Tahun-tahun sebelum ini, Ica tak pernah kisah pun nak raya dengan baju apa. Semuanya ibu yang tentukan. Mesti baju kurung walaupun cuma 2 pasang baju kurung cotton. Kasut mesti croc pasar malam sebab senang nak buang air time tengah jalan, senang buka-pakai dan boleh bawa lari sana sini kalau kat laman rumah orang.
Tahun ini, sebab Ica puasa penuh setakat ini, dan semakin membiasakan diri tak makan & minum di siang hari, jadi ibu rasa Ica berhak dapat hadiah untuk raya. Sebenarnya ibu belum plan lagi nak belikan apa. Tapi hari Sabtu tu kita jalan-jalan di Carrefour Wangsa Maju a.k.a AEONBig, dengan nenek sekali, dan nenek singgah nak beli selipar di Bata, Ica pun sibuk belek-belek kasut cantik Frozen. Tapi takde yang sesuai dengan kaki Ica yang dah terbentuk bulat dengan Croc murah (-_-) tapi ibu kan paling pandai buat pilihan untuk Ica... So ibu ambilkan Ica kasut biru muda yang ada heel sikit. Sebiji macam kasut ibu masa kecik-kecik dulu. Ada tali di depannya.
Mulanya Ica taknak kasut tu sebab kartun Cinderella macam dah out-of-date (-_-) dan Ica lebih suka tema Frozen. Kalau tanya pada ayah pula, gerenti ayah buat muka annoying dia tu. Nanti susah nak pakai-buka, susah nak bawa lari sana sini, susah nak simpan sebab takut kena pijak, susah macam-macam lagi. Tapi kan ibu yang nak bayar, haruslah ibu yang tentukannya.... Akhirnya, pilih saiz dan ibu bayar. Ica suka je, sebab dapat kasut baru. Ica nak terus pakai. Macam kalau kita beli croc kat pasar malam tu, memang Ica akan terus pakai dan simpan yang lama dalam plastik. Tapi ini tak boleh lah. Kena balik rumah dulu baru boleh pakai.
Lepas tu kita ke Jusco Wangsa Maju, a.k.a AEON W. Maju. Konon nak cari baju kurung untuk Ica, tapi lain pula yang Ica berkenan. Ibu ambil beberapa pasang untuk testing, sebab bilik testing tu nak masuk kena beratur panjang. Jadi, ibu tukang pakaikan bajunya, manakala ayah tukang ambil saiz dan pilihkan design lain. Teruknya kali ini tak banyak pilihan yang ada. Semuanya macam stok tahun lepas. Sebab ada yang ibu masih ingat corak kainnya. Tahun lepas lebih banyak pilihan.
Dress pertama ini Ica yang pilih sendiri dan Ica memang mahukan yang ini. Sangat mahu! Sebab apa? Ala-ala frozen sikit (-_-) tapi dress ni untuk saiz 5-6thn, jadi nampak muat-muat saja. Malah ketat betul masa nak masuk dalam badan. Kalau cuaca panas kat luar tu, mesti cepat gatal-gatal nanti walaupun bahagian dalam dress ni kain satin yang lembut. Tapi takpelah, ibu kasi can ambik2 gambar sampai puas. Eh tak la puas sangat sebab banyak lagi nak cuba...
Baju kurung ni yang last sekali try. Tengok memek mukanya tu kita pun dah tahu, sungguh tak berkenan skali! Tapi malangnya, saiz yang sesuai takde untuk dress biru lembut tadi tu, jadi, kita pun keluar saja daripada bahagian ini dan pergi ke bahagian tengah yang ada bazar baju raya. Mungkin dah rezeki Ica, tiba-tiba dalam mencari dress yang sesuai dengan Ica, ibu terjumpa dress biru lembut tadi tu, kali ni dapat saiz 9-10 pula. Kalau dapat yang saiz 7-8 memang la yang paling kena, tapi yang ini pun boleh juga sebab tak terlalu ketat. Bila try sekali, wah! Memang sesuai sangat! Sekurang-kurangnya boleh bertahan sampai Hari Raya Haji nanti :) Apa lagi, teruslah ibu ambil dan bayar.
Baju dah jumpa saiz, kasut dah beli, ayah pun dah bayar fitrah, jadi, senang hati kita. Sementara tunggu nenek kat toilet, Ica melukis. Ica memang suka melukis. Maybe melukis ni boleh jadi terapi time Ica bosan.
Sampai je rumah, dah tak buang masa lagi. Terus dipakainya dress baru dengan kasut Cinderella tadi tu.
Ayah dah terbongkang masa ni, keletihan selepas mengukur 2 pusat beli belah sejak daripada pagi sampai ke petang. Fuhh... Bukak aircond dan zzzzz... Tapi Ica mana boleh tido selagi tak bergaya dengan hepi nya...
Tengok muka pun dah tahu betapa seronoknya Ica dengan pilihan dress dan kasut untuk raya kali ini. Alhamdulillah... bila Ica happy, ibu pun happy :)
Kasut ni pulak, dah berkali-kali di cubanya. Walaupun baru buka dari kotak je ribbon tercabut, ayah tolong gamkan semula, jadi tak boleh masuk dalam kotak nanti ribbon tertindih jadi senget. Ica bukan main risau kat mana nak simpan sebelah kasut ni sebab tak nak nanti Noneng main pula. Nanti tercalar. Pendek kata, kalau boleh nak bawa kasut tu masa tidur. Haih (-_-)
Lepas tu, hari Ica tak lengkap selagi tak try pakai kasut ni sebaik saja bangun tidur. Malah sanggup bangun awal sebab nak try (-_-) Pakai lagi dan lagi dan lagi sampai berulang kali, tak jemu-jemu. Mungkin seronok sangat dapat kasut yang feminin macam ini selepas 6 tahun asyik pakai croc pasar malam punya (-_-) Ica kata, seronok dengar kasut ni bila jalan macam orang dewasa, ada bunyi ketak ketuk ketak ketuk! hasil tumit setinggi setengah inci tu.
Dress Ica ni, tak payah tambah sequine pun dah cantik dan sweet. Masalahnya, ibu pulak yang pening nak matching dengan baju-baju ibu. Sebab takde yang warna sedondon macam ini (-_-) aih!
No comments:
Post a Comment