Apr 19, 2011

Musibah kecil2an

Kamu pernah tak mendapat alamat tidak baik dengan kerdipan di bawah mata? Aku tidaklah percaya tentang premonition atau apa, tapi setiap kali adanya sesuatu yang tak menyenangkan berlaku, sebelum itu bawah mataku akan bergerak2. Jika kesan musibah itu lama, contohnya masa arwah ayah nak meninggal dunia dulu, gerakan bawah mata kanan sangat lama. Berhari2...Malah berminggu2 saat sebelum ayah dikejarkan ke hospital. Hampir setiap saat. Bila sesuatu sudah berlaku barulah tahu, mata nak menangis lama.

Tapi jika kesusahan yang berlaku tak menyebabkan kesedihan  yang lama, contohnya tarikh aku confirm jawatan dilambatkan berbanding kawan-kawan lain seangkatan, jadi ia memberi kesan pada anjakan gaji, kerdipan bawah mata kiri tak lama, cuma beberapa hari dan sekali sekala. Rupa-rupanya nak bersedih seketika. Kenapa confirm tak sama tarikh dengan kawan2? Itu kena tanya policy maker lah. Mungkin nasib aku kurang elok masa tu. Fungshui tak kena. Agaknya...

Beberapa minggu kebelakngan ni, ada saja yang tak 'best' berlaku kat rumah. Tak melibatkan yang serius lah. Cuma melibatkan perkasan rumah. Patutlah bawah mata kiri asyik bergerak2. Rupa2nya mesin basuh nak rosak...

Bagi yang sangat suka basuh pakaian, tambah2 pula rumah yang ada kanak2 ni, mesti banyak aje pakaian kotor nak dicuci. Bila mesin basuh rosak, memang terasa sakit pinggang segala. Kerja mencuci tetap dibuat. Tapi dengan tanganlah. Aduhai... terpaksa. Lenguh belakang dibuatnya. Seminggu hantar repair, alhamdulillah bila mesin dah 'balik rumah' semua kerja mencuci jadi mudah semula.

Kemudian dapur pula tersumbat. Berjelaga dan habis lah semua periuk jadi hitam2. Kalau setakat hitam melekat di buntut periuk saja tak apa juga. Ini siap melekat di span pencuci, dan bila cuci pinggan, melekat di pinggan, mangkuk, sudu, garfu dan lain2. Dah tambah kerja pula nak cuci satu2 balik. Seminggu juga hantar dapur utk servis. Melibatkan sabtu ahad pula tu. Bayangkan la...Weekend sepatutnya masak di rumah. Ni terpaksa 'melepek' di rumah kakak ipar untuk tumpang masak nasi daging. Bukan aku yang masak. Husband lah. Memasak tu kan macam terapi dia. Sementara dia memasak, aku cari lah terapi lain yang best, mcm tengok tv?

Mesin basuh rosak dah susah semacam. Pakai baju sampai betul2 busuk baru rendam. Tapi bila dapur tak ada lebih susah. Kami tak ada cerek letrik. Selalu jerang air dengan cerek dapur. Jadi, bila dapur tak ada, susahlah air yang ada kena minum berdikit2 sebab macam malas nak asyik beli air kat kedai depan sana. Nasib baik kat pejabat boleh minum puas2 :-)

Dapur belum 'balik rumah' lagi, kereta wira ku pula kuat meragam. Ade ke asyik mati enjin ikut suka dia aje? Kat depan lampu trafik hijau yang orang tgh syok nak merempit tu dia  boleh mati. Mujur aku tak disondol lori dibelakang yang tengah memecut. Padam 2-3 kali pulak tu. Geram aje.... Akhirnya terpaksa bawa ke bengkel dan servis juga. Melayang lah beberapa ratus duit dari wallet. Huhu...

Kereta dah okay, tapi dapur masih 'belum balik umah', tau2 dapat bil air melambung. Selalu bilnya tak lepas 25 ringgit, tiba2 kali ni jadi RM425.00!!! Hah biar benar? Terasa terjojol biji mata tengok bil syabas, seolah2 bil menunjukkan ibu jari tanda "syabas!" kat aku. Huuuu... Yer, takkanlah aku boleh dapat excuse tak nak bayar sebab nak kata paip rosak ke apa, kan? Aku sapa kat syabas?

Terpaksa lah semalaman tutup paip depan sebab tak nak lebih kerugian. Nak kena tunggu sianglah kalau nak panggil plumber pun. Maka plumber melayu sekitar KL ni sangatlah mahal servisnya. Bila ditelefon dan bgtahu masalah kami, senang hati aje mereka nak cas kami RM500.00... Itulah melayu... Akhir sekali gunakan perkhidmatan jawa. Ops, Indon yang kaya ada rumah besar 3 tingkat tu...sebab dia cas RM350 saja. Alhamdulilah, tekanan air pun jadi macam biasa dan meter air tu taklah laju sangat macam semalamnya.

Haih, semalaman tak ada air kat dalam rumah, apa cerita? Terpaksa lah berdikit2 guna air. Nasib baik kita tak cirit birit malam itu. Mandi pun guna air tangki saja. Alhamdulillah. Sekarang nak kena fikir mcm mana nak jelaskan bayaran bil.

Masih menunggu dapur yang tak kunjung 'balik umah'. Husband pun dengan tahap bengang yang melampau, pegi kedai repair, nak cari mamat myanmar/bangla yang janji kata nak hantar dapur selepas 2 hari, ni dah jadi berhari2 melebihi seminggu. Husbandku kalau marah, bukan setakat bawak tangan dan kaki aje, siap dengan parang bagai... eeee...akot2.... Dipendekkan cerita, selepas sesi drama tanpa tajaan diluar rumah yang menyebabkan jiran2 yang syok menonton tv semua keluar menjenguk, maka dapur pun 'balik umah'.

Bagus. Bersih. Nyalaan biru. Cun. Puas hatilah melayangkan beberapa ratus lagi untuk bayar servis. Sekarang cuma nak fikir nak masak apa aje.

Tu la. Orang kata musibah ni mengembalikan kita supaya ingat pada Allah. Agaknya aku terlupakan Dia. Atau terlalu fokus pada yang tak berapa penting sepenting Dia.

Terima kasih Allah, atas musibah ini, kerana dengannya aku sedar yang aku masih lagi hamba yang Kau sayangi.

1 comment:

Anonymous said...

ye.. tapi kdg2 musibah yg bertimpa2membuatkan kita akan sentiasa sedih & anggap diri ini malang tak sudah..kalau nak lihat org lain, yg belum tentu solat, bayar zakat, tutup aurat, clubbing sana sini etc, tapi hidup mereka mcm mudah & enjoy je.. Ye.. mungkin juga kita perlu sedar yg Allah itu sayang & memperhatikan kita, sbb itu Allah dtgkan musibah, rezki & dugaan pd hambaNYA... (aku tanya, aku jwb sendiri..) .. :(