Nov 12, 2010

he's sooooo annoying!!!

Hari ni Jumaat. Sejak hari Isnin aku dan Cik A dah planning nak keluar ke Jln TAR, survey cenderamata kegunaan sendiri dan anak2 (ada la bendanya). Dari Isnin, bawak ke Selasa, hingga Rabu...tak sabar tunggu Jumaat. Kami plan nak 'tangkap' teksi pada awal pukup 12, atau jika boleh melompat cepat, nak naik shuttle van. Lebih murah dan pantas. Vooosh!!!

Sejak hari Isnin tak berjaya menemui Dato' sebab hari2 kesnya habis lambat. Akhirnya dia panggil suruh datang pukul 12 tghari Rabu.

Rabu pukul 12 aku dah tercegat depan pintu dia. 12.10 baru panggil masuk. Bagi arahan buat itu ini, lepas tu suruh datang semula jumpa pada Khamis 4.10ptg.

Khamis pukul 4 aku dah tercegat, 4.30 baru dia panggil masuk. Tapi sekejap saja. Entah2 dia tak masuk telinga pun apa yang aku report. Dia kata tak boleh berbincang dalam keadaan rushing mcm ni. Datang semula Jumaat pukul 12.15. Hah??? 12.15 hari Jumaat???

Maka berlalu ke bilik Cik A untuk mengkabarkan sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik dari perancangan kita... huhuhu....

Jumaat pagi secretary dah remind pasal appoiment dgn Dato' pukul 12 suku nanti, dan jgn risau puan, dia tak lama dgn puan sebab dia ada janji dgn Pn S pukul 12.30 nya... yeaaaaa right! Memang suka la dia buat temujanji kerja sekali dengan temu janji yang tu...

Pukul 12.05 tghari aku dah tercegat kat bilik dia. Tunggu....lama tu...

Tunggu sambil tgk jam.

Sambil terasa sayangnya masa berlalu... sepatutnya aku dah bersukaria kat Jln Tar dgn Cik A, dalam cuaca mendung yang memang best2 nak shopping!

12.15...

12.20...
tak nampak bayang pun nak turun bench....takper...

12.25.....

12.30....

Hah!!!
Aku tak tahan!
Sejuk. Bengkek. Dan terasa mcm hampas.

Aku minta kat secretary kalau Dato' dah turun, nanti baru panggil aku. Aku pun naik. Tunggu lif sekejap, naik atas semula. Baru langkah terakhir sampai kat bilik, telefon dah berdering. Secretary panggil...

huarrrrrgh!!! Dia dah sedia nak jumpa aku. So, aku jalan lambat2. 5 minit baru sampai.

Yes? y do u wanna c me?
Hah? Takkan dah lupa kot?
Sambil2 dia tgk jam.
[Dah lambat lah tu. Kan nak jumpa yang lagi sorang...]

Aku pun report bla bla bla...kes ni kes tu kes sana....hujung2 ada masalah sikit.

I dont understand. U shd bring the file and we discuss. Get the file this afternoon. See me at 4.45 after my case.
In between the time, do this letter and do case law search... on wills... challenged wills, get me 5 cases, from UK, HK, M'sia, India, Aust...

berjam2 menunggu hanya utk jmpa dia tak sampai 5 min. Dia tak duduk pun. Aku je yang duduk sebab nak tulih menda2 yang dia cakap. Betapa dia nak cepat! He's the super busy man ever!

Ok, anythg else? Nothing?
Ok, thank you. 

Suruh aku blah.

Sayup2 masa aku dah cabut (dgn hati yeng bengkek) dia suruh secretary panggil Pn S tersayang. Alllooooo...? mu kata mu byk kije, tp ada masa nak borak dgn kawe terbaik mu tu? (aku tak puas hati)

Pergi pasar.

Balik, makan nasi kukus ayam rempah.

Buat research.
Internet very slow.
Argh!!!

Pukul 4.30 bersiap2 nak bawak fail turun jumpa Dato'.
Secretary call.

Puan, Dato' kata dia nak jumpa puan hari Isnin pulak, pukul 8.30 pagi.

Argh!!!

plan nak EL ari isnin.
[adakah dia fikir hanya masa dia saja yang berharga sedangkan aku cuma rakyat marhaen yang tak perlu dihargai masa2 aku??]

1 comment:

tynn said...

I use to a have a boss like this (not from service)...the type that thinks nothing much of our time.

He was sooooo nasty...I put him up as the benchmark for nastiness in my life..anything after him, insyallah I can tolerate.

I'm sure, you've been through worse..;)