May 22, 2015

Happiness! :)

Bismillah...

Kalaulah "happiness" tu boleh diukur dengan benda, contohnya satu bahagia sama dengan sebiji bantal, tentu minggu ini adalah paling banyak bantal yang ibu kumpulkan. Silap-silap selori bantal atau mungkin lebih lagi!

Alhamdulillah.

Di setiap tempat yang ibu bekerja (what sentence is this?).

Haritu ibu ada rasa keseorangan walaupun suasana kat sini boleh jadi hingar bingar dengan gelak tawa dan perbualan orang di sekeliling. Sebabnya, Ibu rasa takde kawan nak bersembang. Bergosip (ye, walaupun tak baik). Pergi lunch (at least!). Shopping!

Sebab yang hingar tu orang-orang yang ibu tak dapat nak click-in. (-_-)
Jadi, bila sunyi...terus rasa lonely... kesimpulannya ---> unhappiness. Ibu terfikir, kalau ada kawan-kawan yang sudi temankan ibu bila boring-boring, tentu tak susah menjemput happiness. Betul kan?

Oh ada la sekali dua kawan ibu dari JAKIM yang baik sangat tu, datang bawak ibu lunch dan lepas tu shopping! walaupun bukan di hari Jumaat. Sekejap sangat, tapi sangat menggembirakan! Bila gembiran, ia terasa seolah-olah bahagia sedang memercik di mana-mana (wah!) Alhamdulillah...
Happy nyaaaaa.... bukan sebab dapat makan percuma nasi ayam di Paparich Ayer@8. Bukan juga sebab dapat shopping shawl di Butik NurHannah dekat-dekat situ... Lebih daripada tu, terasa disayangi sebab ada orang nak teman kita pergi lunch :'-) yeah despite semua orang busy termasuk si dia ni :-)

Haritu kakak ni bawa ibu makan di Warisan. Walaupun nasi ayam je (tapi sangat sedap okay) bukan lauk buffet atau ABC meletops kebabom! tapi sebab excited sangat, ibu sampai tak boleh lupa pun perasaannya. It's happiness. Indeed..

Well.

Kat bilik pejabat ni, ada jiran yang juga lonely. Tapi they chose not to hang around with me. Maybe sebab kita tak senegeri? Tak sewarna kulit? Tak setanding gaya percakapan orang puteh? Tak sepangkat? Tak sehebat buat research macam diorang?

Kadangkala perasaan tidak dihiraukan ni sangat menguji ketahanan jiwa. Rasa cam nak bakar je bilik orang-orang tu! Apsal berlagak sangat nie? Biasa dia.

Dulu ada Jijah &Fizah. They are kind people. Very kind and caring. They never judge. They dont isolate anyone. In every friendship, we have to have something in common to make the friendship goes on. Between us three, we don't have anything mutual, except both of them don't like gossip and never enjoyed talking about others. Ibu je yang kadang tu tak tahan nak bergosip. Hahaha...

Sekarang mereka dah pergi ke destinasi yang Allah tentukan. Lebih baik dari dulu. Alhamdulillah, I m discreetly happy for them. Tapi sejak mereka takde (mereka? skema tiru cam ayah) kekosongan tu takde pengisian kawan baru.. hence, ada sedih sikit :'-(

Bila kita tak gembira, kita akan rasa hidup ni tak bahagia. Balik rumah rasa penat gila dan monyok. Nak buat apa pun tak bermaya. Nak masak? Kirim salam saja. Lipat kain hari Ahad pun tak buat. Melambak-lambak kain baju dalam bakul. Selsema dan batuk pun tak baik-baik. Kenapa lah? Hati bertanya.

Kalau Ica pula, kebahagiaan bagi Ica ialah dapat shopping baju baru dan beli mainan yang disukai. Lepas dah jemu, jadikannya sampah. Bersepah-sepah! :-( Ketidak bahagiaan pula ialah bila kena marah dengan ayah/ibu. Eh standard lah tu kan.

Ada satu kegembiraan Ica yang ibu rasa ada kena mengena dengan namanya. Arissa = bermakna, dermawan. Tak tahulah dalam bahasa apa. Ada juga yang bagi maksud "Kuat dan cergas". Maksud yang kemudian ni tak kena sangat sebab Ica tak cergas. Malah makin kita suruh laju, makin perlahan dia.
- Ica cepatlah pakai telekung, ayah dah tunggu nak solat sekali tu... (kejappppp)
- Ica cepatlah pakai seluar, malu orang tengok....(ala kejaplaaaaa)
- Ica cepatlah gosok gigi tu, kenapa nak kena kencing lama-lama sambil termenung tengok air paip mengalir??? (ala biarlahhhhhh)
- Ica cepatlah tutup tv, ambil muqaddam dan mengaji... (kejappppp...)

Haih.
Tapi ada satu yang Ica cukup pantas, berdesup.

- Ica, jom keluar. Zasss!!!
Eh, orang belum bersiap lagi dia dah kat luar pintu?

Ha, ikut perangai sapa ni?
Takpelah, asalkan bahagia...

Lagi satu makna "dermawan" tu, agak betul juga sebab daripada kecik Ica suka sangat bagi hadiah kat orang. Kalau bukan hadiah, bagi duit. Kalau ke pasar, ada pengemis jalanan, mesti Ica minta duit nak bagi. Dulukala dia minta RM5. Tapi sekarang ni, sejak dah tahu nak guna duit belanja kat sekolah, Ica minta RM1 je. Alahai mulianya hati tu. Kalau nak bagi hadiah pada kawan-kawan, mesti selagi tak dapat, selagi tu minta ibu belikan. (-_-)

Beg merah ni dah jadi beg santa clause Ica pagi tadi masa ke sekolah. Kebetulan hari ni hari akhir peperiksaan penggal 1, Ica nak bagi hadiah hari guru kat cikgu-cikgunya. Walaupun Ica tak ingat semua nama cikgu, mana yang Ica ingat je yang Ica belikan hadiah. Termasuklah cikgu di tuisyen transit.

Sekali tu, Ica lupa cikgu Englishnya cikgu Rozita. Padahal Ica paling suka English. Ha cikgu tu pun tercengang je le takde hadiah daripada Ica. Hahahaha. Ibu boleh bayangkanlah muka Ica yang serba salah tu. Macam nak menangis dia. Kah kah kah...

Takpelah nak. Lain batch kita bagi minggu depan ok.

Bagi ibu pula, ada beberapa perkara yang buatkan ibu rasa gembira kebelakangan ni. And yes, happiness it is.

Pasukan tarik tali (wanita) di bawah pengurusan ibu, menang masa sukan persahabatan dengan Mahkamah Neg Sembilan. Alhamdulillah.... Walaupun ibu tak dapat join sebab naziran ke JB, tapi kemenangan diorang ni jadi satu kebanggaan buat ibu. Sekurang-kurangnya ada satu acara yang kita menang :-) Tak sangka ibu boleh jadi pengurus pasukan. Kahkah! Tapi bukan senang nak kumpulkan 10 orang pemain yang kita tak kenal, untuk maintain jadi member grup dan datang masa game. Daripada 15 nama yang sudi, berkurangan sedikit demi sedikit, sebab ada yang preggy, kena transfer out, ada kenduri, anak demam, etc. Hinggakan pada pagi event tu, ada yang last minute tarik diri tak dapat join. Haih memang darah tinggi dibuatnya! Tapi Alhamdulillah... masih cukup bilangan pemain sebab ada nama simpanan. Fuh!

 Baju pasukan tarik tali. Mulanya ibu terasa gak nak simpan 1 jadi kenangan. Tapi bila fikir-fikir, eh takkanlah nak simpan apa yang bukan hak kita, kan.
 Inilah 'anak buah' bawah pengurusan ibu. Cewah, pengurusan macam apa je kan. Kebetulan dapat pula jenis-jenis yang sudi nak main tarik tali. Yang kanan sekali tu, boss kita. Orang kuat kelab sukan.
 Sebelum beraksi. Nampak macam dah bersedia. Ibu risau juga, kot ada yang cramp tiba-tiba, walaupun ibu dah mesej tiap hari supaya semua orang buat regangan supaya otot tak terkejut.

Tengok ni. Ahli pasukan yang gagah perkasa semuanya. Kedua-dua team menang. Alhamdulillah. Ini menunjukkan duduk di Putrajaya lebih mudah menerbitkan lemak-lemak badan berbanding duduk di Seremban. Hihihihi...

Kedua gembira sebab telekung baru yang sedap ni, ibu dapat kongsi dengan orang lain. Asalnya Fizah hadiahkan sepasang, telekung travel yang cantik dan sejuk kainnya nih. Ibu memang nak cari telekung travel, tapi ibu takut terbeli yang tak selesa dan terlalu nipis. Fiza yang baik rupa-rupanya simpan keinginan ibu tu dalam memori dia, dan bila dia jumpa telekung yang cantik ni, zassss terus dibelikannya untuk ibu. She is soooo sweet!

 Baru pegang saja, belum pakai pun, dah suka. Apatahlagi bila memakainya memang habis cinta kata orang tu. Kain sejuk. Warna cantik. Senang nak lipat dan bungkus. Apa lagi yang dicari?

So, Fizah yang baik hati tu, sentiasa ingat yang ibu ni dah suka dengan telekung ni. Haritu dia belikan ibu satu lagi sebab ibu kata nak bagi pada embah. Dia belikan untuk ibu, supaya boleh bagi pada embah, sebagai tanda kenangan. MasyaAllah... Baik betul anak dara tu :-) semoga beliau lebih murah rezeki dan cepat jumpa jodoh yang baik...

Suatu petang tu, tiba-tiba Fizah mesej ibu sekali lagi dan bagitahu, beliau ada di Jalan TAR dan sudi belikan ibu telekung lagi. Macam pucuk dicita ulam mendatang. Teruslah ibu order 5 pasang. Harapnya tak menyusahkan dia yang sampai pakai beg packing belakang untuk bawa stok telekung tu :-) Subhanallah... Hanya Allah saja yang mampu membalasnya...

 Ibu beli banyak-banyak ni sebab nak bagi pada Wak-Wak Ica lah. Cikgu Laila dan Cikgu Husna, sebagai hadiah hari guru. Lagi 2 ibu bagi pada sumber kegembiraan ibu di pejabat ini, iaitu Fida dan Rafiah yang senantiasa mulut becok peramah dan happening :-D Mudahan boleh jadi kenangan sampai bila-bila....
 Tinggallah satu untuk kenangan ibu sendiri... Ibu plan nak bagi pada nenek atau bibik Yani. Tapi macam sayang pulak. Hahaha
 Noneng pun macam suka dengan kainnya yang lembut dan sejuk ni. Siap gigit-gigit lagi tu..

Noneng kata : "Takyah bagi kat sesiapa lah ibu... biar je kat sini..." Hehe... Apa pun, ibu memang berhasrat nak beli lagi kain telekung ni untuk bagi pada nenek dan bibik Yani. Mungkin patut bagi pada sedara-sedara ibu yang lain dan paling penting, bos ibu....

Lagi, ibu happy sebab haritu dapat berkumpul dengan nenek, paklong, makcik salmah, dan keluarga arwah Tok Jahurak masa majlis kahwin cucunya... Alhamdulillah. Dah lama tak jumpa sebab ibu sibuk.
 
Amboi gambar kat pelamin tu, kemain lagi nenek tergelak besar masa nak bergaambar. Ha kan dah slack....Kihkih.

Ha, gambar atas ni, yang sebelah nenek tu lah makcik salmah. Dia tu anak saudara arwah suami nenek. Dia pun ibu tunggal, jadi rapat dengan nenek dan selalu datang ke rumah nenek dah macam anak nenek. Yang pakai baju melayu hitam tu pakLong. Asyik la terpejam masa bergambar. Nenek kenenkan PakLong dengan Makcik Salmah ni, tapi PakLong keberatan :)

Hamboi ayah... kemain lagi mengontrol senyum... Yang Ica pula tak habis-habis mengunyah gula! Nampak tak cahaya happiness kat situ? Hehe

Kegembiraan yang lain pula sebab tiap kali dapat luangkan masa dan spend sikit untuk shopping walaupun benda-benda biasa je
 Contohnya, bila beli blouse raya secara online dengan KZNabihah, sehari je dah sampai rumah. Kebetulan ibu ada di rumah pula tu. Ahai! seronoknye tak kluar duit minyak pun untuk ke butiknya di Shah Alam nun..

 Belum-belum dah try dulu sambil baring-baring dan berangan warna tudung apakah yang match dengan baju kurung moden ni. Corak bunga-bunga dah lawa dah...
 Pastu siap snap jam baru beli. Asalnya sebab jam yang ada tu, baterinya dah kong. Daripada beli bateri, terus ibu beli jam baru. Ala Avon je pun... Tak sampai RM60 pun... Tapi puas hati sebab design cenggini dah lama ibu cari. Maklumlah, design ketinggalan zaman memang susah nak jumpa!
 Eh eh! Sambil meeting pun sempat snap gamba jam murah ni. Haha jakun sungguh ibu ni....

Padahal memborong ubat ketiak aje pun... Sampai habis seratus lebih tu. Macam nak bawak berjualan ke pasar siang kat Jalan Duta, atau Presinct 4! Punye semangat mengumpul stok.

Sebabnya bila stok dah habis langsung, nak drive ke Avon tu memang menyusahkan betul, serupa macam kena merangkak ke apa MasyaAllah... Bila beli sekali banyak cenggini, puas hati. Tahun gajah nanti baru habis!

Hari kelmarin sangat bahagia kerana ibu dijemput mengikuti interview kenaikan pangkat. Alhamdulillah. Iyer, memang belum naik pangkat lagi tapi kalau dah interview tu, ada harapan yang boleh disandarkan. Betul tak.

Kebetulannya, di interview oleh orang yang kita dah kenal dan sudah bekerja dengannya beberapa kali, jadi kalau tak dapat nak jawab ikut skema pun, ada sikit keyakinan yang jawapan ibu diterima. Subhanallah. Inilah mungkin himahnya ibu mengulang sejauh ini. Maknanya, ibu kenal mereka, dan mereka tahu ibu. Mudah-mudahan ada rezekinya. Amin!
 Calon temuduga untuk sejawatan dengan ibu ni je ada 26 orang. Yang untuk JUSA pagi tadi ada 17 orang, dan yang satu lagi gred tu ada 20an calon juga. Jenuh menunggu daripada pagi sampai petang. Ibu punya turn pukul 6.30. Lepas tu 6.40 dah selesai (-_-)'

Tapi hikmahnya, menunggu camni, dapat jumpa kawan-kawan satu batch. Kalau tak, tak sempat lah nak sembang-sembang dan ambil tahu perkembangan masing-masing. Blessing in disguise.

Hari semalam bahagia sebab bos takde dan jadi satu peluang untuk habiskan sikit masa lunch dengan Fiza. Dah lama tak berbual dengan dia yang ibu dah anggap macam adik sendiri. Esok dia nak bercuti dengan adik-adiknya, jadi lama la nak jumpa dan bersembang lagi. Yelah, walaupun takde apa yang dibualkan. Kebelakangan ni, dia nampak tak berapa sihat dan sedikit monyok. Tapi ibu tak dapat nak korek rahasia, sebab she's a good secret keeper! Masa nak interview, sempat mengulangkaji sedikit silibus LLM(Marin) sebab dia sangat sukakan bidang tu, manakala ibu, hanya belajar untuk tahu sikit-sikit. Both have really significant different! Haha.

Hari ini bahagia rasanya sebab masa Kelas English yang ibu paling tak suka nak datang tu, ibu berjaya juga recite poem ibu sendiri (yang ciplak dari Google) ahem! So, taklah takut sangat kan. Baca je pun. Ahhh lega dan happy! Terasa macam baru lepas melepaskan beban atas bahu nih!

Elok pula sebab dapat pakai kain raya yang digabungkan dengan blouse auli ni. I like!!! (okey takde kena mengena dengan yang atas tu...)

Walaupun tudung tak match, pastu pakai selipar jamban aje masa ni, tapi sangat puas hati tah kenapa... Maybe sebab material pakaian ni sangat selesa. MasyaAllah...

Syukur Alhamdulillah sebab mampu beli pakaian begini. Ada saudara seislam kita yang nak bertukar pakaian pun tak mampu :-(
Pagi tadi, walaupun bos cam moody (and yes, my boss always gets moody), dan PA dia pun dah cuak tu, sempat lagi selfie melpie sambil tunggu turn nak kena leter. hihi....

Kenapa perlunye berselfie masa-masa macam ini? ---> untuk kenangan, walaupun dapat bos garang, tapi bila kita happy, keyakinan tu datang dengan sendirinya. Biarlah nak kena leter pun, tak luak apa pun ye tak. Yang tercalar mungkin hati dan perasaan kita. Tapi lepas tu, bila dah lupa, segala yang calar tu terubat sendiri. Betul ke tidak? Haha
 Oh terselang jap dengan gambar semalam, pakai blouse top amina KZnabihah yang sangat super selesa ni, tapi bila nak beli lagi dah out of stock maka menangis lahhhhhh.... Gigih nak tangkap gambar selfie dari jauh. Sekali tu ada selipar jamban tadi lupa nak disorok kan. Kihkih

Happiness berganda-ganda bila Fida yang baik, dan Rafiah yang cuns sudi belanja ibu lunch sempena belated birthday ibu dan Fida dapat tunggakan gajinya. Amboi Fida. Haritu dah bagi Ica RM50 untuk kenangan, ni sempat belanja lagi... Mudahan lebih murah rezekinya. Amiin...
 Selfie melfie sementara tunggu makanan yang lambat sangat tiba nyaaaaa...
Mek Rafiah ni, walaupun dia ada sakit belakang dan perlu asyik mengheret alat pelapik kerusinya ke-mana-mana waima ke bilik mesyuarat, dan terpaksa tidur atas katil panas tiap malam sebab dia tak boleh sejuk sikit pun nanti sakit, dia dah melawat ke 13 negara luar bersendirian! Ok kagum jap. Pasal ibu yang Alhamdulillah sihat wal-afiat dan ada suami n anak ni pun belum dapat lagi menjejak kaki ke bumi luar mesia kecuali mekah s'pore dan thailand. Apakah??? Terasa kerdil jap.

 Dan dengan orang kaya yang katanya muka sebijik macam imigran cina baru sampai ke msia. Dia yang cakap camtu. Ibu tak. Hahaha...

Fida ni sweet sebab budak sekolah agama jadi sikit-sikit relate kat Islam, which is good. Tapi so stern dan tegas dengan pendirian, tak peduli walaupun dengan orang yang lebih berusia, sometimes she sounds "mulut takde insurance" tapi sikap dia yang selamba tapi berprinsip tu lah yang buat kita macam dah kenal lama dan rapat dengan dia. Carilah seorang yang pendiam dan tak nak berkawan, kalau dengan Fida, gerenti orang tu boleh jadi bestfren dia... Hebat dia ni kan.

Bila bergabung duo ni, dah bukan macam orang menyanyi berdua, tapi konsert rock jadinya! Seriously diorang ni memang happening sangat. Kecoh satu butik tudung NurHannah tu dengan celoteh diorang ni saja. Kikiki...

 Kali kedua makan di Ayer@8, tapi suasana berbeza sebab yang ni kedainya menghadap ke tasik buatan yang hangat dan belum siap, tapi tetap indah!

 Bercanda dengan jus epal asamboi, jus tembikai laici dan menghirup ABC laici yang sedap... MasyaAllah... Syukur Alhamdulillah... Ohh tak lupa, pisang percuma oleh tuan kedai sempena hari Jumaat yang Barakah!
 Dan mengadap tomyam ayam cendawan yang marvellous! Ok tak sia-sia menunggu selama setengah jam yer
 Siakap 3 rasa yang garing rangup mempesona... lebih menarik sebab dihidangkan si mama 4 anak dara ni.... amboi concentrate nye dia
It was a great pleasure to hang around with nice people.... Maybe bukan makanan tu yang buatkan ibu rasa gembira ni. Tapi sebab budak-budak ni yang happening sangat nih... MasyaAllah.... Mudah kan menjemput bahagia?

No comments: