Sep 9, 2010

Nostalgia malam raya

Petang tadi siaplah pulut kunyit dan rendang daging sebagai juadah berbuka puasa terakhir ramadhan ini dan untuk santapan pagi raya esok. Alhamdulillah syukur dgn nikmat Tuhan. Pemanis mulut pula dengan agar2 cocktail buah. Termanis sikit maklumlah lidah orang berpuasa, sementelah tak biasa buat cocktail. Tapi mujur rasa masin pulut dan rendang sedang2 saja :-)

Malam raya tak ada apa2 agenda sebab raya tahun ni bermula di KL. Esok pagi baru beraya ke rumah kakak ipar. Raya dengan belah keluarga husband. Lusa, baru ke Sungai Besar beraya dengan sanak saudara kat sana (insya allah). Kalau raya kat Sungai Besar dulu, malam raya kena berkunjung ke rumah mak mertua. Lelah sikit memandangkan petang2 dah sibuk kat dapur, malam kena "melepak" pula kat "rumah orang".

Jadi, sebab tak ada apa2 agenda malam ini, dan husband pun dah balik dr surau selepas bertakbir jemaah lepas isyak tadi, Arissa pun cergas semacam, plannya nak jenguk lagi sekali uptown kat depan tu, cari baju raya Arissa lagi sepasang dan tengoklah kot2 ada yang menarik untuk dibeli. Insya allah.

Bila malam2 raya macam ni, teringat aku masa2 bujang dulu (alhamdulillah dah thn ke 4 beraya dengan husband, dan ke 3 dengan Arissa) bila malam raya aje, rmah kat kampung jadi "full house" dengan adik beradik dan anak2 sedara yang 9 orang tu - x ramai pun, tapi sebab rumah kampung tak sebesar mana, jadi mcm sesak sikit. Siang tadi kalau bertahun2 lalu, adalah masa paling sibuk bagi aku, sebab aku anak perempuan bungsu yang tinggal dengan emak. Mak akan beri macam2 "order" untuk kerja dapur.

Bangun pagi seawal jam 6, lepas tu tunggu abang/kakakku balik dr pasar bawa paling sikit 4 ekor ayam. Aku lah yang akan cuci ayam sorang2. Pastu kupas bawang. Nanti adikku, bila matahari dah tinggi baru bangun, pergi cari kelapa. Kalau dia rajin, dia mesinkan. Kalau tak, malam semalamnya aku dah siap sedia kelapa untuk diparut. Selesai pijar mata dengan bawang dan segala mcama rempah, bermulalah proses menggoreng ayam, menyiang sayur, tempe, kacang buncis, goreng tauhu kering dan suun, goreng kacang tanah dan segala macam, pastu mesinkan bahan2 dan segalanya. Lepas selesai menumis, lauk pun dah tersedia siap, biasanya kari ayam dan tumis tempe (lauk wajib) dan kalau ada kuah kacang, kicap daging/hati, yang terakhir barulah masak nasi himpit. Pulut kunyit kena rendam masa nak tidur malam raya supaya esok pagi2 boleh ditanak. Selalunya sehari sebelum raya aku penat rasa mcm nak patah pinggang. Masak untuk satu keluarga ye, bukan untuk 2-3 org makan. Guna periuk besar, mcm nak kenduri cukur jambul tu. Bermerah muka kalau menumis/menggoreng.

Dulu2 masa takde ketupat segera, mak suruh aku masak nasik lembik, bila dah masak tumbuk2 dgn batang pelepah kelapa (kadang2 guna botol kicap atau lesung batu aje) bila dah lenyek semua nasik, bungkus pulak dengan daun pisang yang dah dilayau. Panjang betul prosesnya. Nak cari daun satu hal sebab aku bukan kenal jenis2 daun pisang yang boleh dijadikan daun pembungkus. Tapi nasi himpit daun pisang ni tahan berhari2 (kalau takde org makan la) dan rasanya lebih sedap - sebab aku yang buat.

Bila siang dah penat mcm tu, kerja2 di dapur habis jam 3-4 ptg, jgn ingat malamnya aku rileks pulak. Kena pasang langsir baru (ganti), mop lantai dan sediakan bantal/comforter segala bagai untuk beradikku dan anak beranak mereka yang nak tidur situ. Sesekali boleh la join tengok tv. Selalunya aku tak ambil tahu pun rancangan tv mlm raya sebab kena berebut dengan anak2 sedara yang kecik2. Bila dah pukul 10 ke atas, dapur pun dah berkemas lepas orang buka puasa dan mkn2 dan minum2, pulut pun dah rendam dengan kunyit, barulah aku masuk tidur. Nanti pukul 6 mesti mak aku dah bangun sibuk2 suruh parut kelapa untuk masak pulut. Selalunya dia tak suruh aku, dia suruh akak aku yang lain (kalau ada) tak pun dia suruh adik aku yang selalunya pagi raya bangun awal sebab dia nak kena jadi muazzin kat surau untuk solat raya.

Pagi raya bukan best pun. Aku kena siapkan pulak kuih2 raya masukkan dalam bekas dan susun elok2 atas meja kat ruang tamu. Sapu lantai, panaskan lauk semalam dan barulah boleh solat raya. Lepas tu rehat depan tv sampai ada org datang rumah atau ada akak/abg aku yang tag along nak gi beraya dengan diorang. Kalau aku gi beraya, maknanya balik beraya nanti memang masaklah aku kena kemas dapur, cawan mawan pinggan mangkuk segala bagai. Dahlah air selalunya slow padahari raya., Dah tak ada org lain yang nak buat. aku jugak lah... Kalau aku tak gi beraya pulak, aku kemaskan sikit2. Angkat air dari tangki air hujan kat luar tu, letak dalam besen kat singki. Kalau sikit2 yang nak dicuci, takdelah penat sangat. Tapi bosanlah asyik duduk dapur aje.

Ada satu peristiwa yang aku sangat2 tak lupa, raya terakhir aku semasa bujang - kerana lepas tu aku betul2 nekad nak kawin walau apa pun terjadi (hahah) bila mana lauk kari ayam seperiuk besar telah terbasi pada keesokan pagi raya sebab malam masa aku nak tidur tu, adik aku dengan anak abang aku telah makan2 (nasi himpit dgn lauk kari ayam aku yg best tu) dan lepas tu diorang pegi tutup tudung periuk tu rapat2. Aduyai... Dahlah seperiuk giant kari ayam! Penat masak semalam belum habis, tengok2 bangun pagi dah basi. Lagi best, aku belum jamah lagi kari tu. Aduyai...

Aku pun bengang marah tahap tah hapa tah (elok pulak masa tu takde beradik pompuan lain yg dtg mlm raya so semua benda memang aku buat sorang2) aku pun nangis macam budak kecik. Yang buat aku lagi sakit hati, mak bukan nak marah dengan adik dan anak buah aku sebab salah diorg - yelah marah nak terkeluar anak tekak pun yang dah basi mana boleh elokkan balik kan - lagi dia suruh adik aku g beli ayam kat pasar, nak suruh aku masak lagi. Damn!. Kalau mak membebel kat diorang pastu suruh diorang pulak yang masak ke, ader jugak terpujuk sakit hati aku nih. Ni tidak, lagi disuruhnya masak yg lain.

Aku dengan bengkeknya, masa orang tgh sibuk2 nak gi solat raya, aku cabut balik KL. Sempatlah aku dengar mak panggil aku jgn balik KL. Tapi aku derk aje, salam dia, mintak maaf, pastu drive laju2. Sepanjang dalam kereta tu aku menangis bengkak2 mata. Aku pun tak tahu apa yang emosi sangat aku masa tu. Emosi sebab lauk semata? Mustahil. Emosi sebab bertahun2 aku jadi anak perempuang bongsu yang masak pada hari sebelum raya, penat sorang2, sakit pinggang sorang2, lenguh kaki tangan sorang2, jadi kuli dapur sorang2 angkat baldi air, cuci pinggan mangkuk, layan tetamu, pendek kata jadi balaci kpd keluarga sendiri, tapi takde sapa pun heran, even mak aku pun...hishhhh...

Aku bukan nak orang tunduk hormat patuh apa permintaan aku pun, aku cuma nak sesekali dihargai. Akak aku ada 3 orang. Diorang kawin masa aku umur awal 20an, bila balik nak beraya aje, dgn anak2, dgn hal masing2, takde masa dah nak fikir pasal apa nak makan, apa nak masak. Mak pulak, mentang2 aku masih ada, boleh ikut telunjuk dia, seboleh2nya dipergunakannya aku. Suka hati nak suruhy2, suka hati nak arah2, suka hati nak marah2. Hishhh....

Sejak peristiwa kari basi tu, nak2 pulak tahun berikutnya aku terus kawin, jadi aku dah nekad tak mahu masak kari lagi. Sudahnya, dah 4 tahun tak pernah berjaya masak kari yang sedap (hahahah) sampai husband pun naik heran. Bukan dia je heran, aku, mak aku dgn semua ahli keluarga aku pun heran. Bukan setakat masak, tgk kari ayam pun tak berselera. Kecuali kalau lapar sangat. Kena sumpahan aku sendiri kot....

Tu la kenangannya...sampai sekarang aku tak boleh nak lupa, masih terasa bahangnya kalau kat dapur masa sehari sebelum raya tu, letihnya badan sebab masih puasa, dan bengkeknya aku pada kakak2 aku yang lain yang tak payah susah2 macam aku. Hei aku kan anak perempuan bongsu? Takde sapa pun heran?? Memang mcm ni kot nasib anak perempuan bongsu? Kalau masih budak2, belum kerja, dan sebagainya, mungkin tak heran sangat lah kena jadi hamba kat dapur, sebab in the end, akak2/abg dan mak akan bagi imbuhan duit raya. Tapi bila dah kerja, gaji aku lbh besar drp diorang, malah aku pula yang kena keluar duit raya kat diorang, jadi aku rasa status "hamba dapur" tu dah tak sesuai kena kat aku sorang. Sepatutnya, kita anak2 perempuan ni, sama2 buat kerja dapur. Tolong menolong. Macam kakak ipar aku tu, tak elok la asyik raya kat umah mak dia aje. Sesekali kenalah buat persediaan kat kampung mak aku pulak. Ni tidak, dia buat persediaan kat umah mak dia, tapi laki dia (abg aku) dgn anak2 dia datang mkn kat umah mak aku. Kampung dekat2, tapi tak elok ambik kesempatan macam tu.

Sejak kawin, aku cuma masak makanan yang aku dan husband rasa nak makan aje. Tahun lepas rendang ayam kampung dengan masak kicap daging. Tahun sebelum tu rendang ayam biasa dengan ayam masak merah. Tahun ni rendang daging aje. Jimat kos. Tadi, husband yang bertungkus lumus kat dapur. Sebab aku dah 4 hari berturut2 kemas rumah siapkan langsir, beli tikar, sapu dan kemas segala bagai, so dia reward lah aku dengan rehat hari ni. Aku cuma tanak pulut kunyit, cocktail buah dan gosokkan baju raya. Syukur betul dapat husband yang ringan bontot tolong di dapur. Malahan siap tolong masak lagi. Alhamdulillah.

Kami pun adik beradik tak tahu nak balik ke mana raya kedua nanti. Rumah abang sulung dah tentu2 "full house" sebab anak2 dia semua balik rumah. Anak dia cuma 4 orang. 2 org dah besar panjang, belajar kat politeknik, bila cuti panjang balik kat rumah. Mesti diorang perlukan privasi. Asalkan cuti aje, mesti pakcik makcik diorang (iaitu aku adik beradik) akan memenuhkan rumah mak ayah diorang. Kalau aku pun mesti tak selesa.

Kami nak balik rumah kampung, dah tak jadi rumah kami lagi sebab kakak angkat tu dah "tukarkan" rumah tu jadi rumah dia dan anak2 cucunya. Kalau kami ke situ pun, tak ada tempat nak tidur. Pnjang kisahnya rumah kampungku yang asalnya nak diberi tumpang pada kakak angkat yang tak ada rumah, merempat, tapi dia pun dah masam muka dgn mak aku dan tak dipedulikannya kami kalau kami datang. Keadaan rumah pun dah tak mcm dulu. Maksud aku, persekitarannya, kebersihannya, barang2nya. Semua lain lah. Dah mcm bukan rumah di mana aku dilahir dan dibesarkan.

Memanglah itu rumah pusaka arwah bapak. Memang dulu akulah antara adik beradik yang rajin balik dan kemas. Banyak kenangan kat situ. Kalau malam sejuk macam kat cameron highlangds. Kalau petang berangin segar aje. Tapi sebab diorang dah ambil semuanya. Kalau nak balik macam dulu2 pun susah jugak. Sapa yang nak masak2? Siapa yang nak beli barang2 dapur? Tak ada sapa yangnak buat "collection". Takkanlah mak yang nak keluar modal untuk belanja raya, sedangkan kami ni datang pun paling lama sehari semalam. Sungguh tak berbaloi lah. Sudahnya masing2 dengan hal sendiri. Abang aku kata kalau nak singgah rumahnya tidur semalam dua, dijemput. Tapi dgn disclaimer - rumah penuh, faham2 ler - sudah tentu aku kena fikir 2 kali. Akak aku yang kedua tu nak raya di KL dulu. Akak ke 3 nak raya di kampung husband dulu, akak aku ke 4 balik kampung husband juga. Kebetulan aku pun turn raya di KL. Jadi untuk tak serabutkan kepala otak dengan fikirkan mana nak lepak lepas jalan2 raya, aku dan husband pun booking satu hotel kat Sungai Besar. Jadinya dah mcm bukan balik raya, tapi pergi melancong di kampung sendiri. Sudah penat jalan2 rehat di hotel murah pula ya...

Kisahnya.
Selamat hari raya semua.

2 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya...chin up girl, for all the years you've sacrificed for your family, Allah has not forgotten you as you are blessed with a wonderful husband and child, life is not perfect but it will be if we accept the best that we have.

Benedict Bernard said...

selamat hari raya CL..