May 24, 2010

hari gaji = hari sengkek

Hari ini 24/5/2010 adalah hari gaji bagi kakitangan awam sekitar lembah kelang. Kebiasaannya pada hari gaji inilah kita menyelesaikan banyak perkara; bayar ansuran kereta, rumah, insuran anak, tunggakan cukai pendapatan, bil utilities dan macam2 lagi. Selalunya gaji tinggal separuh selepas beberapa minit berurusan dgn maybank2u.com. Ada pulak masanya, gaji tinggal suku, sebab bayar habis hutang kad kredit, bayar elaun emak, elaun anak, elaun entah apa2 lagi...

Aku pernah mengalami gaji tak cukup sampai akhir bulan kerana hutang yang agak banyak. Mesti org akan cakap "tulah, tak pandai menguruskan perbelanjaan...gaji ciput, tapi nafsu besar, semua nak milik"...adusss kenyataan yg pahit tapi betul. Kalau ikutkan perunding kewangan kat tv3 tu, apabila gaji, simpan 20% untuk tabungan. Aku pernah juga ikut nasihat ini, tapi tak sampai akhir bulan akan datang, kena keluarkan semula tabungan untuk survival. Cih...pathetic me!

Dulu gaji sikit, tak cukup untuk bayar hutang. Sekarang gaji sudah okay, pun masih tak cukup lagi... Betullah yang orang kata, lagi besar periuk, lagi tebal keraknya... Hari ini, aku lega dapat menyelesaikan semua hutang piutang. Tapi, sedih melihat baki wang yang tinggal dalam akaun. Harap mendapat perlindungan kewangan suami...

No comments: