Ica - budak gemuk, budak gemuk, budak gemuk! (Mengejek la tu agaknya) sampai Ica pun sedih..."
Oh kesiannya anak ibu... 

"Kat Al-Amin, takde pun budak panggil Ica gemuk. Semuanya baik-baik. Tapi Huda, kawan Ica tu, tadi dia cakap - ei tembamnya Ica nih- hik hik hik!"

Ibu kata, lain kali kalau ada budak ejek Ica gemuk ke, tembam ke, cakap balik kat dia, bukan tembam lah...tapi comel....

Ica : Tapi, kalau diorang tanya, siapa yang kata awak comel?
Ibu : Cakaplah, emak saya yang kata.
Ica : Kalau dia kata emak awak bukan orang kat sini?
Ibu : Tak kisahlah. Janji mak saya kata comel, awak peduli apa?
Ica : Oohhh..

Ibu pun kadangkala tak faham dengan sesetengah ibu bapa yang pandang ringan bab-bab perkataan yang digunakan anak-anak diorang. Mungkin kata-kata mengejek dan merendah-rendahkan orang lain tu, dianggap perkara remeh atau biasa-biasa saja pada mereka. Kalau tak kena kat diri sendiri memang macam tu lah selamanya. Cuba kalau dah kena. Ha barulah terasa sakit hati. Selalunya perkataan yang digunakan ibu bapa tu lah yang akan digunakan oleh anak-anak. Tapi ibu bapa tak perasan atau tak sensitif. Sesetengahnya, buat tak faham dan malas ambil port.

Ibu sebenarnya tak tahu macam mana nak pujuk Ica, sebab ibu pun selalu terluka dengan sikap kawan-kawan yang kasar dan cakap lepas. Tapi ibu doa, mudah-mudahan Ica dapat kawan-kawan yang solehah (baik), jaga adab, baik dalam perbuatan dan percakapan, dengar kata cikgu dan ustaz, rajin belajar dan pandai jaga hati orang lain. Ameen... Kita kena terima hakikat, hidup di dunia ni ada macam-macam karenah dan perangai manusia. Cuma pilihan tu di tangan kita. Sama ada nak yang baik atau yang kurang baik.

Dah 2 hari ibu ambil Ica selepas balik dari pejabat. Ibu seronok sebab tak perlu lalu Highway Mahameru yang sesak dan jem tu lagi. Sekarang ni, ibu ikut Tun Razak. Sebelum jem padat di depan Perpustakaan Negara tu, ibu dah masuk ke kiri ke AKLEH dan terus susur ke Jelatek. Perjalanan lebih cepat sebab pukul 5.45 ibu dah sampai depan sekolah Ica. Alhamdulillah....

 Kat Jln Tun Razak ni, ada beberapa tempat yang jemnya agak kronik, terutamanya bila hujan. Aduih macam tak sanggup nak lalu. Tapi kalau tak hujan, jemnya tak lama sangat. Ini sebab ada susur ke Cheras/Pandan. Satu lagi sebab ada susur ke Yap Kwan Seng. Memang jem padatlah.
Ada 2 lorong bawah tanah sepanjang jalan ni. Eh, ke ada 3? Entahlah lupa pulak nak kira hahaha..

Tapi bila dah lepas susur-susur jem tadi, terus ke depan Celcom tu, tak berapa jem, hinggalah jumpa susur ke kiri ke AKLEH. Jadi tak perlu tempuh jem lama dan panjang di depan Perpustakaan Negara tu untuk ke bulatan Pahang.
 AKLEH ni memang jadi jalan alternatif yang sangat bagus untuk ke Jelatek walaupun kena bayar tol RM1.50 dan kereta banyak (dan laju-laju, dan besar-besar) yang berebut nak masuk ke Smart Tagnya, tapi tak beratur lama sangat.
 Bila dah masuk susur Jelatek tu, ada jem sikit kat sini sebab depan tu ada traffic light dan selalunya ada polis yang jaga. Tapi polis selalu benarkan laluan dari AKLEH ni jalan lama sikit sebab laluan ni bertembung dengan laluan daripada Ampang kat bawah tu.
Yang kanan tu, jalan dari Ampang. Pun padat jugak. Kiri tu nak masuk line jugak. 2-3 baris nak masuk ke satu line, nak naik ke Setiawangsa atau Jelatek. Kalau polis tak jaga, mungkin lebih sesak dan bergantung pada tahap kepakaran mencelah. Kalau ada polis ni, lebih lancar lah. Kat sini, polis memang membantu trafik. Bukan macam yang kat Bulatan Pahang tu. Lagi menyebabkan jem ada lah. Hns!
 Tadaaaa... dah pun sampai... Seronok bila dapat sampai sebelum pukul 6. Waktu macam ini, masih banyak tempat parking depan sekolah. Siap boleh pilih nak yang dekat depan pintu pagar atau nak yang atas bukit sikit. Kalau atas bukit tu, senang sikit nak keluar nanti tak payah tersekat kat jem depan pagar sekolah ni.
Jarak perjalanan daripada basement pejabat ibu sampai sini baru 39km. Eh taklah jauh sangat rasanya...hahaha (puas hati ke apa ni?)

Ibu puas hati dapat paring depan pagar sekolah. Tapi yang tak bestnya, tak boleh masuk dalam sekolah. Pak Guard kata, boleh masuk 6.30 aje nanti... Tercongoklah ibu kat dalam kereta ni sambil tunggu setengah jam lagi. Adeh.
 Ini gambar-gambar masa hari kedua tu, masih boleh masuk ke dalam sebelum 6.30 petang. Jadi Ica nampak ibu tengah tunggu kat bawah.
 Bila dah turun semuanya, ha macam inilah. Bertempiaran lari ke sana kemari cari ibu bapa masing-masing. Semuanya lebih kurang sama je. Baju biru, beg pink. Naik berpinar mata ibu cari Ica yang mana satu.
 Ahah! Itu pun dia....
 Berapa banyak budak yang pakai beg pink camni? Tak terkira. Macam hampir kesemuanya kot? Terasa macam nak suruh Ica tukar warna beg lah. Purple ke, hijau pekat ke, kelabu terang ke... Senang sikit nak detect Ica. Haha..

Sebaik jumpa ibu, biasalah, benda pertama yang Ica kata ialah "Ica lapar la..." padahal last makan pukul 3.30 masa rehat kat kantin. Baru 3 jam dah kebulur balik? Jadi ibu bawakan roti dan air mineral. Ica pun melahap dalam kereta sambil berborak dengan ibu. Memang jadi peneman ibu masa tempuh jem seterusnya.
 Kan ada 7 trafic light yang ibu kena lalu untuk sampai ke rumah. Yang depan Desa Tun Husein On ni antara yang terlama... 3-4 kali baru lepas.
 Dan yang di Jalan Tumbuhan ni, bukan sebab traffic light, tapi sebab jalan sempit dan banyak kereta besar-besar nak lalu. Jadi lambat.

Ayah ada juga plan nak suruh Ica naik bas ke rumah. Tengah riki-riki company bas sekolah. Tapi ibu rasa, tak perlu lah. Memanglah kalau jem teruk, ibu mengamuk dan membebel kat ayah. Tapi, bila jumpa Ica, ibu jadi sejuk hati pulak. Jem pun jemlah. Ica dah ada dengan ibu. "Home is where my daughter is" :-)

Dah malam sikit, Wak Husna dan Wak Laila share gambar-gambar yang cikgu-cikgu snap. Sekarang semua cikgu dah tahu Ica ni anak sedara Cikgu Laila dan Cikgu Husna, sepupu Aiman. Jadi tiad hari ada je gambar Ica kat kelas.

 Tengah tahan mengantuk masa dengar ceramah. Dahlah kenyang sangat. Lepas makan tengahari, dengar ceramah pula tu. Buruk gila tahan mengantuk. Nasib baik tak terlelap.
 Muka sememeh aje tu. Kanan Ica namanya Solehah. Kawan baru kenal. Kiri Ica, namanya Alya.
Masa baca doa. Tengok tu, selamba aje buat macam kat rumah. Asal time baca doa je, belek kuku. Masa tu lah nak jumpa kuku terbelah lah, cagu lah, ada kotor-kotor lah, lupa kerat lah (-_-)

Yang paling buat ibu terkejut, hari ke3 tu, Ica kata, makan nasi lemak sampai 4 bungkus! Umangaih! Itu bukan makan pagi namanya. Itu mentekedaghah tembolok burung unta namanya. Haih (-_-) Terus ibu warning, next day jangan makan banyak sangat. Nanti malas belajar. Nanti tak pandai. Kalau tak pandai, ibu malas dah nak hantar ke Sekolah Al-Amin. Ha, baru tahu dia.

Ayah pun segan-segan je gi tanya dengan Ustaz Azlan kat Transit Tuisyen tu, betul ke Ica makan nasi lemak sampai 4 bungkus? Tergelak je ustaz tu. Betullah tu kan. Cuma ustaz tu cover-cover line, Ica makan sambil share dengan kawan-kawan, itu yang sampai 4 bungkus. Ye la tu. Thank you Ustaz sebab bagi anak saya gemuk...(-_-) Tapi Ust Azlan tu memang sweet dan sangat sayang dengan kanak-kanak. Ibu dengar dia bagi nasihat kat murid-murid tahap 2 yang tuisyen haritu pun ibu dah tahu Ust Azlan ni bagus orangnya. Alhamdulillah Ica dalam tangan orang yang baik-baik dan penyayang.

Jadual malam Ica macam mana? Terus tidur ke?

Sampai rumah selalunya maghrib, pukul 7.25 camtu. Masuk dalam rumah, Ica mesti terus buang air dan mandi. Lepas mandi, kita solat maghrib. Oleh sebab ayah dah masak siap-siap, sambil tengok tv, kita makan nasi. Tapi Ica dah tak berapa nak makan la sebab dah kenyang makan roti dalam kereta tadi. Kalau ayah dah balik, kita makan sama-sama kat dapur sambil Ica bercerita pasal sekolah. Tak habis-habis pasal sekolah. Lepas makan, lepak tengok tv sambil Ica akan main PlayDoh, atau anak patung, atau mewarna, atau main tablet. Nak tengok kartun memang susahlah sebab ibu dah pegang remote tv. Lepas solat Isyak, dalam pukul 10 tu, kita masuk tidur. Jadi taklah awal sangat. Alhamdulillah.

Ica seronok ada 2 orang Wak kat sekolah. Wak Laila bawa Ica lepak di bilik guru yang ada aircond sejuk macam kat kutub. Bukan main suka lagi. Waktu rehat, Ica dah pandai beli makanan di kantin. Mulanya Ica beli air bungkus. Lepas tu Ica beli kuih. Ada baki 50sen, dibiarkan aje dalam poket bag. Dia ingat takde nilai kot? Sebab ayah akan bagi Ica RM1 untuk beli apa-apa. Tapi ayah bekalkan juga roti sosej atau roti ikan bilis atau wafel. Cuma Ica tengah suka nak beli kat kantin. Jakun (-_-)

Tiba-tiba Ica tanya ibu. 
Ica : Dah takde ke cikgu-cikgu nak datang rumah kita?
Ibu : Cikgu mana? Bila pulak ada cikgu datang rumah kita?
Ica : Cikgu Wak lah... Kan Wak Laila dengan Wak Husna tu cikgu-cikgu.....
Ibu : Ohh... :-D :-D :-D




No comments: