Dec 30, 2010

Imbauan 2010

Sebelum itu, tahniah kepada pasukan bolasepak negara kerana menang melawan Indonesia pada perlawanan akhir piala Suzuki malam tadi. Walaupun tak pernah ambil tahu pasal bola tapi kali ini kemenangan agak memberi erti kerana PM dengan murah hati beri kita cuti satu hari esok yay! yelah, tak patut kalau tak raikan lebih-lebih, kerana kemenangan ini selepas 14 tahun kan...

Bagi aku, cuti yang sehari itu tidak akan membawa apa-apa keseronokan mahupun kegembiraan kerana suami tidak cuti dan akan terus kerja hingga kami jumpa lagi pada Sabtu minggu depan dan depan lagi huwaaaaa... jadi bakal menyambut tahun masehi 2011 bersendirian...ops, dengan anakku nan seorang itu... :-'(

Tadi baca blog suami kepada bekas kawan baik mengenai tahun 2010nya yang bakal ditinggalkan dan pengajaran yang di bawanya. Walaupun aku rasa tak puas bila baca tulisan yang penuh drama dan kiasan dan langsung tak kesampaian realiti maknanya (kerana penuh metafora yang entahlah susahnak cakap) tapi, eh suka hati dialah, blog dia, apa kau kesah? kan... - seterusnya aku jadi terinspirasi pula menjengok kembali pencapaian tak seberapa aku pada tahun 2010 ini.

[iklan - kan aku menulis ini ketika kerja (CM) sambil menunggu para peguam yang suka datang lewat. Bila mereka lewat, aku tunggu penuh sabar...dan sabar...dan sabar...(sambil meng-update-kan blog ini dan sambil baca blog-blog lain kerana baca fail saja selalunya membosankan....) Tapi bila mereka yang lewat tu dah sampai dan aku masih tak klik butang "calling" ni, mereka akan terjenguk-jenguk...dan terjenguk-jenguk...dan terjenguk-jenguk lagi......pffffftttt!!!]

2010 yang akan ditinggalkan nanti menjadi sejarah yang akan terimbau memorinya apabila mengingatkan pada awal tahun telah menyaksikan kegembiraan aku yang sementara kerana mendapat "durian tunggal runtuh" hasil kerja keras selama setahun pada 2009 dengan menyandang KUP untuk jawatan TP pada peringkat 44. Dengan kata mudahnya, sepanjang 2009 aku bekerja secara percuma atas tiket KUP, rupanya nak dapat ganjaran arrears elaun memangku selama setahun (syukur alhamdulillah) pada awal 2010. Pada masa yang sama, aku layak mengeluarkan EPF yang prosesnya cuma ambil masa 3 hari (wah!!).

Kesimpulannya aku mengumpulkan sejumlah wang yang banyak untuk digunakan mengubahsuai dan memperbaiki rumah baru beli yang berjaya dipindah milik pada awal tahun 2010 juga. Fuh... proses pembelian dan pembiayaan dan tukar hakmilik saja dah ambil masa setahun kerana kelembapan peguam/keraninya dalam buat kerja tapi meletakkan beban onus of proving dibahuku, yang akhirnya aku terpaksa menulis surat tunjuk sebab kepada peguam untuk melaporkan kelembapannya ke Majlis Peguam jika transaksi aku masih ditangguh-tangguh. Barulah mesin lembap itu bergerak agak laju.

Malang tidak berhenti setakat peguam saja, kami kena tunggu lagi untuk proses ubahsuai dan pulihara bangunan selama beberapa bulan. Kos sebenar menjadi berlipatganda berbanding kos anggaran kerana kerja-kerja renovasi yang super lambat oleh kontraktor Indonesia yang bermasalah (isk isk isk...) dan harga barang pembinaan yang mencanak naik macam air hujan di Utara tempohari.

Kami pula telah mengiklankan rumah apartment untuk disewa dan ada penyewa yang super pantas nak pindah masuk. Nak tak nak, mahu atau tidak, bengkek tak bengkek, terpaksa juga kami berpindah ketika renovasi belum siap sepenuhnya sementara kontraktor sudah lari selepas meleburkan sedikir duit aku dan kami terpaksa bertahan beberapa ketika tinggal dalam rumah yang silingnya masih berlubang (sebab lampu built-in belum pasang) dan daun pintu yang belum dikenakan enselnya. Tapi kehidupan tetap diteruskan dengan rasa kecewa. Panggil dan upah pula kontraktor lain untuk membuat kerja-kerja penyudah dan terpaksa pilih bahagian yang betul-betul 'kecemasan' saja dan bahagian-bahagian lain yang tak begitu 'cemas' dilupakan dahulu demi mencukupkan budjet yang ada...

Tak termasuk cerita ditipu tukang pasang dan cabut air-condition dari rumah lama ke rumah baru. Tukang yang dipanggil, dapat dari mudah dot com. Buat kerja pun ikut mudah dia saja. Kenakan caj ikut suka hati kononnya yang paling rendah. Tapi hasil kerja masyaallah kalah budak teknik tak lulus SPM. Teruk! Bkan teruk sikit, teruk baaaaaanyakkk punya! Saluran paip dari air-cond bocor, dan dipasang senget, dia boleh kata, ohh itu memang teknik pemasangan. Lama-lama bocoran akan terhenti sendiri. Yelah tu...sampai seminggu tak jadi kenyataan pun. Fantasia semata-mata [wtfffftttppp!!!] Terpaksa panggil tukang kedua untuk perbaiki dan pasang yang baru, dan tentulah kosnya meningkat.

Tak tercerita sekali (skang ceritalah ni) drebar lori (untuk angkut barang) yang menukar harga pada saat-saat akhir daripada harga biasa kepada harga 2 kali ganda atas alasan pindah dari rumah kecik ke rumah agak besar, jadi barang mesti agak banyak. Saat akhir tu terus menjadi terpaksa panggil drebar lori yang kononnya jiran baik mak mertua dan selalu tolong-tolong bila ada orang pindah-pindah, tapi dengan lorinya yang super kecil dan angkut 3 kali, di cajnya kami sama banyak (malah mahal sikit) dengan anggaran double-rental lori pertama yang besar tadi. What the ffftttt!!!! Memang malangnya tak habis-habis.... Tapi hidup tetap diteruskan juga.

Apabila semua proses perpindahan, pen-settle down - nan telah tamat (oh maafkan perkataan yang teruk tu) dan duit pun - masyaallah tinggal banyak ini saja???, mcm mana nak pergi mengukur jalan ke Langkawi atau Cherating atau Bandung? Cameron Highlands pun tak tentu lepas [pffffftttt!!!] Arissa pula diserang demam yang tak surut reda.

Bermula pindah, Arissa asyik demam dan selesema tak henti. Dokter saspek mungkin kerana alahan habuk dan persekitaran baru. Mungkin juga ketidaksesuaiannya dengan environment di Taska Umi. Aku cuba tukarkan Arissa dari Taska Athirah ke Taska Umi untuk beri dia peluang pembelajaran yang baru kerana di Athirah, Arissa cuma dijaga dan boleh bermain sepanjang hari, sedangkan di Taska Umi, ada silibus dan jadual harian yang tersusun. 3 minggu di Taska Umi, selain perkembangan Arissa yang menjadi ganas, menggigit, digigit, menyepak dan disepak; selsema dan demam tiap malam, tapi Arissa menunjukkan kebolehan baca doa makan, menyanyi dan belajar mengenali ABC selain mengucapkan salam, bersalam dan menjawab salam. Sayang juga kalau tak diteruskan. Tapi sepanjang 3minggu itu juga hanya kurang 10 hari dia betul2 ada di Umi kerana kebanyakan hari lain dia menanggung demam dan selsema di rumah, dengan aku yang asyik ambil EL.

Selepas memikirkan buruk baiknya, aku pindahkan semula Arissa ke Athirah supaya dia lebih gembira dan sihat. Gembira berjumpa kawan-kawan lamanya, mungkin akan mengembalikan tahap kesihatannya. Pun begitu Arissa tidaklah terus baik. Sempat bermalam di Pusrawi Jalan Tun Razak selama 4 hari 3 malam kerana simptom 'reflux' menyebabkan Arissa asyik muntah dan tak boleh ambil apa-apa makanan. Fuh... mula masuk wad pada hari jadi aku pula tu...sungguh lah suatu ujian Tuhan yang sangat nyata...

Selepas tempoh 'reform' untuk kesihatan dan persekitaran, Arissa mengalami penyakit HMF pula... lepas satu...satu... Akhirnya menurut cadangan Cik A, kami pergi berjumpa Pak Salleh (bomoh a.k.a. pengamal perubatan tradisional) yang mengesyorkan makanan terbaik untuk Arissa, kami akur dengan menu susu+nestum. Selepas 2 minggu memang ketara perubahannya, Arissa jadi semakin sihat dan gemuk. Alhamdulillah ini berterusan hingga sekarang dan Arissa dah tak demam yang kerap lagi...

Tahun 2010 juga menyaksikan tahap tidak begitu berkembang terhadap kerjaya aku, dan tahap tekanan melampau beban kerja yang diamanahkan oleh ketua yang tidak disukai ramai. Pun begitu, aku diberitakan gembira dengan status 'confirm jawatan' dan diberi peluang menghadiri PPK 4 yang mendebarkan. Secara emosi dan fizikalnya PPK 4 bukan sesuatu yang dijangkakan, jauh sekali dipersiapsediakan. Nak-nak pula, seminggu sebelum PPK, PM umumkan PPK dimansuhkan [pffffftttt!!!] Kenapalah tidak dari awal tahun lagi? Jadual sudah disusun. Terpaksa melaluinya. Bila selesai, ada pula yang terime emel dari Ketua Jabatan yang memberitahu, PPK4 kami tidak akan dikira dalam proses kenaikan akan datang kerana statusnya telah dilupuskan [wtfffffttttt!!!] - sia-sia saja berhempas pulas memerah tenaga dah otak untuk PPK jika begitulah polisinya.

Hujung 2010 aku di 'hantar' menjadi 'kuli' kepada bos yang agak cerewet dan sukar ditafsir. Apalah malangnya nasib ni... Dah elok-elok ada bos yang sangat baikkkkkkk...dia berhenti pula. Hai..hai...haih....(sigh)

Dari sudut persahabatan...tidak ada perkembangan. Sekejap saja mungkin, terlalu obses dengan FB hingga setiap perkara nak dikongsikan di sana. Bertambah giat bila ada kawan-kawan seangkatan yang menyokong. Isk... Tapi obsesiku tak lama terhadap FB. Mungkin sebab keterhadan masa dan peluang. Tak apa. Tak ada yang ruginya. Kawan-kawan yang kawin mawin, beranak pinak, berpindah randah ke rumah yang super besar, atau yang bertukar-tukar kereta mewah dan menyertai MLM itu MLM ini, kalau kita tak ambil tahu dari FB pun tak apa... Tidak menjadi kudis pada kita ya...

Kalau ada satu perkara yang aku sedihkan mengenai 2010, ialah kegagalan mendapatkan anak kedua dalam tahun ini (huwaaaa....) kerana terlalu banyak rintangan. Bila isu rumah dah selesai, isu anak dah sihat, isu kerjaya dah sesuai, timbul pula isu suamiku yang asyik ke sana ke sini memenuhi tuntutan kerjanya. Aduh... kalau tak jumpa atas katil, mana bisa bikin anak ya.... Terpaksa plan ini di bawa ke hadapan (balance brought forward...kaching!!!). Insyaallah inilah cita-cita pada tahun 2011 mudah2an bakal termakbul doa kami hendaknya, amiiin.

Selamat tinggal 2010, selamat datang 2011. Semoga keazaman baru menjadi tonggak kekuatan zahir dan batin menempuhi hari-hari mendatang. Ameen.

No comments: