Mar 10, 2010

Arissa semakin membesar

Apabila Arissa mencecah umurnya setahun, dia sudah pandai membuat memek muka yang pelbagai, untuk perasaan suka, marah, kelakar dan sedih.



Sekarang Arissa Nur Amni sudah menjejaki usianya 1 thn 6 bulan dan dia semakin faham perasaan ingin dimanja dan disayangi. Mungkin tidak banyak perkataan yang boleh disebut, sekadar ayah, aiyyokk, nah, nakk, mak, mama, ma, ayir, tuh, nih, dan beberapa lagi yang tidak jelas, selain menunjukkan gelengan, anggukan, menarik tangan ke arah sesuatu dan memberikan sesuatu.



Sesuatu yang harus dibanggakan keupayaannya memahami fungsi sesuatu pada usia sekitar 1 tahun 4 bulan, spt tempat tidurnya, tong sampah, bakul kain kotor, dapur, bilik tidur, kereta ayah, motor ayah dan toilet. Dia juga tahu jika lampin pakai buang ditanggalkan dari badannya, dia akan membuangnya ke dalam tong sampah. Dia akan mencangkung untuk buang air kecil/besar dan akan cium pipi ayah dan ibu apabila memujuk. So sweet...



Hari ini Arissa semakin membesar dan ayah kata semakin banyak songeh sebab sukar ditinggalkan seorang diri hatta menonton tv rancangan kegemarannya Hi-5.

No comments: