Sebelum itu.
1) Lepas 2 hari tak masuk kerja. Hari ini sangat tidak bermotivasi. Lebih2 lagi kerana waktu bekerja sudah di anjakkan ke jam 8.30am. Aku yang kat sini ni rasa tak best, apatah lagi peguam yg kena dtg sini. Kesian kau orang. Kesian gak kat kami org :-(
2) Balik kampung. Tak jauh, cuma kat Sg. Besar saja. Tp pegi jem, balik pon sama. Semua org yang kerja kat kl, yg ikut jln blik kampung yg sama dgn aku, dah ada kereta agaknya. Huh!
3) Eh, mana charger laptop office aku nih? Sapa pulak yang curik. Dahla harta kerajaan... Cepat rosak lak tu :-(
4) Aku - Bukan peminat bola. Cuma tau bola itu bulat dan asyik kena tendang oleh 22 org yg susah payah kejar dan rebutkannya... Tp aku - tetap kena tgk match between Argentina - German dr mula sampai habis, wpun ada selingan pegi jemur baju, basuh berak Arissa, buat susu dan tidurkan dia. Gara2 husband aku yg x nak ketinggalan cerita dgn member2 dia. Oh ya, aku dan husband bukan penggemar bola. Tapi kami akhirnya ter tengok Jerman mengalahkan 4-0 si Argentina. By the way, Argentina tu hebat ke? - mungkin soalan tak cerdik. Lupakan saja.
5) Minggu lepas aku dapat kad jemputan kawin seorg member dr AGC. Dulu sama-sama drafter di drafting division, AGC. Dia tua 2 thn. Encik F, baik dgn aku sebab aku selalu boleh buli dia. Bukan bermakna aku undermind dia. Cuma aku rasa kami orang ni serasi berkawan. He's very knowledgeable macam the walking ensiklopedia dan sgt tak kedekut ilmu, especially dgn aku yg very the clumsy one... Sbb kami sama2 single and available, Aku selalu gurau2 dgn dia, "En F, kalau susah2 sgt kita ni takde calon suami/isteri, kita dua2 kawin je lah... hahaha..." Surprisingly dia tak terkejut pon. Sebaliknya dia jawab -"eh, takkanlah..."
Lepas tu aku selalu keep wondering, apa maksud "takkanlah..." dia tu. Adakah maksud dia, kita org ni langsung tak sesuai? atau aku ni terlalu shallow utk dia, atau terlalu tak cantik untuk dia?
Well, dari sudut fizikal, tentu2lah kami ni nampak tak secocok di atas pelamin sebab aku ni gemuk tinggi, manakala dia tu kurus melidi dan pendek (haha) nanti senget pelamin kami org (haha). Dari segi kewangan, masa tu dia dah gred L.44, sedangkan aku baru je masuk kerja, kontrak pulak tu. Tapi, kewangan lelaki lebih perlu kukuh berbanding perempuan. Legitimate expectation what...? Dari segi keturunan, tentu2lah aku ni golongan anak kampung yang cuba berdikari sendiri, sedangkan dia dilahirkan dan dibesarkan oleh ibu ayah yang bekerja kerajaan dan ada pangkat. Kira, keluarga senang lah. Tapi, kira okey apa. Aku bukan keturunan tak baik. Cuma nasib keluarga aku kurang baik berbanding dia. Dia anak sulung. Aku second bungsu. Abang kakak aku kira berjaya. Dia, dengarnya okey2 juga.
Kalau ada yang paling besar memisahkan kesesuaian kami orang, ialah sebab dia terlampau high-taste dengan perempuan yg nak di ajak dating. Bagi aku pulak, since aku ni biasa2 saja (sedar diri), maka aku hanya harapkan kesederhanaan jugak. En F lain. Sungguhpun nampak mcm - ek elleh budak ni skema tak hengat- tp awek2 yang dia dating semuanya yg vogue d' vass gitu, yang rambut blond, body meliuk lentuk, baju seksi, tinggi lampai. Fuh, dr jauh mcm tgk charlie chaplin dating kate moss/naomi camble/cindy lauper (hehehe) - tp idaklah aku kata dia tu mcm charlie chaplin.
Aku pernah kata dgn dia, tak sangka En F ni, nampak biasa2 aje, tp taste sungguh luar biasa... hehehee dia kata - yeke cik lin? saya rasa biasa aje....? - lagi sekali jawapan skema, okay..
Masalahnya bkn aku sorg yg kata dia ni pelik-cum-tak hengat diri. Member2 lain pun sama. Just diorg tak berani nak kata dia depan2 sbb segankan dia yg terlampau knowledgable ni. Smpaikan aku pernah kata dgn dia -"En F, cuba la ukur baju di badan sndiri.." - masa dia dok jeling2 kat satu minah free hair pakai baju melekap badan masa kami org mkn lunch. Huh, aku pun sbnrnya tak konfiden dgn peribahasa yg aku guna tu. Apa kena mengenanya baju dengan badan dia kan?Tp lantak kan aje. Dia boleh buat muka skema dia tanya balik kat aku -"kenapa cik lin?" - huh, malas lah nak jawab...
So, akhirnya dia dah nak kawin. Aku pon wondering - sapalah minah yang dia nak kawin ni - yelah, sebab dia dah pangkat tinggi sekarang ni. Duit bkn masalah bg dia. Tentu dia dapat yang best2 jugak jd calon isteri. Budak gomen gak ke? Dan aku pon macam dah tak sesabar nak attend wedding dia, sementelah umah aku sgt dekat dgn tempat wedding tu. Siap dah plan nak pakai baju apa.
Malangnya, seminggu sebelum wedding tu, iaitu sabtu lepas, waktu kira2 kol 10 pagi, aku dpt sms dia, yg katanya wedding itu dibatalkan atas sebab2 tak dapat dielakkan. Apakah?
Husband aku kata, mungkin parents dia masuk hospital. Atau ada kematian. Ye la, bkn tak pernah jd mcm tu kan.
Tp, takkanlah parents dia yg masuk hospital tu akan dijangkakan tak sihat sampai hujung minggu depan sehinggalah habis wedding tu? Maksud aku, takkanlah jauh sgt foreseability nya?
Aku tak fikir lain, satu aje. Adakah dia tak jadi kawin?
No comments:
Post a Comment