nak tahu kat mana?
kat kompleks tempat kerja aku ni la... bkn shopping kompleks yer.
cctv tu dah berjasa byk dgn Pengarah kompleks ni kerana berjaya mendedahkan 'culprit' yang selalu curi2 makan time kerja. Tengahari ni, cctv tu tentu berjaya merekodkan muka sengih aku yang sengaja lalu lalang kat dia pada jam lewat 11 pagi.... he he
Pada aku, tak kisahlah kalau orang nak mkn time bila, asalkan keje dibuat, siap pada masanya dan tak susahkan sesiapa, terutamanya bos. Setakat nak ambil masa beli mknn atau mkn dalam 10-15minit, tak luak apa pun. Tapi lain org, lain prinsipnya. Kat kompleks ni, peraturannya strict. Hanya boleh pegi beli makanan atau mkn pada masa rehat sahaja. Selain waktu tu, nanti kena show cause.
Jadual dan requirement kerja kita selalunya tak sama. ada orang yg dtg awal, sarapan, baru buat kerja. Ada org yg dtg2 terus kena buat kerja, sbb kerja org lain bergantung pada kerja dia. Aku tetap rasa tak adil utk menghadkan masa mkn hanya pada ms rehat, sbb tak semua org rehat pd ms yg sama.
Human being needs flexibility, not rigidity. Ini bukan zaman sekolah. Zaman kakitangan awam suka lepak lama2 minum2 pun dah lepas. Diorang dah tua. Dah nak pencen. Yang ramainya adalah kakitangan muda yang boleh dinasihati dan mkn saman.
Meluahkan bagi pihak diri sendiri. W'pun aku dtg awal, selalunya kerja diutamakan. Bila dah siap, baru perut terasa lapar. Bila lapar, satu apa pun tak boleh nak fikir. Takut2 berani, aku redah jugaklah cctv kat kafe tu. Memang tak manis masa bekerja kita jln laju2 bawa plastik berisi polisterine dan minuman. Nampak mcm orang nak curi makan masa bulan puasa. Nampak jugak macam officer yang masih tidur kat pejabat masa orang lain dah start buat kerja jam 9 pagi (he he he kutuk seseorang). Tapi perut kita, siapa yang menanggungnya? Nak harapkan biskut? Dah habis....
Huh panjang membebel, nak justify diri sendiri. Hakikatnya aku hanyalah timun...
No comments:
Post a Comment