Tajuknya berbunyi kerakyatan.
It should be merakyatkan rakyat dgn sebenar2 maksudnya. Bukankah moto PM kita - Rakyat yg Di Dahulukan (membayar segala mcm cukai, kenaikan pelarasan dan sbgainya). Nampaknya moto yang sama jugalah yg akan terpakai di bahagian kami ini...
Pagi ini semua yg dirancang selama 3 hari kebelakangan ini akan terlaksana. Semua org diberikan tugas masing2. Kemuncak kesibukan adalah milik Ketua Biro/Bendahari civil. Pn A. Dia lah orgnya yg berhari2 balik lewat dan terpaksa memenuhi semua karenah bos.
Pn S nak penuhi setiap keinginan dan impian TS yg telah menyumbang sejumlah wang yang besar (besar sgtlah RM1k tu utk guna makan 100 org?) untuk jamuan makan-makan ini. TS nak ada sesi cabutan bertuah. Mesti ada.TS nak hadiah utama cabutan bertuah tu berupa DVD Player. Pn S kata, mesti beli 1. Pn S arahkan semua pegawai beli hadiah utk disumbangkan kepada cabutan ini. Hadiah mesti tak kurang drpd RM40.00. Kami org jugak yg kena. Sebab kan kami rakyat yg diutamakan. Kena menyumbang sebab fund tak berapa nak cukup pada masa meeting, lbh2 lagi sbb nak kena belikan cenderamata utk TS. Idea sapa tu? Pn S off course!
Big biss nakkan event yang happening(biar sampai pening2 semua org!) jadi Pn S kata kena ada games in between the lucky draw. TS nak adakan sesi karok (bahasa org sekarang kan) - yang ni Pn S kata nak buat, tapi kami semua membantah. Ape ke jadah nak berkaraoke siang/tghari buta kat tingkat atas sekali kompleks mahkamah ni, sedangkan di bawahnya ada library, dan pada masa yg sama library buat ceramah keinsafan menjelang ramadhan! huh tak lojik betul la Pn S ni. Tapi kelihatan sangatlah tujuan Pn S utk menambat hati TS yg amat di sayanginya ini.
Pagi ini Pn A agak kelamkabut. Mana taknya saat2 akhir Pn S menjemput Pengarah Mahk dan TP admin yang 2 org tu. Mana nak buat kad jemputan, tagging nama. Lagi saat akhir bila Pn S dgn gembiranya bgtau "Tan Sri jemput sekali CJM ya? SO get ready." wah wah wah...senang hati je menyuruh kami ni get ready dan dia boleh bersenang senang baca surat khabar.
Pn A nampak stress. Nak2 pulak tiba2 Secretary Judge Pn A call minta Tamil interpreter tepat2 jam 8.40am. Pn S dgn senang hati kata, "eh U kan liason officer dia, u la yg kena handle [hari tu masa meeting Pn S kata permintaan last minute takkan dilayan] cepat swap2 interpreter!" best betul dia mengelak tanggungjawab. Pd hal, dahla dia tak dgr case management pun, boleh sambung baca paper lagi.
Pn A terkial2 ke sana ke mari. Dengan case management lagi, dengan set-up tempat jamuannya lagi. Tak tahulah sapa yg nak gantikan Tamil interpreter tu, sbb kebetulan kebykan interpreter pergi kursus dan setiap Court cuma tinggal 1 je lagi interpreter. So, where's the admin TP? mestilah tak layan benda2 last minute camni. Ader diorg kesah kes Judge ni tak boleh jalan? Ade diorg kesah kalau nanti lawyer lodge complaint? = Nando!
Kalau aku kat tempat Pn A pun sure cuak banget! Kes nak jalan, tetiba lawyers mintak interpreter on the spot. Managing TP takmo layan. Sendiri ada case management. Duhh... Nasib baik interpreter court my J tu tahu tanggungjawab dan sgt independent. Selalunya senior interpreter memang mcm tu lah. Kita boleh count on them. Tak payah susah hati sangat kalau bab2 kerja dan tanggungjawab ni. Cuma kita yang kena pandai bahasa. Yela, diorg kan senior.
Sesungguhnya jamuan yg melibatkan J ni sgtlah remeh persediaannya. Kad kena cantik, makanan kena scrumptuous, set meja kena betul, susunan duduk kena ikut seniority, kena ada doorgift yg classy utk semua VVIP, cenderamata yg presentable dan mahal untuk yg paling Boss, pengacara yang happening tapi tahu protokol, aturcara majlis yang perfect, etc etc...semua mesti bagus. Jadinya, tumpuan penganjur sekarang ialah J, bukanlah kakitangan pun...harap maklum yer wahai rakyat yg diutamakan.
Maka berlangsunglah jamuan itu. Bos 2nd besar yg dijangka dtg bersama, tak jadi dtg.... 2 org J memang confirmed tak mahu dtg. Sorg tak involve social activity, plus katanya berpuasa. Sorg lagi yang haritu menyebabkan mimpi ngeri pada k/tangan. Lepas di tegur dgn TS dan diminta withdraw, dia pun tentu2lah malu nak tunjuk muka. Manakan tidak, tak ada apa2 kuasa mahupun perintah daripada TS, tau2 spot check sana sini, marah2 dgn staf, siap dgn aku2 sekali kena tempias. Sungguh tak adil...
Malangnya TS tak boleh lama sebab ada mesyuarat dgn top bosses. Secretarynya pun tak nampak batang hidung. Sama lah dgn Special Officernya. Admin TP yang dijemput pun tak dapat datang, Pengarah pun tak ada. Back to square one.
Makan2 biasa. Makanan pun boleh layan. Sebab dah kelaparan agaknya. Pn S beri ucapan yang biasa2 saja. TS pun berucap yang biasa2 saja. Yang luar biasa kerana beliau susah payah berucap dalam bahasa melayu. Nasib baik dia tak ulang semula "jambu merah" hari tu (yg dimaksudkannya warna pink - merah jambu). Pukul 1.15pm TS beredar.
Selepas itu barulah cabutan bertuah yang ditunggu2 semua org...
Dengan tak di sangka2, aku lah antara yg bertuah tu...weeeee (senyum sampai telinga)
Permainan kotak beracun yg dikelolakan budak2 SAR pun tak berapa nak layan sebab masa tu masing2 dah kenyang tersandar.
Siap semuanya, kemas2 dan tapau...
Kan best kalau boleh adakah lagi majlis mcm ni, tp cabutan hadiah ditukar jadi bertukar2 hadiah. Tak kisahlah apa hadiahnya. Just for fun!
No comments:
Post a Comment