Aug 20, 2010

Plan untuk raya...?

Puasa baru seminggu lebih. Aku pun dah sampai "bendera merah" sejak semalam. Tapi orang dah sibuk2 fikirkan hari raya. Biasalah, raya puasa, setahun sekali. Aku ni, baru sedar baju kurung Arissa belum hantar tailor. Sebab hari tu nak hantar sekali, takut saiz dah lari. Sebab budak2 ni cepat tukar saiz. Tahu2, tailor dah balik Penang, sampai la seminggu nak raya. Adusss... sapa nak jahit baju budak? Kalau ikutkan, beli aja yang dah siap. Kain cotton murah dan cantik, sedap pakai kat badan. Tapi kononnya raya kali ni nak sedondon lah anak beranak. Jadi, terpaksalah hantar kat tailor merangkap nenek Arissa. Aku tak berapa minat dgn jahitan nenek. Kurang kemas, kadangkala nampak kurangnya. Embah jahit teliti dan kemas. Tapi bulan puasa ni, mesti dia takde mood. Tambah lagi kesihatannya tu yang kejap on, kejap off. Isk, aku jahit sendiri ke?

Terfikir juga pasal langsir. Rumah cuma letak langsir kat pintu sliding depan aja. Tu pun langsir lama yang mertua ihsankan. Macam tak mampu aje nak beli yang baru...hehe. Bukan apa, tiap kali ke kedai langsir, ada je komplen. Kain tak cantik, jahitan tak kemas, tapi harga mak aih...mahal tak ingat. Nak jahit sendiri, siap pinjam mesin jahit kakak hari tu, tapi asal nak bukak mesin aje, Arissa pun nak join sekali. Masalahnya nak tunggu dia tidur baru boleh menjahit, masa tu lah pulak nak buat benda2 mengemas lain. Tak pun join tidur sekali :-) alasan...alasan... Jadi, nak kena jugak beli langsir baru.

Bonus ada dapat ke? Jgn harap lah yer... Gaji pon dah nak kena potong sbb kononnya over bayar sethn, diorg nak collect semula dalam tempoh 6 bulan. Memang masak lah aku... Cukai pun tak habis2 bayar lagi! Adussss... harga ayam dah mahal sgt. Ayamas segera yang sedap tu (golden) dulu kala cuma RM14 aje, sekarang dah jadi RM21...sikit lagi double the price. Tp kualiti biasa saja. aduyai... matawang semakin mengecil...

Terfikir juga pasal duit2 raya... cuti raya.... makanan untuk raya... biskut2 raya... bila nak gi pusing jln TAR...?

Kat ofis, since J dah tak ada ni, kehidupan tak adalah best pun. Sama aja. Tetap kena buat profile untuk J lagi satu. Bos Pn S tgh bizi dgn proposal penubuhan New Civil crt. Dengar2nya, dia pun tak sabar nak ke sana. Maklumlah dah tak terlarat dgn tggjwb kat tmpt skang ni. Aku, looking forward gak ke? New crt nti, back to the old system. Ada own staff, own J, own cases. Mcm best aje? Cuma workload mesti byk. Tak kisahlah. Yang penting ada la tempat nak tambah ilmu - dgr cases.

Tp mcm mana dgn set-up yg skrg ni ek? Staff, dah tentu2 lah tak cukup. Jgn pulak nanti, semua yang bagus di'hangkut' ke sana, yang hampas semua ditinggalkan kat sini.

No comments: