Sep 13, 2010

Raya 1 hingga 4

Masih mood raya dan tak berapa sihat sebab banyak sangat sedup asap (asap jalanraya+asap rokok sedara mara). Alhamdulillah masih bernyawa (ngeeeee) walaupun susah nak bernafas sebab astma. Nasib baik Arissa okey pula. Ibu yang terbatuk2, Arissa relax aje. Cuma mungkin dia extra letih.

Raya 1 - ehem bangun lambat sebab kan malam raya tu sibuk meronda dekat up-town kononnya nak cari sepersalinan untuk Arissa lagi, ingatkan dah tak ada org, rupanya masih berebut2 siapa nak jalan dulu. Sudahnya, balik rumah dgn tak beli pun baju Arissa. Pakai saja apa yg ada. Jadi, pagi raya, lepas solat subuh, Ibu & Anak sambung tidur semula. Sampai husband balik solat raya&makan pagi, lebih kurang pukul 10 barulah Ibu&Anak ni terbangun. Tersengih2 malu kat ayah. Lepas siap2 mandi, pakai baju baru, ambil gambar syok sendiri, teruslah beraya ke rumah akak ipar/ibu mertuaku. Kat rumah kakak ipar, berjumpalah dengan semua adik beradik husband yang tak ramai mana pun, cuma akak ngan abang long dia aje, dan anak2 diorang yang tak ramai juga. Makan2, duduk2, borak2, menjelang jam 3pm, mereka2 dah nak bertolak ke Ijok, rumah pak sedara husband. Kami tak la ikut sekali sebab raya 2 dah nak lalu Ijok untuk balik ke kampung. Jadi, dalam pukul 4 kami pun balik rumah. Lepas solat asar, Ibu&Anak tertidur lagi depan tv. Ayah dah lama tidur pun. Semuanya pengsan (kekengangan makanan hari raya) sampai lah azan maghrib. Arissa terus tidur sampai Isyak. Bila Ibu&Ayahnya nak masuk tidur, barulah dia pun bangun nak mandi. Jangan harap!

Raya 2 - Bangun seawal 7.50am (awalnyaaaa...) dan bersiap2 untuk balik raya ke sungai besar. Kononnya dah berjanji dgn akak no.2 untuk konvoi. Kita dah sampai sungai buloh, mereka seisi keluarga baru nak siap2 (Duhh...janji melayu/jawa!) sudahnya, kami dah sampai dulu kat sekitar sungai besar, siap2 makan kfc (sebab dah 3 hari x jumpa ayam! asyik daging saja) dan begitu ramainya peminat kfc di sg besar sampai nak beli makanan kena beratur sampai 3 line yang panjang! Sempat lah jalan2 sekitar kedai pakaian yang semakin naik macam cendawan yang dibaja selepas hujan. Lepas dah penat, kami check in di hotel murah yang kami booking tu, dan baring2 sekejap. Sambil2 tu calling2 akak no.2, abg dan emak, dan sms akak no.3 dan no.4 untuk jumpa di rumah kampung. Akak no. 2 tersekat dalam jem dari sungai buloh sampai sg besar, akak no. 3 masih beraya di kampung suami dan akak no.4 takde jawapan sms - mesti maxis tak sampaikan sms aku kat dia (teruk sangat service maxis sepanjang raya nih!)

Pukul 12 tghari sampai kat rumah kampung. Kami pun dijamu dengan kuih2 raya, dan makanan raya - mcm biasalah ketupat, nasi himpit, rendang, kuah kacang - sama la mcm yang kami dah mkn semalam. Pukul 2 akak no.2 dan emak yang diescort anak abg yg sulung pun tiba. Borak2, salam2, Arissa pun dah puasa main lari sna sini sampai penat, pukul 4 sekali lagi Anak&Ibu tidur, manakala ayah pegi usyar tempat mancing tah kat mana. Pukul 5.30 Arissa bangun, so Ibu pun kena bangun. Tukar pampers dan bergerak ke rumah sedara tak jauh dari rumah kampung. Salam2 raya, dan bertolak.

Rumah sedara full house dengan tetamu2 dia. Jamuan laksa orang jawa - sedap, lembut dan masyam... Dah lam atak jumpa2, borak2, yang dulunya muda belia dah makin berusia, yang dulunya baby/anak2 kecik, sekarang dah remaja belia, yang dulunya tak ada, sekarang dah lahir. Wow, meriah betul... Alhamdulillah dapat jumpa dan tanya khabar. Kalau tak raya, takdelah nak jumpa2 mcm ni kan... Pukul 6.30 off balik hotel. Akak no.2 pegi hotel dekat rumah abg dalam poli, akak no.3 tidur rumah kampung. Adik ikut mak. Kami, terus ke sungai besar carik comforter utk Arissa tidur bawah. Sudahnya, dia x mahu pun tidur kat bawah, nak juga bersempit atas katil. Merengek2 tidur sebab ruang tak luas mcm selalu.

Raya 3 - Lepas solat subuh, dalam pukul 7.30 check-out cari sarapan kat kedai mamak - tak sudah2 dgn mamak! Lepas tu pegi beraya rumah abang sulung di poli. Makan lagi kuih2 raya dan makanan raya - selagi raya kan... Tengahari sikit bertolak ke bagan datoh, perak, rumah satu2nya kakak mak (mak sedara). Cuaca sangat terik. Nasib baik Arissa okey2 saja. Ekzema pun dah baik sepenuhnya, Alhamdulillah... Kat rumah makcik, jumpa dgn makcik yang tahun lepas dah kering sgt mcm living corpse selepas operation membuanhg cancer ususnya. Tahun ini dia dah berisi sikit. Cucu2nya yang lagi 2 orang pergi beraya, tinggal yang sorang tapi ada 6 anak tu aje kat rumah. Sekali lagi makan kuih2 raya dan makanan raya. Menjelang pukul 2.30 ptg, aku mohon diri dulu nak balik, sebab ingatkan nak singgah rumah pak sedara husband kat ijok (yang tak pergi raya 1 tu) tapi bila calling2, mereka dah keluar beraya ke slim river pulak. Memang takder rezeki nampaknya.

Jadi, tak ada back-up plan, maka teruslah balik KL. Arissa tidur lena kat seat balakang yang aku letakkan comforter berlapik kain batik. Tidur tak sedar sampai pampers melimpah2, duh... Sampai KL dah maghrib, singgah di McD drive thru untuk Sunday&Choc on Top dgn pai epal panas. Hujan lebat mencurah2. Sampai rumah dekat2 Isyak, lepas solat, kemas2 beg pakaian dan masukkan baju dalam washing machine, teruslah berehat. Kan esok nak keje dah...

Raya 4 - Pagi2 bangun terasa sesak nafas. Malam tidur selingan dgn batuk. Tak habis2... Maka pagi2 ni terus cari klinik yang buka - definitely bukan klinik o rg melayu. Dokter bagi ubat dan mc sekali. Lepak kat rumah dgn Arissa. Layan tv lah, apa lagi. Esok, kalau sihat, insyaallah beraya kat ofis dengan kerja2nya pulak :-)

Catatan raya.

No comments: