Aku baru balik dari klinik yang tak berapa jauh dari rumah ni. Kat sini ada la 5-6 klinik yang jaraknya tak berapa jauh antara satu sama lain. Dulu Arissa kerap demam. Jadi, kebanyakan klinik kami dah cuba. Kat Klinik Kita ni kami dah kenal ada doktor yang bagus, dan ada yang hampeh. Ala, doktor pun macam lain2 grad juga. Ada yang excellent, yang tak berapa excellent, dan yang lulus cukup makan.
Doktor yang bagus pada aku dan husband, ialah yang boleh clear up our questions and issues. Dia boleh jadi internet info yang bercakap. Dia akan bagitahu anak kamu ni sakit apa, apa sebab dia dapat sakit ni, mungkin sakit mcm ni biasa atau tidak untuk anak2 sebaya dia, mungkin inilah penyakit yang sedang out break pada masa ni. At the end dia bagitahu apa ubat yang dia akan beri. Ubat ni untuk apa. Lepas makan ubat ni apa kesannya. Dan kalau kita masih buat muka tak puas hati dia akan bagi return date untuk cek semula. Tak banyak doktor yang mcm ni sebenarnya. Kebanyakan yang ada, yang kategori kedua ni.
Sama ada doktor ni jenis pendiam, atau tak suka nak cakap byk sebab takut kena virus dari pesakit yang datang, atau memang kategori blur. Pilihlah mana yang berkenan di hati. Doktor jenis pendiam ni, perkataan yang keluar dr mulutnya sangat mahal - ye, sakit apa? demam? (ambik suhu) - ok saya bagi ubat demam. batuk? ada? sejak bila? - ok saya bagi ubat batuk. Lain2? - pendek kata, tak ubah macam mesin ubat kat farmasi yang tulis kat skrinnya - SILA MASUKKAN PENYAKIT ANDA DAN TUNGGU SEBENTAR. PEMBUNGKUSAN UBAT AKAN DIBUAT DALAM MASA 5 MINIT. SILA SEDIAKAN DUIT KECIL. TERIMA KASIH.
Ada beberapa doktor yang aku dan husband dah pangkah kat KK tu, mainly sebab mereka hanya memainkan peranan sebagai farmasis, bukannya dokter. Tak kisah lah kalau dokter tu kata - ada ku kesah kome tak mahu datang lagi? Yang pasti aku tetap kaya dari kamu kerana aku drive Honda Accord 2.5, tinggal di rumah semiD kat dalam KL ni sedangkan kamu cuma drive local car yang hanya mampu tukar cat dan tinggal di rumah teres setingkat dekat dengan pasar uptown yang kotor dan bingit tu... huhu
Dekat2 dengan Pasaraya terkenal OTK sana ada 2 klinik yang biasa orang pergi. Klinik Izham dengan Klinik Setia. Klinik Setia punya doktor kira okay. Bukan jenis yang suka membebel. Macam kategori 2 jugak. Tapi ubat2 dia mujarab kat aku & Arissa. Tapi bilnya double or kadang2 tripple daripada Klinik Kita wpun untuk simptom penyakit yang sama. Kat situ ada dokter Datin. Tiap kali aku datang, dia mesti nak ceramahkan aku supaya kurangkan berat badan. Thanx but no thanx...
Sebelah klinik Setia ni, ada Klinik Pakar Wanita dan Kanak2. Lepas aku bersalin dulu, kesan luka terbuka sikit, jadi kat klinik ni lah aku dressing tiap hari sampai luka bercantum. Dokter dia pasangan Punjabi. laki bini muka tak pernah nak senyum. Cakap pun 2-3 patah aje. Macam orang bad mood gitu. Yang perempuan pun sama, asyik suruh aku turunkan berat badan. Kalau tak, luka susah nak sembuh. Bayangkanlah, mcm mana nak ambil tindakan menguruskan badan, masa tu aku baru je lepas bersalin, masih dalam pantang minggu pertama. Kalau dah takde modal nak sembang, diam lebih elok.
Klinik Izham tu pun kami dah pangkah. kelebihan dia, buka 24jam dan aku kalau astma tu, mesti kena dah tengah2 malam. So no choice. Ada sekali datang malam2, dokternya pakai sliper buruk, memang nampak busuk, dan kakinya macam org tua yang jalan dari Chow Kit sampai setapak tak pakai kasut dengan kuku hitam tersembul panjang dan amat menakutkan. Huhu sorry to comment. tapi selalunya kan doktor ni ada pleasant looking. Bil nya kalau tengah malam jadi double drpd harga siang. Ubat2 dia, tak berkesan kat aku dan Arissa. Setakat untuk ambik ventolin gas, oklah.
Klinik yang dinamakan "Hospital danau Kota" pulak selalunya lengang. memang sesuai lah dulu Norman Hakim berlakon kat sini untuk cerita seram yang ditayangkan kat gua dot com. Dari jauh nampak mcm scary. Bila dah dekat, memang tetap scary sebab nampak buruk, frame yang tergantung2 pun ada yang senget, ada yang nak jatuh, cat dinding ada yang terkopek2, ada sarang labah2 lagi. Tapi klinik yang lengang ni rupanya lagi best sbb takyah tunggu lama2. Kebetulan dapat Indian female dokter yang very caring. Tapi sekali tu je kami pergi. Bilnya mahal sangat. Nak cover untuk 3-4 orang kot?
Ada satu Klinik Famili yang jauh sikit. Dokternya Datuk Datin jugak. Tapi selalu anak dia yang jaga. Klinik ni nampak baru dan kemas sepanjang masa. Memang selesa dan tak ramai patients yang tunggu. Ubatnya pun bagus. Cuma bilnya tak tahan lah. Kalau tak cecah ratus memang tak sah walaupun untuk demam dan ubat batuk saja.
Dulu masa Arissa masih bayi, dia selalu kembung perut, selsema, ekzema, berak keras, muntah2 dan kadang2 demam. Semua doktor bagi statement yang sama, ubat yang sama - demam, angin, lembut najis, batuk, ekzema. Tapi Arissa tetap berhingus, ekzema dan berak keras. Akhirnya direkemenkan seorang member husband untuk jumpa Dokter Salmi kat Klinik Kita Cheras Perdana ~ jauh tu dari Setapak nak ke Cheras... Tapi Arissa punya pasal, harungkan aja.
Nasib baiklah perjalanan yang jauh merentasi KL tu berbaloi. Dokter Salmi yang sebenarnya doktor lelaki ni, telah buat pemeriksaan yang memuaskan hati kami. Cek perut, telinga, hidung, tekak. Timbang badan. Semuanya lah. Dia sendiri yang bancuhkan campuran ubat. Dia explain keadaan Arissa masa tu yang alergi dengan protin haiwan, dan cadangkan susu NAN-HA. Bila kita ikut cadangan dia, bagi ubat yang dia bancuhkan, alhamdulillah Arissa pun jadi sihat. Selsema hilang. Berak pun okay. Ekzema pun berkurangan. Aktif sampailah dia besar sikit, susu tu dah tak sesuai dengan usus dia. Selepas sesuai dengan dokter Salmi ni, kalau Arissa demam yang tak begitu urgent nak ke klinik, kami lebih selesa bawa ke Dokter Salmi walaupun jauh. Pertama kali Arissa ambik gas pun kat sini. Bersunat pun dengan Dokter Salmi. Hehe. Malam semalam nak ke Cheras Perdana dari Setapak, sampai 2 jam. Jem gila bulan2 raya ni orang berderet carik open house. Arissa demam sikit sebab nak tumbuh gigi baru. Alhamdulillah sekali aje ubat masuk ke perut (sebab yang lain2 asyik dimuntahkan) terus demam kebah, batuk pun hilang, selsema terus tak jadi.
Yang aku beriya2 cerita pasal dokter ni bukan apa. Hari ni kan aku tak pegi kerja. Malam tadi perut sakit memulas. Tapi tak boleh buang air. Perut berangin semacam. Sampai pagi tadi bangun subuh pun masih sama. Sakit memulas sepanjang masa tapi taknak berak. So pagi ni terus pergi klinik untuk cek.
Dokter tu mula2 nampak aku je, terus membebel pasal berat badan. Siap timbang dan buat comparison masa pregnant dengan sekarang. Lepas tu membebel pasal hidup kita takkan selesa kalau toilet kotor, duduk tepi sampah, tak jaga kebersihan semua. Perut aku yang sakit ni dia tak cek pun. Siap dia kata aku ni macam pelakon gemuk yang ada 2 anak tu. Gemuk, tapi boleh beranak. Apakah statement itu? Aku pun tak kenal dengan pelakon yang dia maksudkan. Tapi perlu ke buat perbandingan mcm tu? Perlu ke dia membuant kesimpulan yang aku ni duduk rumah kotor, toilet kotor, maka aku pun sakit perut dan tak boleh berak? Do I look like someone who needs those advise?
Aku tak sangka seorang yang profesional mcm ni, boleh cakap sesuatu yang tak relevan langsung dengan keadaan aku. Siap dia perli lagi, so kamu tak pergi kerja? Kenapa? Sebab sakit perut saja? Kemudian dia gelak2 sindir sambil tengok kat misi yang tercegat tepi dia. Aku pulak yang naik hairan. Kenapa? Dah ramai ke yang datang mengadu sakit perut semata2 nak dapatkan mc dari dia pagi ni?Adakah dalam rekod aku tu, dah banyak kali datang kat klinik tu minta mc sebab sakit perut saja? Duhhh... Perut masih sakit memulas ni, sekarang tambah2 pulak hatiku yang sakit dengan dokter sengal ni. Macam dia aje yang paling bagus. Cheit!
No comments:
Post a Comment