May 9, 2011

It's my birthday

Happy birthday to me :-/

Ia suatu hari yang agak teruk. :-(
Datang awal untuk siapkan borang permohonan melanjutkan pelajaran dengan sponsor penuh HLP. Hari ini ialah tarikh tutup yang HQ tetapkan. Chest! Borang online sudah beberapa kali pinda. Kenapa cemerkap sangat nih? Mungkin ia begitu pada hari jadi. Kesian.

Tadi sempat jumpa Puan Pengarah untuk minta tandatangan. Malangnya, aku tak buat surat sokongan itu yang minta dia tandatangan. Jadi pulang dengan tangan kosong. Nak kena pergi jumpa dia lagi. Harap boleh jumpa lagi :-( kerana dia seorang yang kalah biskut chocolat chips. Sekejap saja ada, selalu dia tiada. Hmmmpph!

Ok. Cuba bertenang dan ambil nafas yang normal. Siapkan dulu pengurusan kes. Kamu sudah tua untuk terlalu terkejar sana sini dan sesak nafas. Harap panjang umur dan lebih murah rezeki.

Kebelakangan ini terlalu banyak yang perlu diuruskan dan terlalu banyak yang nak dituliskan untuk peringatan masa depan dan, eh...catatan kenangan mestilah untuk kenangan esok lusa... Tapi semua tulisan hanya separuh muka tak sempat nak habiskan.

Sibuk mengejar dunia. Sedangkan dunia semakin tua dan tak berguna.
Aku pun tua.
Aku harap tua aku macam kelapa. Semakin tua semakin pekat santan dan minyaknya. Semakin waras dalam pemikiran dan bijak dalam perhatian.

Aku tak harapkan apa2 pada hari jadi yang semakin tua ini. Alhamdulillah semuanya baik walaupun ujian demi ujian Tuhan belum berhenti lagi. Moga Tuhan lebih tabahkan hati aku. Disamping murahkan rezeki. Ameen.

Selamat hari jadi wahai diri yang disayangi.
Sekarang pukul 10 lebih perut terasa laparnya. :-(

2 comments:

Anonymous said...

happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to Chelin..
happy birthday to you..
SWEET 30++ for this year (i guess..)
hope the shines & happiness for you & your beloved family throut the year.. sannah hilwah! :)

tynn said...

Selamat Hari Jadi may Allah bless you with a long life filled with His Love and Mercy!!!